Sunday, April 30, 2017

BGRC: Part 11

Malam ni kami dinner kat hotel jer. Dinner ni memang dah termasuk dalam pakej penginapan. 

Lepas maghrib kami siap2 untuk keluar dinner. Tema ootd malam ni adalah hijau.

Hero2 semua dah siap. Petang tadi semua bantai tidur after balik dari water themepark.

Penat barangkali seharian mandi kolam dan main gelongsor. Itupun tak puas2 gak lagi main air. 

Si kecik ni jer yang tak reti penat. Cergas memanjang jer budak sorang ni. Pastu suka kacau abang plak tuh.

Semput mak ko nak dukung si kecik seketul ni. Berat dah 16.6 kg. Mana la mama larat nak dukung lama2.


Mama pilih untuk dinner pada malam kedua kami kat sini. Keputusan mama adalah tepat.

Sebab malam pertama kami rushing nak ke safari park untuk tengok show. Tak dapat duduk lama2.

Plus malam ni agak lengang. Maybe sebab kebanyakkan rombongan ada separate dinner diorang malam ni.

Jadi malam ni boleh makan dengan tenang. Tak perlu rushing. Suasana pun senyap jer sebab orang tak ramai.


Antara menu dinner adalah nasi putih, nasi goreng, ayam masak lemak cili api, ikan masak taucu, salad, buahan, stew kambing dan banyak lagi la pilihan menu lain.

BGRC: Part 8

Mama plan pagi ni after breakfast nak bawak kids masuk water themepark. Tapi papa plak tak setuju. 

Katanya orang ramai, dan cuaca akan makin panas bila ke tengahari. Papa suggest pergi petang jer sebab hari makin redup. 

Lagipun budak2 nak main air bukan lama sangat. Dua tiga jam pun dah puas diorang main.

Walauapapun, pagi ni kami turun breakfast dulu. Bagi perut anak2 kenyang baru fikir aktiviti apa nak buat. 

Ootd kami yellow themed. Tapi papa jer tak ikut tema. Bila dia kemas baju sendiri camnila jadinya. 

Ramai betul manusia kat dalam dewan makan ni. Kami kena tunggu meja kosong baru boleh masuk. 

Tu pun terpaksa share meja dengan orang lain. Tapi nasib baik deme dah nak habis makan. By the time kami nak makan, diorang dah siap. 

Mama bukan apa, sebab anak2 mama ni makan tak berapa nak tertib. Takut menganggu selera orang nak makan. 

Terutamanya si gebus mama ni. Time makan suka ketuk2 meja. Pastu ada kalanya suka sembur makanan yang ada kat dalam mulut. 

Menu untuk hafiy, bubur ayam dan scrambled eggs. Habislah semangkuk bubur tu dia makan. 

Dekorasi kat dalam dewan ni bertemakan arabian. Lampu2 arab bergantungan kat bumbung dewan. Cantik.

After makan, pusing2 sekitar lobi amik gambar. Kat kawasan lobi ada pameran warisan kesenian tenunan songket pahang. 

Semalam ada orang demo cara menenun songket. Maybe masih awal pagi, orang tu belum start kerja lagi. Tak dapat mama nak blaja cara tenun songket.

Port wajib setiap hari bergambar dengan unta ni. Dah puas ronda2, nasi lemak pun dah turun ke perut, kami naik ke bilik tukar persalinan. Anak2 dah tak sabar nak mandi swimming pool.

Saturday, April 29, 2017

BGRC: Part 7

After maghrib kami ke safari park lagi sebab ada dua show malam ni iaitu african yabara fire show dan tarzan adventure show. 

Kami bertiga sahaja, mama, hazim dan hadif. Hafiy dah tidur jadi papa stay kat apartment jer teman hafiy. Kami naik tram dari depan resort. 

Nasib baik si kembar dah besar dan dengar cakap. Beranilah mama nak bawa diorang berdua. Kalau tak, semua mereput kat bilik jer nanti.

Gelap2 ni sesuai pakaikan diorang baju merah. Mudah nampak dalam gelap dan senang mama nak cam diorang.

Show stat pukul 7.45 malam. Jadi masih ada masa pusing2 kawasan sekitar. Petang tadi tak sempat nak pose dengan anak zirafah ni. 

Actually ni kat dalam souvenir shop. Nak masuk dan keluar dari safari park kena lalu souvenir shop. Memang sengaja diorang nak suh shopping dulu. 

