Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Tuesday, November 6, 2018

Sup Tulang & Bergedil

Happy deepavali to all my hindu friends. Masa mama kerja dekat company telco, 10 years back, opismate mama ramai kaum india. Bila tiba deepavali, kami sama2 buat kolam beras yang warna warni tu. 

Cuti umum sempena deepavali kami hanya mereput dekat rumah. Nak berjalan2 tengok wayang tak dapat sebab hazim demam. So kami dok umah diam2 main masak2 je la.

Bila terlebih rajin maka terjadilah bergedil ni. 4 biji kentang potong kecik then goreng. Lepastu tumbuk kentang sampai lumat. Masukkan garam, white pepper, isi ayam yang telah direbus terlebih dahulu, bawang goreng, daun sup dan sebiji telur. Gaul sampai sebati. 

Bentukkan ikut suka hati nak besar ke nak kecik. Suka hati mama saiz yang sedang2 saja..yang sedang2 saja..eh lagu amelina iwan plak. Pastu celup dalam telur dan campak dalam kuali. Goreng le sampai masak. Guna api slow jer kalau tak nak hangit.

Bergedil ni mama duetkan dengan sup tulang. Pastu ada ulam dengan sambal belacan. Bertambah2 laki makan. Jawabnya berlingkor la lepas makan dengan cuaca yang sejuk jer ni.

Friday, August 17, 2018

Rewang

Seronok dok ofis baru mama kat shah alam. First sebab lagi dekat dengan rumah. Second banyak tempat makan. 3rd sebab pantry besar.

Hari jumaat kalau tak merayap ke mana2 kami akan merewang kat ofis je. Kat pantry lengkap ada rice cooker, dapur letrik, oven. Setakat nak masak tomyam tu small matter la.

Hari jumaat jer la dapat gather2 masak dengan opismate. Hari lain tak sempat. Baru nak kupas bawang lunch hour dah habis. Gitu la perumpamaan mama.

Seronok merewang ni. Masing2 ada tugas. Ada tukang potong2, tukang masak, tukang kacau, tukang buat air, tukang makan (mama le tu). Yang penting..kerjasama. Pas masak makan ramai2.

Antara menu yang kami pernah masak adalah tomyam seafood. Kebetulan opismate ada inspection dekat kuala selangor. Jadi diborongnya segala udang dan sotong. Dapatla kami masak tomyam seperiuk vision.

Pastu goreng telur dadar makan dengan nasi panas. Berselera betul. Mak mertua lalu.. eh silap.. bos lalu kat belakang pun tak perasan.

Kami juga pernah masak sup daging. Daging tu mama rebus siap2 kat rumah malam sebelum. Then esoknya just campak2 jer semua bahan dalam periuk.

Selain sup daging kami sempat masak kerabu ikan bilis. First time mama makan ni. Ikan bilis tu goreng garing. Then potong dadu timun dan tomato. Campurkan bawang merah, timun, tomato, ikan bilis dan cili. Masukkan sos ikan dan perah limau nipis. Kacau rata.

Telur dadar ni lauk wajib kalau makan sup atau tomyam. Stok telur memang tak putus kat pantry. The girls kat ofis beli sepapan besar terus.

Tapi lauk yang paling memikat selera mama adalah budu tempoyak dan sambal kicap cicah ulam timun. Bertambah2 makan.

Meriah makan ramai2 camni. Sambil makan sambil membawang. Hahaha.. Actually makan kat ofis jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak keluar jauh2 cari makan. Kalau kat ofis lepas makan siap boleh tidur lagi.

Menu yang paling kerap masak adalah maggi. Petang2 bila stay up balik lambat, alas perut dengan maggi dulu. Bila perut dah kenyang baru la boleh buat kerja overtimw dengan tenang.

Tuesday, February 9, 2016

BBQ

Bersempena dengan majlis birthday, mama buat bbq. Actually ciknik yang cadangkan untuk buat bbq. Pastu mama goreng mihun jer.

