Showing posts with label KERETA. Show all posts
Showing posts with label KERETA. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

Melaka : Si Hitam Sakit

On da way balik dari melaka, selepas simpang ampat tetiba alarm kereta berbunyi. Automatik, rpm terus turun ke 0. Enjin start semput2. Papa sempat ke tepi dan kereta mati kat tepi jalan.


Berbekalkan no toll free yang ada kat kad touch n go, papa call plus. Dalam setengah jam tow truck plus sampai dan tarik kereta kami ke hentian pedas linggi. First time dalam hidup kete kene tarik tow truck.

Masalahnya kebanyakkan bengkel tutup sebab raya cina. Lagi satu masalah, kalau kereta tak siap repair hari tu jugak, macam mana papa nak ulang alik tengok kereta kat sana.

Setelah ditimbang tara, kami decide bawa kete balik ke shah alam. Papa call anak sedara dia, si epol tanya contact tow truck. Si epol tu memang banyak kontek orang2 bengkel ni. 


Setelah beberapa call dibuat, setelah berpuas hati dengan harga, dapatlah tow truck dari seremban ni. Sejam jugak menunggu baru tow truck ni sampai sebab highway jem. 


Pastu yang datang plak cuma driver lori sorang jer. Mula tu terfikir gak camna budak ni nak naikkan kete kat atas lori sorang2. Macam tak konfiden dia boleh naikkan kete tu. 


Rupanya budak ni memang expert. Dah memang keje dia kan. Kejap jer dia setting naikkan kete. Paling susah mama rasa nak centerkan kereta tu kat tengah2 lori.


Pastu bermulalah perjalanan kami balik ke shah alam. Mama n hazim dok depan dalam lori. 

Papa n hadif plak dok dalam kereta atas lori. Gayat woii.. Hadif siap bleh tidur lagi sepanjang perjalanan.


Akhirnya setelah 3 jam perjalanan sampailah kami ke usj. Bengkel ni recommended by epol gak. Walaupun bengkel tengah bercuti tapi owner tu baik hati datang gak kat bengkel semata2 nak amik kete kami. 


Owner yang pakai baju merah kepala botak. Owner bengkel ni nama ah guan tapi muka cam india. Rupanya dia chindian. 4 hari jugakla amik masa baru siap kete ni. 

Sedikit tips jika kereta breakdown dekat highway:

Jangan panik. Call plus. Sentiasa simpan no plus kat dalam kereta. Kenalpasti betul2 area ketika kereta rosak. Senang nak bagi direction kat plus.

Tunggu sehingga plus datang dengan kenderaan plus. Jangan layan sesiapa selain dari plus. Ada kes pemandu kena bayar sampai beratus ringgit hanya untuk tukar tayar pancit.

Kat highway sentiasa ada informer2 tow truck. Masa kami kena ni, ada beberapa tow truck yang datang approach. Siap cakap plus yang hantar diorang. Nasib baik papa tak mudah termakan kata2.

Siap offer murah gila tapi dengan syarat bawa kereta ke bengkel diorang. Masa tu bersedialah dengan harga merepair kereta yang tak munasabah.

Ada kes kereta dah dinaikkan atas lori dan dihantar ke bengkel pilihan kita. Bila sampai kat bengkel diorang tak nak turunkan kereta selagi tak bayar harga yang diorang naikkan.

Begitulah manusia sekarang ni, suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Tapi mama bersyukur tuhan permudahkan urusan kami masa ni.

Monday, May 20, 2013

Alhamdulillah

Syukur Di Atas Rezeki Mu Ya Allah. Salah satu impian mama untuk tahun ni telah tercapai. Impian untuk memiliki kereta yang lebih besar. Terima kasih Ya Allah kerana bukakan pintu rezeki kami. Walaupun cuma kereta secondhand, tapi ia umpama kereta baru untuk kami.

