Pagi ni terdengar kuliah subuh kat tv pasal sahur. Sunnah untuk makan sahur, sunnah untuk melambat-lambatkan sahur sehingga sebelum terbit fajar. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersanda 'bersahurla kamu walaupun dengan sebiji kurma, kerana di dalamnya ada barakah' (Al-Bukhari & Muslim).
Makanya, mama berazam untuk gagahkan bangun sahur bagi hari-hari yang masih berbaki 6 hari ni. Pagi ni kami bersahur dengan baki lauk berbuka semalam..lauk banyak lagi..tp selera makan macam dah berkurang. pagi ni mama tak berjaya menghabiskan sepinggan nasi..tapi sekurang-kurangnya separuh pinggan tu dah berjaya masuk ke perut mama untuk mengalas perut sepanjang hari ni...better daripada tak bersahur langsung kan? Bersahur pagi hari dengan air sarsi sejuk...boleh???
Petang ni sepatutnya papa ada jemputan berbuka kat hotel singahsana, PJ. Mama tak dijemput sekali..sedeyy :( Takpela..mama tak keseorangan..anak-anak teruna mama yang hensem ni setia menemani mama makan..Iye-iye semalam papa cakap nak pergi, alih-alih hari ni ubah fikiran. Kesian kontraktor dok call banyak kali bertanya kenapa papa tak sampai-sampai. Papa cakap kesian kat mama takut tak terbuka puasa nanti bila bertemankan Rayyans..
Berbalik ke cerita pencarian juadah berbuka..mula-mula kami ke restoran sri bunga..sempatla beli kari kaki ayam, ikan singgang dan kuih muih. Lepas tu kami ke restoran sri ttdi untuk beli ikan percik dan lala kegemaran mama.
Berbalik ke cerita pencarian juadah berbuka..mula-mula kami ke restoran sri bunga..sempatla beli kari kaki ayam, ikan singgang dan kuih muih. Lepas tu kami ke restoran sri ttdi untuk beli ikan percik dan lala kegemaran mama.
Ikan singgang - RM 3.50
Kari kaki ayam - RM 3.00
Bubur jagung - RM 2.00
Sira labu - RM 2.00
Kuih sri kaya - RM 2.00
Lala - RM 10.00
Ayam percik - RM 6.00
Lepas berbuka kami ke kompleks PKNS mencari baju melayu untuk papa. Penat tawaf satu PKNS akhirnya jumpa jugala baju yang berkenan di hati papa dan harga takdela mahal sangat..
lip lap lip lap baju papa..cam baju pengantin gitu..yang pasti raya tahun ni kami sekeluarga sedondon kaler oren...terang gitu
No comments:
Post a Comment