Bekas bbq ni azri yang pinjam dekat member dia. Pukul 6 kami dah start untuk membakar2. Lambat bakar jawabnya lambatla boleh makan.

Anak teruna ni sibuklah nak membantu jugak. Bantu kipas hidupkan api pun cukupla. Jangan celup tangan dalam api tu sudah la ya.

Tukang bakar ramai ok la kan. Kalau harapkan papa sorang memang malas mama nak bbq bagai ni. Nasib baik ramai jejaka2 badang.

Orang yang paling sibuk birthday boy ni la. Uncle is memang jenis ringan tulang. Kalau nak buat apa2 tak perlu nak bersuruh.

Sapa tukang bakar untung. Bila dah masak terus suap masuk mulut. Masing2 sibuk nak bergambar sampai rentung ayamnya. 

Resepi perapan ayam dan daging ni mama amik kat blog mamatisya. Mama perap 2 ekor ayam dan 20 keping kambing.

Mama perap sehari awal supaya bahan tu semua menyerap dalam daging. Memang terbukti sedap. Makan camtu jer tanpa sos pun dah sedap.

Wednesday, April 10, 2013

Grilled Lamb

Flatbread tu cuma starter jer. Main course adalah grilled lamb aka kambing bakar. Lamb ni pun beli kat Jaya Grocer jugak, tapi jenis yang takde tulang. Ada isi semata. Sekeping harganya dalam RM 15.

Lamb ni mama perap dulu dengan bbq sauce with honey & garlic. Kalau nak betul-betul sos tu menyerap ke dalam daging, seeloknya diperap semalaman. Tapi mama ni dah tak menyempat. Perap sejam jer.

Kemudian grill la guna happy pan ni. Memang tak rugi mama beli happy pan avon ni. Banyak kegunaannya.

Guna api kecik jer. Dalam 20 minit dah masak dah. Begitu pantas sekali. Nampak tak souce bbq tu dah jadi pekat. Mama tak keringkan sampai habis. Tinggalkan sos untuk makan dengan kambing tu nanti.

Full set of grilled lamb with flat bread and caesar salad. Alhamdulillah, tanpa nasi pun boleh kenyang makan ni jer.

Caesar salad ni mama beli yang ready made jer. Balik umah tunggu nak tuang n gaul jer. 

Untuk Rayyans plak mama grilled peha ayam. Diorang tak pandai nak makan kambing lagi. 3 ketul ni habis diorang ratah. 

Sunday, March 17, 2013

Steak

Dah lama rasanya mama tak update cerita pasal masak memasak. Lately, aktiviti memasak agak jarang berlaku sebab wiken sentiasa sibuk kat luar. Kadang-kadang tu just masak yang biasa-biasa jer, segan plak nak tepek kat blog.

Dinner malam ni mama masak stik. Daging lembu mama perapkan dengan bbq sos, bawang putih dan herba campuran. Perap dalam 2 jam lebih awal. Pastu bakar dalam magic pan. 

Mama bakar sekali dengan asparagus. Tapi mama lupa nak keluarkan asparagus tu bila dah half way masak. Jadinya asapagus mama lembik akibat terlebih masak.

Untuk side dish plak mama buatkan salad dan goreng kentang jer. Senang keje. Lagipun Rayyans tak makan stik tu, diorang cuma makan kentang jer.

Mama juga ada buatkan mushroom soup. Takdelah kering sangat menu malam ni. Resepi mushroom soup boleh refer SINI.

Rupanya Rayyans suka mushroom soup. Sebelum ni mama tak pernah bagi diorang rasa. Ingatkan diorang tak pandai lagi nak makan. Kadang-kadang mama macam terlupa yang diorang dah besar. Dah boleh makan makanan yang bervariety dah.

Sunday, March 3, 2013

Nasi Ayam Pencen

Balik dari putrajaya dapat msg dari along cakap nak datang dinner kat umah malam ni. Nasib baik semalam mama dah beli barang dapur kat pasar malam. Sesampai jer kat umah, mama tak berlengah terus masak nasi ayam. Along, dayah n tilah cakap nak datang pas maghrib.

Masak yang simple jer pun...nasi ayam berlaukkan daging masak merah. Tak kisahlah salah kombinasi pun. Janji ada lauk nak makan.

Pandangan depan

The rice

Sup ayam pencen

Daging masak merah

Puding roti

The Athi's tengah menjamu selera. Dari kiri Nur Athilah Dhabitah, Nur Athiqallah Hadaiyah dan Nur Athirah Baina Raidah. Lagi sorang tiada dalam gambar, Nur Athiqah Ruhul Syawana. Panjang-panjang nama kakak Rayyans ni.

Athilah bagi voucher 50% discount dan FM Kidzania. Hmmm..kena cari masa free nak bawa Rayyans ke sana. Voucher ni plak xleh pakai pada hari sabtu. Jawabnya kena gi hari ahad la.

Sunday, January 20, 2013

Lamb Chop

Lamb chop segera. Beli yang dah perap kat giant. Dah banyak kali beli kat giant coz rasa dia not bad. Balik rumah just bakar dalam happy pan lebih kurang 30 minit. Best sebab daging dia tak liat.

Janggal plak kalau makan lamb chop sesaja. Nak kena ada side dish barulah lengkap hidangan. Goreng kentang dan buatkan salad buah-buahan. Buat juga sos blackpepper. Baru ngam ho.

Kat dalam salad mama letak tembikai, strawberry, tomato dan lobak merah. Pastu picitkan sos thousand island. Ala-ala salad kat pizza hut gitu.

Untuk Rayyans yang tak reti makan kambing lagi, mama bakar chicken kebab. Juga beli yang dah perap kat giant. Rayyans makan ayam jer. Bawang dan segala mak nenek tu dibuangnya.

Saturday, January 12, 2013

Dinner's Ready

Papa n Rayyans bersilat kat kebun, mama plak bersilat kat dapur. Senang hati mama masak untuk dinner sebab Rayyans tak mengacau mama. Diorang lagi seronok mengacau papa kat kebun.

Menu dinner: sup tulang, ayam goreng, sawi goreng belacan, nasi kukus dan sambal belacan. Thumbs up from papa. Papa ni senang jer nak pancing selera dia. Masaklah sup tulang or sup ekor, sure menambah.

Rayyans pun makan bertambah gak walaupun cuma berkuahkan sup dan ayam goreng. Makin gebulah anak mama.

Sunday, December 9, 2012

Family's Dinner

Semalam along dah message papa cakap diorang nak datang dinner kat rumah. So mama awal-awal lagi dah prepare nak masak apa. Malam ni kita makan western food. Along, tilah, dayah n ayein dari tempat kenduri. On da way back tu diorang singgah kat rumah.

Menu malam ni adalah lamb chop. Mama beli lamb yang dah siap perap kat Giant. Balik rumah cuma nak kena bakar je lagi. Pastu mama sediakan salad n goreng gentang dan blackpepper sauce.

Selain lamb chop, ada spagheti blogneise dan puding karamel. Puding karamel memang laku malam ni. Licin tinggal bekas jer.

Terpaksa menjamu selera kat meja kecik disebabkan kerusi tak cukup. Meja kecik lagi mesra kot..makan dok rapat-rapat.

Tengoklah si Rayyans tu, sibuk jer dok mengacau kakak-kakak diorang makan. Rayyans memang suka bila ada orang datang rumah. Kenmain excited diorang bila kat rumah ada ramai orang. Kena plak kakak-kakak diorang ni rajin melayan.

Sebelum ni kakak-kakak Rayyans jarang nak datang rumah kami. Especially time awal-awal mama kahwin ngan papa dulu. Maybe masa tu diorang tak boleh terima kehadiran mama dalam hidup ayah diorang. Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan slowly diorang boleh terima mama. Malam tadi, tilah siap buat permintaan nak datang rumah kami 2 kali dalam sebulan. Mama tiada halangan pun. Kalau diorang nak datang setiap wiken pun takpe. Janji time tu kami ada kat rumah la.