Kereta ni lebih jauh lebih luas berbanding viva. Selesalah sikit lepas ni nak travel jauh balik kampung jenguk mak ayah. Walau apapun, viva tetap di hatiku. Viva mama still ada lagi, guna untuk ulang alik ke tempat kerja.

Tadi mem besar dah rasmikan kete baru. Papa bawa keluar makan kat Bonjour cafe. Semoga rezeki keluarga kami lebih murah lagi untuk hari yang mendatang.

Saturday, March 30, 2013

V.I.V.A

Lepas shopping kat NSK, papa hantar kami balik rumah then keluar balik ke bengkel. My viva kesayangan perlu ditukar timing belt dan diservis.

Lagi 7km jer lagi mileage dah nak cecah 200,000. Jauh perjalanan viva ni. Banyak jasa viva ni kat kami sekeluarga. Tanpa viva, patahlah kaki kami.

Organ dalaman...semoga viva kesayangan mama ni terus menyumbang jasa buat kami. In sha allah, viva ni mama takkan jual sampai bila-bila. Banyak kenangan woooo...

Selepas tukar timing belt. Kononnya nak snap gambar mileage cukup-cukup 200,000km..sekali tak perasan terlepas sudahhh...

Wednesday, December 19, 2012

Vivaku Sayang

Lama betul tak bersiaran. Maklumlah, kena outstation ke Kelantan dan merangkap bercuti ke kampung halaman. Hari khamis mama ada site visit kat pantai sabak dan pantai kemasin. So malam rabu tu mama gerak balik kelantan. Kalau ikutkan boleh naik flight, tapi sebab lepas site visit tu mama sambung cuti, so better drive jer.

Kami gerak dari Puncak Alam pukul 9 malam. Pastu kami berhenti isi minyak kat petronas lentang. Nak dijadikan cerita, tetiba kereta keluar asap dari bonet. Memang gabra gila tetengah malam buta tetiba kereta berasap. Papa terus drive ke tepi jalan. Buka bonet check apa yang patut (macamla terer sangat pasal kereta ni).

Di saat kami kebuntuan, Allah hantarkan bantuan untuk kami. Kebetulan kereta peronda lebuhraya lalu dan singgah bertanya apa masalah kami. Then, peronda tu (En Hashim kalau x silap namanya) bagi no mekanik. Immediately, papa call mekanik tu. Tak sampai 30 minit diorang sampai. Rupanya motor kipas aircond dah rosak. So kena la ganti dengan motor baru. 

Dekat pukul 1 pagi barulah mekanik tu habis merepair kereta kami. Syukur, kereta bleh jalan balik. RM380 melayang (habis duit shopping mama). Apapun kami bersyukur sebab kereta breakdown kat tempat terang dan ramai orang. Buatnya breakdown kat hutan belantara camne? Pastu berterima kasih juga dengan peronda lebuhraya yang begitu efisien cuba selesaikan masalah kami. Paling penting, abang-abang mekanik yang bersusah payah betulkan kereta dalam cahaya yang samar-samar. Definitely, no fon mekanik tu akan ada dalam phonebook kami. Persediaan jika berlaku kecemasan lagi selepas ni.

Friday, June 1, 2012

Vivaku Pancit

Petang ni plan utama nak ke Kompleks PKNS plak untuk tukar duit. Bila papa jemput mama after office, tayar kereta plak pancit. Terpaksalah kami ke bengkel dulu untuk betulkan tayar yang pancit tu. Time-time tengah rush ni banyak la plak halangannya.

Tu dia besi putih cantik jer tertanam kat dalam tayar tu. Mula tu kami ingatkan paku.

Rupanya skru. Entah manalah tayar viva kutip skru ni. Ni mesti ada yang busuk hati, kerja senang tabur paku n skru kat atas jalan.

Yeay..tayar dah berjaya ditampal. Benda bergetah kaler merah tu disumbatkan ke tempat yang berlubang. Done. Upahnya cuma RM5 jer. So, our next mission is mencari money changer.