Tuesday, March 18, 2014

Mama Tomyam

Ada kedai makan baru bukak kat jalan johan setia. Tengok dari luar macam menarik.

Sebab ada pondok2 disediakan untuk pengunjung. Kalau tak nak duduk bersila kat pondok, main building ada jer tempat makan biasa dengan kerusi meja.

Kat pondok ni ada pokok2 menjalar dan lampu kelip berjuntaian. Kami datang awal, jadi masa ni lampu belum pasang lagi. Bila dah dekat maghrib barulah lampu bergemerlapan.

Buku menu. Berkilat lagi. 

Simple jer buku menu. Just lipat tiga. Konsep masakan ala thai.

Lepas oder, sementara tunggu food hadif bleh plak main buku menu. Siap buat macam laptop. Tangan laju jer kengkonon menaip.

Penuh meja makan 4 beranak. Menu ikan kembung 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam seafood, daging merah dan ayam goreng kunyit.

Monday, March 3, 2014

Cameron Highlands : Green View Garden

Last check point sebelum kami meninggalkan bumi cameron yang indah ni. Mulanya berhenti semata mata mencari toilet. Si kembar nak verak.

Selama ni lalu kat depan ni tak pernah nak berhenti. Sebab dari luar nampak macam chinese food court. 

Rupanya kat belakang ada dunia tersembunyi. Tu la.. lain kali dont judge a book by its cover.

Di belakang food court ni macam2 lg ada. Nampak tak hydragea yang macam mama beli dah tukar kaler dari hijau ke biru.

Bunga kekwa macam2 kaler tengah berkembang dengan mekar. 

Orange version. Geram jer rasa nak guling2 nyanyi lagu hindustan.

Eye cathcy..very bright pink. Mama selalu membayangkan bestnya kalau rumah dikelilingi bunga pelbagai warna.

Si kembar tak pandai nak menghargai bunga dan alam lagi. Yang diorang nampak just mainan.

Pokok markisa tengah lebat berbuah.

Saujana mata memandang. Lumrah manusia ni memang suka melihat benda2 yang indah kan.

Bukan setakat taman bunga, ada jugak kedai souvenier kat dalam ni. House of lavender namanya.

Bertepatan dengan nama kedai, semua barang yang dijual berasakan haruman lavender. Suka dekorasi kedai yang purplelish. 

Kat tingkap kedai di tanam dengan pokok bunga. Owh.. feeling dok overseas.

Outside kedai disediakan bench buat pengunjung relax2 sambil menikmati udara yang sejuk dan segar.

Dinding yang kalerful. Kat belakang dinding tu macam ada construction tengah berjalan. Tak pasti pasni ada apa plak kat sebelah sana.

Percubaan mengambil potrait keluarga. Sampai sudah tak dapat gambar yang perfect sebab sorang pandang sana, sorang pandang sini.

Tak kisahla walaupun tak dapat gambar yang perfect, janji hidup mama dah perfect dengan kehadiran kalian berdua.  Bye bye cameron. Till we meet again.

Cameron Highlands : Bharat Tea

Next stop is bharat tea plantation. Nak naik ke boh tea centre kat sg palas tu rasa macam dah takde kudrat.

Lagipun jalan nak naik ke sana tak berapa elok. Sempit dan berbengkang bengkok. Seriau mama. Cukupla sekali mama dah pernah ke sana.

So kali ni bawak anak harimau dan anak gajah serang ladang teh bharat jer.

Peace yo! Ladang teh yang kat bawah ni pun dah cukup cantik hijau mata memandang.

Dah penat berlari dalam ladang teh, kita take 5. Kita minummm dulu.

Dua2 mintak icecream brownies. Tak payah nak berebut macam kelmarin.

Mama just amik blueberry cheesecake. Sharing is caring with papa. Actually perut masih full dengan breakfast pagi tadi.

Again,  my feberet. Masala tea. Dapat menghangatkan badan di dalam suhu yang sejuk.

Mama takkan pernah bosan berkunjung ke cameron. Mama suka dengan cuaca, suasana dan pemandangan kat sini. Insyaallah we will come again.

Cameron Highlands : Kea Farm

Last day edisi percutian kat cameron. Pagi kami breakfast siap2 kat hotel. Bila perut dah kenyang baru semangat nak berjalan2.

Menu breakfast untuk 2 hari sama jer. Takdelah banyak sangat pilihan. Ada nasi lemak dan mihun goreng. Cukuplah untuk mengenyangkan perut.

After breakfast kami terus check out. Tak boleh nak berlengah sebab ada banyak tempat lagi kami nak singgah. Kami plan turun ikut simpang pulai.

Persinggahan pertama kat kea farm. Ni kira tempat wajib berhenti untuk beli bekalan sayur dan buah2 fresh. Harga sayur of course murah gila.

Kalau berjalan dengan rayyans jangan harap la diorang ni tak minta mainan. Awal2 sampai dah pegang topi takmo berganjak kemana2 dah.

Dapatla sorang seketul topi eskimo ni. Hazim pilih kepala harimau. Hadif plak pilih kepala gajah. Harga topi rm10 seketul.

Sengih melebar teruna berdua ni dapat apa yang diidamkan. Hensem plak anak mama ni macam mat saleh dah rupa. Matikla puji anak sendiri.

Now its my turn.  Tak banyak pun sayur mama beli. Beli banyak2 takut tak sempat nak masak. Just beli sayur yang rm10 untuk 10 paket. 

Pastu sekarang mama dah tersuka dengan bunga hydragea. Actually warna bunga ni biru. Bila muda kalernya macam krim kehijauan. Bila dah tua kaler berubah jadi biru.

Sebelum meninggalkan kea farm, rayyans sempat lagi cukai mama beli kamera. Aksi mengalahkan profesional photographer.

Sunday, March 2, 2014

Cameron Highlands : Butterfly Farm

Lepas lawatan sambil belajar ke taman agro mardi, kami lunch dan balik hotel berehat. Bagi si kembar tidur dulu hilangkan penat.

Then petang kami ke taman rama2 lagi. Rayyans tak puas main ngan rama2 semalam. Kali ni kami ke taman yang lain pula. Tiket rm5 dewasa dan rm2 untuk kanak2.

Kat taman ni pun ada kedai souvenier jugak. Pandai diorang mengambil peluang. Pengunjung confirm akan singgah either sebelum or selepas tengok rama2.

Ketaq kepala lutut nengok banyak nau anak tangga nak turun ke taman. Siap berlengkok2 tangga tu.

Nampak tak betapa jauh mama tertinggal kat belakang. Papa dan rayyans dah sampai bawah dah. Fuhh kali ni habis habisan exercise kaki kat cameron.

Demi untuk mu anak mama gagahkan juga kaki melangkah. Asalkan anak2 gembira, mama sudah cukup bahagia.

Cuma yang frust kat taman ni rama2 tak sebanyak taman yang kami pergi petang semalam. Area taman ni lebih kecil.

Spesis rama2 pun tak banyak. Mama jumpa yang kaler hitam hijau ni jer. Tapi bolehlah demi memenuhi permintaan anak2.

Kat sini pun ada gak binatang lain selain rama2.

Pasangan kura-kura dalam perahu, pura2 tak tahu.

Kejap jer kami dalam ni. Adalah dalam setengah jam jer kot. Rayyans pun muka macam tak puas hati jer.

Pastu kami terus balik hotel. Dinner kami oder room service jer. Dah tak larat nak tawaf kat pasar malam. Penat tawaf kat taman agro mardi pagi tadi masih bersisa.