Esok selepas berbuka kami akan bertolak balik ke kampung. Tak sabar rasanya. Jadi malam ni kami berhempas pulas packing semua kain baju dan barang-barang yang hendak dibawa balik. Sedar tak sedar, jam 1 pagi baru settle semua kerja...mama packing baju..papa basuh baju. Masa packing ni la baru perasan yang kami dah terlebih shoping baju raya.
Konon-konon nak gi shoping baju raya untuk Rayyans hari jumaat ni, sekali bila combine baju yang mama beli, baju yang papa beli, dah banyak rupanya baju yang dah dibeli...bukan baju mahal or branded pun, just baju harian untuk Rayyans buat basahan masa kat kampung nanti. Sesekali anak mama balik kampung pakai baju-baju baru jer...
Lagipun, baju Rayyans yang lama dah banyak yang tak muat. Mama pun dah lama tak beli baju harian diorang ni. Rayyans plak makin lasak, baju cepat jer kotor. Bila baju kotor mula la mintak dimandikan...so terpaksala bawak balik banyak sikit baju kali ni..takut tak sempat nak basuh baju..maklumla kat kampung bila dah semua orang balik, kena ikut turn bila nak pakai mesin basuh tu.
Kalau tak cukup jugak baju-baju yang bawa balik ni, nampak gayanya terpaksa beli kat kampung jer nanti..yang pasti harganya lebih murah..hehehe
Kalau dulu, masa bujang dan sebelum ada anak, keperluan diri yang lebih utama. Tapi sekarang priority dah bertukar, keperluan anak-anak lebih diutamakan. Selagi tak settle barang-barang anak, nak bershoping untuk diri sendiri pun takde mood.
Tahun ni untuk diri mama, takde pun baju yang ala-ala glam gitu..just baju kurung biasa yang mama tempah kat kampung jer..lagipun badan dah mengembang, susah nak cari saiz baju yang dah siap. Apa-apapun, semangat raya tu yang penting..selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga..Hamzah, Neeja, Hazim & Hadif...
p/s : entree ini bukan untuk menunjuk-nunjuk..sekadar berkongsi kepuasan hati dapat melaksanakn tanggungjawab terhadap anak-anak
No comments:
Post a Comment