Showing posts with label SEAFOODS. Show all posts
Showing posts with label SEAFOODS. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Sambal Kerang

Lama betul mama mengidam nak makan sambal kerang tak dapat2. Susah betul nak jumpa orang jual nasi lemak dengan sambal kerang. Gerai nasi lemak kat depan rumah kami pun dah lama tak buat lauk kerang. Katanya susah nak dapat kerang.

Kebetulan dekat group puncak alam ada buat delivery kerang. Mama teruslah order. Hasilnya terjadilah sambal kerang cili merah. Kerang tu mama rebus dulu dengan serai dan garam then kopek amik isi jer. Besar2 kerang ni. Puas hati. Sambil kopek sambil ratah.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili besar merah. Tumis sampai garing. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkan kerang gaul sebati. Last sekali mama masukkan sayur mak tam. Kacau sampai sayur layu sedikit. Hidang dengan nasi panas. Wallaaa..

Friday, August 17, 2018

Rewang

Seronok dok ofis baru mama kat shah alam. First sebab lagi dekat dengan rumah. Second banyak tempat makan. 3rd sebab pantry besar.

Hari jumaat kalau tak merayap ke mana2 kami akan merewang kat ofis je. Kat pantry lengkap ada rice cooker, dapur letrik, oven. Setakat nak masak tomyam tu small matter la.

Hari jumaat jer la dapat gather2 masak dengan opismate. Hari lain tak sempat. Baru nak kupas bawang lunch hour dah habis. Gitu la perumpamaan mama.

Seronok merewang ni. Masing2 ada tugas. Ada tukang potong2, tukang masak, tukang kacau, tukang buat air, tukang makan (mama le tu). Yang penting..kerjasama. Pas masak makan ramai2.

Antara menu yang kami pernah masak adalah tomyam seafood. Kebetulan opismate ada inspection dekat kuala selangor. Jadi diborongnya segala udang dan sotong. Dapatla kami masak tomyam seperiuk vision.

Pastu goreng telur dadar makan dengan nasi panas. Berselera betul. Mak mertua lalu.. eh silap.. bos lalu kat belakang pun tak perasan.

Kami juga pernah masak sup daging. Daging tu mama rebus siap2 kat rumah malam sebelum. Then esoknya just campak2 jer semua bahan dalam periuk.

Selain sup daging kami sempat masak kerabu ikan bilis. First time mama makan ni. Ikan bilis tu goreng garing. Then potong dadu timun dan tomato. Campurkan bawang merah, timun, tomato, ikan bilis dan cili. Masukkan sos ikan dan perah limau nipis. Kacau rata.

Telur dadar ni lauk wajib kalau makan sup atau tomyam. Stok telur memang tak putus kat pantry. The girls kat ofis beli sepapan besar terus.

Tapi lauk yang paling memikat selera mama adalah budu tempoyak dan sambal kicap cicah ulam timun. Bertambah2 makan.

Meriah makan ramai2 camni. Sambil makan sambil membawang. Hahaha.. Actually makan kat ofis jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak keluar jauh2 cari makan. Kalau kat ofis lepas makan siap boleh tidur lagi.

Menu yang paling kerap masak adalah maggi. Petang2 bila stay up balik lambat, alas perut dengan maggi dulu. Bila perut dah kenyang baru la boleh buat kerja overtimw dengan tenang.

Sunday, April 16, 2017

Nasi Dagang

Nothing can beats mom's cooking. Hari ni kami kenduri nasi dagang. Chef yang bertangungjawab sudah semestinyalah nenek. Dibantu oleh pembantu chef, ciknik dan uncle is. Mama tak dapat masuk dapur sebab hafiy mengekor. Papa pulak ke sekolah rayyans sebab ada hari sukan. 

Nenek bawa beras nasi dagang dan rempah kari dari kelantan. Sorang mak ni kan, walaupun datang lawat anak yang dah beranak pinak, still ingat lagi nak masak makanan kegemaran anak2. 

