Sunday, March 2, 2014

Cameron Highands : Taman Agro Mardi Part I

Taman agro mardi ni salah satu tarikan kat cameron highlands. Tiket masuk rm3 perhead tak kira dewasa atau kanak2.

Kawasannya luas gila. Kami spent masa separuh hari kat sini. Jalan perlahan2 sambil bergambar sakan.

Mujurlah cameron ni sejuk. Jadi takdelah terasa penat sangat jalan jauh. Peluh pun macam malu2 jer nak keluar.

Taman ni terbahagi kepada beberapa section. Bahagian bunga, tumbuhan herba, sayuran, kebun strawberry dan buahan bermusim sejuk seperti anggur dan epal.

Section pertama kami jelajah adalah bahagian bunga bungaan. Macam2 jenis bunga berwarna warni yang tumbuh subur.

Kat bawah jambatan ni ada pelbagai jenis ikan pelbagai warna. Si kembar tengah mengintai ikan kat bawah la tu. 

Sayangnya kami takde makanan untuk dibaling ke dalam kolam. Besar2 ikannya tapi mama tak pasti ikan ni boleh dimakan atau tidak. 

Cantikkan bunga purple ni, macam lavender plak bila banyak2. 

Sukanya tengok bunga merata rata tempat. 

Hazim menggayakan jurus bunga terbang.

Take 5 kat kawasan mini air terjun buatan. Pasni banyak lagi section yang kami nak terokai.

No comments:

Post a Comment