Showing posts with label THAILAND. Show all posts
Showing posts with label THAILAND. Show all posts

Sunday, September 16, 2018

La Korn Hatyai

La korn maksudnya selamat tinggal. La korn hatyai. Kami dah nak balik malaysia. Plan asal kami masa datang hatyai nak naik train klasik tapi tak kesampaian. Jadi kami decide untuk balik ke padang besar dengan train klasik.

Semalam, dari samila beach kami singgah ke train station dulu untuk beli tiket train. Risau takut tak sempat nak beli hari ni. Masa kami sampai ni dah nak dekat senja. Jadi lepas beli tiket kami berlari2 sebab nak cepat ke asean bazaar pulak.

Masa tengah berlari2 tu tetiba ada sorang pakcik tahan kami suruh berhenti. Kebetulan masa tu ada sekor anjing kat depan mama. Mama ingatkan pakcik tu tahan sebab nak elakkan anjing. Tapi mama pelik tetiba semua orang berdiri tegak. Yang tengah minum berdiri. Yang tengah sembang berdiri. 

Rupanya masa tu lagu negara thai dimainkan kat train station ketika bendera negara mereka diturunkan. Kagum mama tengok rakyat thai menghormati lagu kebangsaan mereka. Kalau kita kat malaysia langsung tak hirau bila lagu negaraku dimainkan. Termasuklah mama sendiri.

Berbalik kepada cerita perjalanan balik kami, masa kami sampai kat station train dah ada dekat platform. Kami cepat2 ke kaunter simpanan beg untuk amik beg2 kami. Lepas tu cepat2 lari cross landasan (arrow kuning) untuk ke platform seberang sana. Mula tu mama macam pelik gak boleh main cross landasan macam tu je. Tak bahaya ke. Kot tetiba ada train sesat ke. 

Semalam kononnya nak sampai awal kat train station sebab nak bergambar2 kat sini dulu. Tapi nan hado tak sempat. Kami menggelabah biawak bila tengok orang kat dalam train dah ramai. Risau takut kena tinggal dengan train. Karang jenuh nak mencari van balik ke padang besar. 

Bila kami naik ke koc kami, masa tu dah cuak sebab tengok train dah penuh dan ada orang duduk kat kerusi kami. Mama ingatkan first come first serve. Masaklah kami kena berdiri sepanjang perjalanan. 

Kebetulan masa tu ada pegawai station  tengah cek penumpang n mama cepat2 cakap no seat kuat2. Orang yang tengah duduk kat seat kami tetiba bangun. Rupanya depa just tumpang duduk. 

Diorang memang beli tiket train tapi tiket untuk berdiri sebab tiket yang ada seat dah habis. Musykil mama walaupun seat dah habis depa still jual tiket jugak. Yang mama kesian, diorang family yang ada anak kecik. 

Masa tu terdetik jugak kalau dah tiket yang ada seat dah habis kenapa beli jugak tiket yang berdiri. Kenapa tak balik naik van je. Sebab kat sini van memang berlambak2 untuk ke padang besar. Tambah2 dalam train memang sesak. Pastu train klasik tak ada ekon. Kata train boleh buka tingkap kan. Yang ada cuma kipas kecik. Itupun tak berfungsi. 

Jadi sebelum train bergerak memang panas yang amat dengan penumpang penuh sesak. Maybe diorang pun macam mama jugak, nak rasa pengalaman naik train klasik. Nasib baik kami dah beli tiket siap2 semalam. 

Pastu kami sembang2 dengan penumpang lain. Rupanya diorang tak tau boleh beli tiket awal. Sebab diorang ada tanya/baca somewhere cakap tiket hanya dijual pada hari perjalanan sahaja. Kiranya semalam kami bernasib baik penjaga kaunter tiket tu jual tiket kat kami. Kalau tak kami mungkin terima nasib yang sama hari ni.

Perjalanan ke padang besar makan masa hampir sejam. Sempatlah kami melelapkan mata sekejap. Dah la suasana macam dingin jer sebab kat luar hujan renyai2. 