Nak masak nasi dagang boleh tahan leceh. Sebab nak kena kukus 3 kali. Sebab tu la mama malas nak masak sendiri. Nasib baik nenek ada pembantu chef imported dari jb hari ni. Berpeluh jugaklah nak menghabiskan kukus 6kg beras nasi dagang. 

Dah siap kukus dapatlah satu besen besar nasi. Nampak banyak tapi habis licin. Maklumlah anak cucu ramai kat sini. Makan plak dok ulang 2,3 kali selagi tak habis la. 

Lauk plak buat gulai ayam campur telur dan udang. Sekuali besar gulai ayam. Mama guna 3 ekor ayam. Nasib baik kat umah ni selalu buat kenduri. Jadi periuk belanga besar2 memang dah ada kat rumah. Kalau tak jenuh gak nak masak 3,4 kali guna periuk kecik. 

Yang ni plak gulai ikan tongkol. Kami guna 7kg ikan tongkol. Satu periuk besar gulainya. Puas hati masak sendiri. Boleh makan banyak mana nak. 

Dah siap hidang untuk makan tengahari sambil menunggu tetamu datang. Mama jemput ahli keluarga jer. Mak long, sepupu mama dan anak2 tiri mama datang makan sekali. 

Mangga muda dan cili padi ni pulak adalah lauk tambahan untuk orang2 keningau. Uncle is dan adik2 dia kalau dapat lauk mangga muda memang bertambah2 makan. Diorang memang suka makan makanan yang masam2 dan pedas tahap buasir. Mangga muda ni pun nenek bawa dari kampung.

Sunday, April 14, 2013

Lunch @ Home Sweet Home

Happening betul lunch hari ni. Kalau ikutkan, mula tu along n hadi jer yang nak datang lunch. Tetiba angah n tilah pun datang juga. Kali ni menu kami bakar-bakar punya..

Inilah Hadi, bakal menantu papa. Ada orang tu suka tang bakar membakar ni. Jadi kita serah jer kat dia part bakar ikan keli.

Diorang semua suka ikan keli. Cuma mama sorang jer yang tak makan. Ikan keli ni beli yang dah siap siang kat NSK. Kalau nak suruh mama yang siang memang tidak ler. Tak reti.

Bride to be - future husband n wife

Dah habis bakar ikan keli, sambung bakar kerang pulak.

Kerang yang telah dibakar. Nampak berkilat sebab disapu dengan minyak semasa membakar. Ikut kata Hadi, kalau nak lagi sedap sapu dengan santan. Confirm meletopsss..

Sambil bakar, sambil makan. Barulah sedap makan kerang bakar panas-panas. Siap angkut meja keluar tu piknik kat depan rumah.

Masing-masing makan tak henggat donia

Si kecik ni orang dok sibuk makan, dia pun sibuk sama dok main longkang.

Selesai kenduri kerang bakar, weols proceed ngan lunch pulak. Memang keje makan aja ler.

Ni kerang versi yang direbus

Asam pedas ikan pari yang tak berapa pedas

Kangkung goreng

Dari kangkung yang dipetik dari kebun sendiri

Haaa..kantoi. Orang dok makan dia sibuk dok selongkar handbag kakak-kakak. Diorang ni mencari handfon la ni.

Saturday, April 13, 2013

Sambal Kantan

Dah lama sangat rasanya tak masak sambal kantan. Sambal kantan versi mama kurang pedas, tapi manis. Tekak mek klate la katakan. Lagipun laki mek pun bukan jenis tekak pedas. Memang matching sangatlah tekak kami.

Jangan tertipu dengan kemerahan sambal kantan ni. Merah jer lebih, tapi rasanya manis. Untuk sambal kantan ni mama guna cili merah segar tu. Resepi sambal kantan boleh refer kat SINI.

Kali ni sambal kantan mama buat cicah ikan selar bakar. Konon nak kurangkan makanan berminyak sekarang ni. Kita makan yang bakor-bakor ajer.

