Tuesday, December 13, 2016

De Palma Eco Resort: Part 3

Cukupla satu malam dok hotel. Anak2 pun dah puas mandi kolam petang semalam. Pagi ni after breakfast plan nak terus check out.

Breakfast buffet include dalam harga bilik untuk 2 pax. Kids breakfast kena tambah rm6 per pax.

Sementara tunggu semua orang siap, mama dah hafiy jalan2 sekitar chalet. Berpeluh ketiak mama mengejar si hafiy.


Tempat breakfast kat bangunan lobi. Moh ler kita menapak pagi2 yeop. Kasi bakar lemak dulu sebelum tambah lemak lain.

Sebelah kaunter reception ada rumbia coffee house. Kat sini la kami makan breakfast.

Tapi menu so so aje. Ade ke nasi kerabu warna biru dimatchingkan dengan gulai ikan tongkol. Sungguh tak kena pasangan ni. 


Tapi makan la jugak kan wat alas perut. Karang dah check out menggelupur cari restoran.

Pastu menu lain yang ada cuma kuih muih 2,3 jenis, roti canai, roti, cornflakes. Itupun asyik habis n takes time untuk top up.

Nasib baik bubur nasi ada. Ada la makanan untuk hafiy. 


Kalau tidak, mau sehari meragam kalau tak dapat makan.


Mama rasa patut tambah lagi satu menu berat contohnya mee goreng ke, mihun goreng ke. Coz pilihan makanan memang mendukacitakan.

Pas breakfast terus balik bilik kemas beg segala dan terus check out. Nanti kami nak ke bukit malawati pula. Nak tengok monyet kat sana. 

Walaupun dah dekat 10 tahun menetap di daerah kuala selangor ni, mama tak pernah jejak kaki lagi kat bukit malawati.

Monday, December 12, 2016

De Palma Eco Resort: Part 2

Budak2 dah tunjuk muka monyok sebab after check in hujan selebat lebatnya. Niat nak berendam dalam kolam terbantut.

After asar barulah mentari muncul lagi. Dah terkinja2 semua nak tukar baju mandi. Lama sangat kot tak bawa diorang mandi2 kolam.

Dapat anak tiga2 suka main air. Kolam bahagian budak2 ni ada gelongsor simen. Rayyans panggil gelongsor kembar.

Berulang kali si kembar dok menggelongsor. Masa kami turun kolam orang tak ramai lagi. Rayyans boleh conquered slide.

Depa dua orang berlawan sapa paling awal sampai dalam air. Kenmain seronok lagi abang2. Adik ketap bibir xleh main sama.


Kids pool ada dua bahagian. Belah gelongsor sesuai untuk budak2 baya rayyans. Belah satu lagi sesuai untuk budak baya hafiy sebab air takat buku lali mama.


Mama boleh lepas hafiy main sendiri. Kenmain seronok dia berenang keliling kolam. Tapi kejap jer pastu mulala nak menyeberang ke sebelah sana. Belah sini tak mencabar ye dik.

Teringin nak main gelongsor jugak si kecik ni. Papa nak pegang tangan pun tak bagi. Tertonggeng dalam kolam tu baru tau.

Puas 4 beranak mandi kolam. Mama jer tak join. Setakat celup2 kaki jer. Harap2 malam ni diorang tido lena sebab dah penat mandi kolam.

De Palma Eco Resort: Part 1

Tahun ni sekali lagi kerajaan selangor bagi cuti umum sempena hari anniversary kami yang kelapan (Walhal cuti umum sebab bday sultan selangor).

Sempena anniversary, kami bercuti dekat2 dengan rumah jer. Malas nak drive bila cuti sederet. Kat Malaysia ni confirm semua jalan jem.

Kali ni dekat betul bercuti. Drive tak sampai pun sejam. Kami ke hotel de palma eco resort kuala selangor.

Reason mama pilih de palma selain dari sebab dekat, adalah kerana swimming pool. Budak2 ni kalau dok hotel takde swimming pool macam tak bermaya rasanya.

Nasib baik dapat bilik kosong. Almaklumlah, mama suka wat kerja last minute booking. Tapi bilik yang available cuma superior twin. Xpe kita boleh bentang toto bagi anak2 tidur.

Konsep bilik2 kat sini adalah chalet. Kami dok bilik yang cantum dua rumah. Kalau family ramai bolehla book dua bilik terus sebab ada connecting door.

Harga untuk semalam rm210. Bilik triple sharing harga lebih murah, rm200. Bilik superior lebih mahal sebab dekat dengan kolam renang.

Tv lcd ada disediakan tapi channel cuma yang asas jer. Astro takde. Malam quite boring sikit la after budak2 tidur.

Bilik air bersih. Ada hot shower jugak. Air laju. Mama perasan lantai dan bilik air tiles macam baru. Agaknya diorang baru lepas renovate bilik ni.

So far, ok la dok sini. Xleh nak aspect tinggi la sebab dia lebih kepada eco resort. Sapa pencinta alam sekitar sure suka. Monyet memang banyak kat sini.

Tuesday, November 29, 2016

Old Town White Coffee

Dating berdua jer dengan papa hari ni. Mama ada meeting kat klang. Setel kerja singgah kat jusco bukit raja. Perut dah menyanyi nyanyi minta diisi.