Nasiblah si kembar tak merengek minta beli bukan2. Diorang berdua ni boleh tahan mengada kalau papa takde. Kami just beli air jer bekal tengok show. 

Pukul 7.45, african yabara fire show di village courtyard, foreign village bermula. Rasa macam kami datang dah awal, tapi orang ramai dah memenuhi dataran. Maybe diorang tak balik resort dulu macam kami. 

Hebat betul persembahan yang diorang buat. Terpegun ai kembar dengan aksi2 depa bermain dengan api. Persembahan api ni makan masa 30 minit tapi macam tak puas tengok aksi diorang. 

Pas habis show api, kami bergerak masuk ke dalam village arean untuk tengok tarzan show pula. Village arena bersebelahan jer dengan village courtyard tadi. 

Pukul 8 malam stat tarzan show pula. Kalau tak silap mama, pelakon2 adalah orang yang sama buat fire show tadi. Kiranya diorang ni multi talented. 

Kisah tarzan berkisar tentang pemburu haram yang datang ke hutan tempat tarzan tinggal untuk memburu hidupan liar. 

Macam2 aksi lucu dan bodoh2 yang terjadi sepanjang pemburuan mereka. Memang menggeletik hati penonton. 

Sound effect memang superb. Mama terkejut dengan bunyi bom. Siap ada scene diorang baling mercun dalam sungai, air tu terpercik sampai kat tempat mama duduk. 

Pemburu cuba menangkap gorila, kawan tarzan. Tapi gorila ni cerdik. Siap kenakan pemburu tu balik. 

Tarzan datang dengan bergayut macam kat dalam tv tu untuk menyelamatkan kawan2 binatang dia yang telah ditangkap oleh pemburu haram. 

Puas hati tengok show diorang. Selain jalan cerita yang lucu, aksi serta bunyian yang digunakan adalah terbaik.

After ahow tarzan kami cepat2 keluar dari arena balik ke resort. Takut keluar lambat nanti beratur panjang tunggu tram. Tapi takpun sebab tram banyak jer tengah tunggu kami. Psiko mak ko ni.

Sampai resort bawak si kembar jalan2 kat pasar malam dulu beli dinner. Perut dah kelaparan sebenarnya. Nak makan kat dalam safari park tadi takut balik lambat.

Sekian cerita hari pertama di bgrc. Overall, memang seronok datang sini, kecuali part cuaca yang panas sangat. Itu tak boleh nak wat apa, beyond our control. Anak2 tak sabar nak tunggu esok hari untuk basah2.

BGRC: Part 6

After predator show, kami keluar dari safari park untuk check in kat arabian bay resort. Urusan check in berjalan lancar. Kami dapat bilik kat blok 2, tingkat 7.

Tempat penginapan kami adalah apartment dua bilik. Kalau family ramai boleh bentang toto kat ruang tamu. Boleh tahan luas rumahnya. 

Ada mini pantry siap meja makan. Tapi masak memasak tidak dibenarkan. Masak air n masak maggi jer boleh. 

Coffee dan tea complimentary untuk kami. Tapi tak sempat nak minum pun. Kebanyakkan masa kami berada di luar rumah. 

Ini bilik master bedroom. Ada dua katil super single yang dirapatkan. Ini bilik mama, papa dan hafiy. 

Almari, safe deposit box dan tv ada disediakan dalam bilik. Cuma channel takdelah banyak sangat. Tapi tak kisah la sebab kami bukan dok kat bilik sangat pun. 

Bilik air kat master bedroom. Bilik air bersih cuma air shower kurang laju. Kalau kat bilik air di second bedroom, air laju. 

Bilik kedua yang didiami oleh abang hadif dan hazim. Suka diorang dapat dok asing ngan mama. Konon dah besar la tu boleh berdikari. 

Kat bilik kedua juga ada almari dan tv. Cuma safe deposit box tak ada. Bukan guna pun safe deposit box tu. 

Bilik air kat bilik air kedua, airnya laju. Pintu bilik air ni adalah sliding door. 

Yang mama suka kat kiri kanan katil ada bangku kecik ni siap dengan plug. Senang mama dah caj handfon. 

Paling menarik kat bilik kami adalah view swimming pool ni. Kalau keluar kat beranda, nampaklah kolam kat bawah. Ni yang buat anak2 tak tenteram dok dalam bilik.