Saturday, August 6, 2011

Chocolate Chip Famous Amos

Disebabkan papa dah belikan oven baru, maka mama terpaksa merajinkan diri ke dapur. Hari ni plak cuti dan kami tak ke mana-mana. So untuk mengisi masa mama try buat biskut chocolate chip famous amos. 
Resipi ni mama dapat dari blog ovenkecil.blogspot.com. Thanks yer tuan rumah sebab sudi share resipi. Resipi biskut ni simple jer..dan bahan-bahan pun mudah didapati. Sebelum mula memasak, kita sediakan dulu semua bahan-bahannya (mama copy paste dari blog ovenkecil).

Bahan-bahan ayak :
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10 gm (3 tsp) serbuk koko
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung (mama pakai susu lactogen 3 Rayyans punya)
Secubit garam
Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis (mama pakai badam)

Cara-cara :
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. 
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Inilah hasilnya..tak secantik yang cik ovenkecil buat..tp okla untuk first timer cam mama ni. Tapi yang paling best bila anak-anak suka sangat makan biskut ni. Nampak gaya macam tak sempat nak buat raya jer.
Hadif terus ngap sebiji masuk mulut terus.
Hazim bersopan skit makan..gigit sikit-sikit

1 comment: