Assalamualaikum semua..Alhamdulillah kita semua masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa. Sekarang bermula juga pencarian malam Lailatulqadar...cuma orang-orang yang terpilih sahaja diberi peluang untuk menemui malam lailatulqadar ni. Semoga kita tergolong dalam golongan yang terpilih ni. Sambung ke kisah sahur dan berbuka kita; pagi ni mama & papa bersahur dengan lauk berbuka malam tadi yang langsung tak bersentuh..kami bersahur dengan gulai kawah dan ayam percik..berselera mama makan.
Petang ni lagi sekali kami membeli juadah berbuka kat restoran sri bunga. Bukan apa, bila beli kat restoran dapat jimatkan masa dan tenaga di samping lauk pauk yang terjamin sedap (maklumla dah biasa makan masakan kat sini).
Ikan masak merah - RM 6.00
Daging merah - RM 5.00
Kari kaki ayam - RM 3.00
Pengat ubi keledek - RM 2.00
Kuih sri kaya - RM 2.00
Kacang goreng telur - masak sendiri
Kat umah mama goreng kacang dan panaskan sotong goreng semalam yang tak habis makan. Nak buang sayang..membazir...lauknya elok lagi bila dipanaskan. Lauk yang paling marvellous ari ni adalah kari kaki ayam..terbaekk..
No comments:
Post a Comment