Sekarang musim tudung pucci kan. Haruslah mama grab jugak. Ikut trend la katakan. Mama beli pucci dengan cikla jer. Pakai pucci senang banding shawl tak perlu nak lilit2.

My buah hati yang sentiasa setia membawa mama ke mana sahaja. Tengkiu cayang :-)

Papa minum iced honey lemon. Mama plak hazelnut coffee.

Mama order kaya toast aja sebab dah makan dalam meeting tadi. Papa jer makan Sepatutnya dalam set ni ada salad tapi salad dah habis. Sebagai ganti, diorang bagi acar.


Tuesday, October 18, 2016

Atok Asam Pedas

Lama tak datang inspection kat kuala selangor. Hari ni kebetulan ada inspection kat tanjung karang. Lunch hour kami ke jeram sebab nak makan kat kedai atok asam pedas.

Hidangan sampingan sampai dulu sebab kuah asam pedas belum siap masak. Kami order telur dadar, sayur campur dan sotong goreng kunyit.

Semua sepakat pilih ikan merah. Order dua ekor, buat 2 mangkuk asam pedas. Sedap sebab ikan fresh. Mama dapat ratah bahagian kepala ikan. Syurga.

Sotong goreng kunyit lambat sampai so takdelah dalam gambar. Berpeluh makan asam pedas dalam cuaca panas. Nasib baik restoran kat laut, berangin la jugak.

Monday, October 17, 2016

Kembali

Maghrib tadi, mok (nenek mama) telah kembali menemui penciptanya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Al fatihah buat nendaku. Tenanglah dikau bersemadi di sana. 

Thursday, October 13, 2016

Restoran Saba

Tercapai juga hasrat hati nak makan nasi arab kat restoran saba. Mama teringin nak makan sejak dayah kahwin lagi tapi masa tu kedai lak belum bukak.

Habis meeting tadi terus pecut kereta ke sini. Nasib baik orang tak ramai. Banyak lagi seat kosong. Petang2 ni kena makan laju2 takut jalan jem nak balik puncak alam.

Mama ni mengidam mengalahkan orang peknen. Ingatkan dah peknen betul2. Maklumlah kawan2 rapat ramai tengah peknen membilang hari. Manalah tau kot2 jangkit kat mama skali.

Mandhi kambing papa punya. After demam teruk masa raya haji, ni la baru papa makan kambing. Sebulan jugak la papa cuti makan daging. 

Mandhi ayam mama punya. Pastu bungkus untuk anak2 kat umah pun nasi mandhi ayam gak. Nasi kat saba ni sedap betul la. Beras apa la yang diorang pakai agaknya.

Syukur alhamdulillah. Tercapai hasrat yang dah tertangguh 2 bulan lamanya. Nasib baik tak peknen. Lau tak menceceh air liur anak dalam perut.

Pondok Manis

Petang tadi mama meeting kat cyberjaya. Mama sengaja datang awal sebab plan nak lunch kat restoran saba. Malangnya waktu lunch hour full house.

So kami ke dpulze sebab kat dalam tu banyak kedai makan. Pusing punya pusing, kebanyakkan kedai ramai orang. Kami malas nak menunggu lama2.

At last, decide makan kat restoran pondok manis. Restoran ni konsep jawa. Ada menu berasaskan penyet..ayam penyet, iga penyet, lele penyet..

We both order kwayteow soto. Tak sedap sangat soto dia sebab kuah tu rasa kunyit. Mama suka soto kuah putih. Pastu ada sambal kicap. Yang ni soto takde sambal kicap. Tak perfect rasanya takde sambal kicap.

Kami tak nak makan nasi sebab save perut petang ni nak gi ke restoran saba lagi. Alang2 dah sampai cyber.ni, by hook or by crook kena gak makan kat restoran saba.

Wednesday, October 12, 2016

Restoran Pot Nik

Restoran pot nik baru jer buka kat alam jaya, puncak alam. Restoran ni berasaskan masakan timur. Restoran beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

Menu nasi dagang, nasi kerabu dan nasi berlauk available dari pagi sampai ke kedai tutup. Selain tu ada jugak mee celup dan roti titab. Antara lauk yang ada gulai ayam kampung, gulai ikan tongkol dan kerutub daging.

First time datang sini mama makan nasi kerabu. Sedap lengkap dengan tumis. Cuma sambal tu pedas gila tahap buasir. I cannot tahan. Harga sepinggan nasi kerabu dengan ayam goreng rm5. Harga standard la kan.

Tak cukup dengan nasi kerabu, order lagi roti titab. Roti titab memang femes kat kelantan. Roti disapu kaya dan ada telur masak separuh. Kalau kat ipoh panggil roti telur goyang. Cuma bezanya kat ipoh takde kaya.

Semangkuk akak tu bagi keropok kat kami. Memang tak habis makan. Puas hati la dapat makan masakan kelantan yang cukup rasa. Next time nak cuba nasi dagang n nasi berlauk pula.

Papa pun kenmain sengeh sebab air kegemaran dia ada jual kat sini, air teh halia yusmira. Dah tau dah kalau putus stok tak sempat balik kelantan nak beli, bolehlah datang restoran ni.