Saturday, April 1, 2017

Sunway Putra Hotel: Part 1

Dah habis jauh dah ni kami bercuti. Dari negeri selangor ke kuala lumpur. Sebelum ni tak pernah nak amik tahu pasal kewujudan hotel ni until mama ternampak sponsored iklan yang lalu kat instagram mama. 

Macam menarik iklan ni kan. Haruslah mama print screen dan tunjuk kat papa siap pakej kenyit2 mata berulang kali. Bila big boss bagi green lite barulah mama proceed dengan booking.

Mama direct call hotel jer. Tak reti sangat nak pakai agoda ke, booking dot com ke. So jakun dot com mama ni. Booked sehari sebelum pergi. Payment apapun tak buat. Depa suruh bayar masa check in ja. 

After zohor kami gerak dari puncak alam. Tak sampai 10 minit perjalanan, si gebus mama ni tertidur. Lapang sikit rasa bila dia tidur. Bertabahlah meriba hafiy yang beratnya dah 15kg. 

Tinggal la si kembar berdua yang liat sangat nak tidur. Member tengah excited bila mama cakap nak gi hotel. Diorang x tau plan mama. Tetiba mama suruh mandi dan tukar baju. Bila cakap nak g hotel dua2 bersorak. 

By 2.30 dah sampai sana. Jalan tak jem la pulak. Mama terus register tapi tak boleh nak check in lagi. Bilik tak ready katanya. Kena tunggu pukul 3 gak. Mama cuma bayar harga bilik jer. Diorang takde amik duit deposit pun. 

Hotel ni attach dengan shopping complex the mall. Nak turun ke the mall malas sebab beg semua dah siap angkut tadi. So melepak jer la kat area lobi. Lobi kat tingkat 9. Luas jugak kawasan lobi. Puaslah hafiy berlari.

Dulu masa bujang2 mama suka beli kasut dekat the mall. 2 bulan sekali confirm pergi sana. Menyinggah sebelum naik bas nak balik kampung kat hentian putra tu. 

Since kahwin mana ada naik bas lagi dah, pastu hentian putra pun dah lama tutup. Jadi mama memang dah lama sangat tak merayau ke sana. 

Bayangkanlah, last time datang sini masa bujang. Now dah ada anak tiga baru datang sini balik. Almost 10 tahun jugak la. Tak tau the mall dah berubah wajah dan siap ada hotel under sunway. 

Tepat 3 petang, barulah kami dapat check in. Fuh lega. Papa dah tak larat nak mengejar hafiy. Kuat betul stamina hafiy dok berlari tak berhenti. Tak reti penat ke apa. 

Kami dapat bilik kat tingkat 23. No bilik kami 2318. Moh la kita masuk bilik rehat2 luruskan pinggang. Pasni banyak lagi aktiviti yang mama dah plan untuk anak2. 

2 comments:

  1. Salam kak. Nak tanya, parking kat Sunway Putra Hotel ni macam mana pulak ye?

    ReplyDelete