Lauk kedua adalah kepah masak lemak. Hamik ko..konon nak kurangkan makanan berminyak, tapi gi tala yang berlemak pulakkk..

Untuk sayur pulak, my old time feveret kacang goreng. Masa kecik, kacang is the one n only sayur yang mama makan.

The table is ready. Papa jom kita makannnn...

Saturday, March 30, 2013

Dinner At Home Sweet Home

Hari ni mama just masak untuk dinner. Tengahari tadi kami ada jemputan kenduri kahwin kat lorong kami ni. So perut dah kenyang makan nasi minyak. 

Menu dinner kami malam ni adalah kailan ikan masin, sup ketam dan sotong goreng kunyit. Alhamdulillah..

Sup ketam. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan air dan sup bunjut. Bila mendidih masukkan ketam, segala sayur mayur dan perasakan garam dan lada sulah. Mama tak letak cili ya...
 
Sotong goreng kunyit bodo-bodo


Kailan ikan masin yang teramat special. Nak tau kenapa specialnya?

Sebabnya kailan ni dari pokok yang kami tanam sendiri.

Tuesday, February 5, 2013

Last Day

Last day paksu mat kat sini. Lepas zohor paksu mat n cik la bertolak balik kampung plak. So hari ni diorang semua spent masa yang ada melepak-lepak kat rumah mama. Sian paksu mat, 3 malam kat sini, tiga2 malam tidur kat umah mama. Gara-gara si Hadif menangis tak bagi paksu mat dok kat umah cikla or umah mak long. Pening mama ngan perangai Hadif ni. Obses sangat ngan 'cik mat' dia tu. Orang lain nak rapat ngan cik mat pun dia tak bagi.

Pagi ni masing-masing datang breakfast kat umah mama. Cikla beli nasi lemak. Mama plak goreng mee, nugget dan roti sardin. Yang gulung-gulung tu roti inti sardin frozen. Pakcik Nasir beli kat alam sentral. Tunggu goreng ajer.

Untuk lunch pula mama masakkan ikan siakap 3 rasa, lala masak merah dan kacang goreng. After lunch, cik la n cik mat bertolak balik kelantan. Satu episod lagi hadif meraung tak bagi cik mat balik.

Saturday, December 15, 2012

Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lama dok makan kat luar jer, hari ni mood nak memasak 'ada mari'. Actually bila asyik makan kat luar pun membosankan gak. Walaupun simple jer masakana sendiri, tapi kepuasan tu yang penting. 

Lunch hari ni mama masak sambal udang, kari ayam dan sayur goreng jer. Rayyans ni bila sekali sekala mama masak nasi memang diorang makan beria. Tapi kalau setiap hari bagi nasi tu yang diorang reject. Cepat bosan kot.

After lunch, dapat msg dari cikla cakap nak singgah umah. Cikla dalam proses mengangkut barang untuk pindah rumah. Next year cikla akan duduk 'sekampung' dengan mama kat puncak alam ni. Senang sikit adik beradik dok dekat. Bila ada emergency, ada orang boleh minta tolong.

Katanya hari ni mood rajin kan, bila ada tetamu nak datang mama buatkan puding roti. Bahan semua memang dah tersedia kat dapur. Plus penyediaan puding roti ni simple jer kan. Janji tetamu mama pulang bukan dengan perut kosong.

Sunday, June 24, 2012

Lala Goreng Ala Thai

Selain sup sayur tadi, mama juga masakkan lala goreng ala thai ni untuk membuka selera bapak budak supaya makan dengan lebih banyak seterusnya berjaya menghabiskan nasi goreng cina tu.

Bahan - bahan :
2 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inch halia*
3 batang serai*
garam dan gula secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis

Cara - cara :
Kisarkan semua bahan bertanda *.
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili sehingga garing.
Masukkan lala dan goreng sehingga masak.
Masukkan daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.