Akhirnya kami selamat tiba ke padang besar. Tapi masyaallah beratur panjang nak chop pasport kat imegresen thai. Rasanya sejam lebih jugak beratur. Kami malas nak berdiri lama2 jadi kami tunggu line pendek dulu. Lagipun kami tak rushing sangat sebab tiket bas nak balik ke kl pukul 10 malam. Kami ada banyak masa lagi.

Sementara orang lain beratur chop pasport kami gedik2 pose dekat train. Bila dah nampak line mula pendek barulah kami start beratur. Yang lagi haru, bila nak sampai turn mama pegawai thai tu pergi tutup plak kaunter. Katanya waktu kerja dia dah habis. Terpaksa la mama pergi beratur kat kaunter lain.

Bila dah setel urusan chop pasport kat imegresen thai n malaysia, kami naik teksi ke padang besar. Tujuannya nak cari barang2 yang tak kesampaian nak beli masa kat hatyai. Kami laju2 beli barang sebab kedai kat padang besar pun dah nak tutup. Barang2 ni memang dari sana jugak cuma beza harga la. Kat padang besar harga up la sikit banding hatyai.

Dari padang besar kami naik teksi ke stesen bas kangar pula. Malam ni kami akan balik ke kl menaiki sani express. Berdebar juga mama nak naik bas. Maklumlah hampir 15 tahun rasanya tak naik bas express perjalanan jauh macam ni. Lagi2 ini first time mama naik bas dua tingkat. Syukur Alhamdulillah perjalanan balik smooth je. Mama turun kat hentian sg buloh pukul 5.30 pagi. Buah hati mama dah sedia menunggu mama kat sana.

Plaza Hatyai

Hari ni semua yang kami plan tak berapa menjadi. Gerak jer dari resort tadi hujan turun selebat lebatnya. Kami terpaksa cancel plan nak merayap kat kim yong market. 

Dari resort kami terus ke train station untuk simpan bag. Kat sini kami buang masa lama sangat. Lebih setengah jam menunggu orang yang jaga jaunter simpanan bag. Kemudian pak yakub hantar kami ke plaza hatyai. Dari sini kami berpisah dengan pak yakub.

Agenda pertama nak cari tempat breakfast. Perut dah berdondang sayang. Kami banyak buang masa mencari kedai makan kat area sini tapi tak jumpa yang meyakinkan hati. Kalau ikutkan kami nak breakfast dekat kim yong market je. Tapi dah hujan nak buat camna kan. Terpaksalah cari plan b.

Then kami tanya peniaga kat sini dan diberitahu bangunan bersebelahan plaza hatyai ada food court muslim. Bila sampai kat food court tu agak frust jugak la. Tangga nak naik ke tingkat 2 di mana letaknya food court kotor sangat. Penuh dengan sampah dan taik burung.

Kemudian food court pun so so saja. Ada dua tiga biji gerai je yang buka. Susunan kerusi meja pun asal ada je. Mama order nasi pakapau. Rasa? Boleh la setakat nak alas perut. Menyesal plak tak suruh pak yakub antar kami ke hamid restoran semalam.

Lepas makan kami ke plaza hatyai semula untuk last minute shopping. Mama nak cari bahan2 masakan especially susu picit, perencah kari hijau dan tomyam. Masa ni rasa menyesal gila tak beli awal2. Padahal kat setiap seven e yang kami pergi ada je jual susu picit tu. Tapi mengada ngada konon nak sopim kat kim yong market. 

Pusing punya pusing dalam plaza hatyai tu mama sampai kat area jual kacang2. Masa tu dengan hujan, dengan suasana panas, dengan crowded mama rasa pening dan nak termuntah. Dekat section kekacang tu dia ada bau semacam yang mama tak boleh tahan. End up mama cepat2 lari keluar tanpa sempat beli apa2.

Kemudian mama ke section jual kain baju. Just pusing2 cari tshirt untuk 3HR. Nak ke tempat lain takut buang masa. Nak tunggu tuk tuk dalam hujan agak leceh. Hujan dari pagi tak berhenti. So plan kami memang haywire.

So untuk kill the time, mama, ciklili n cikwani buat foot massage. Harga THB200 untuk satu jam. Murah gila. Diorang bukan setakat urut kaki. Habis diurutnya mama sampai ke kepala.

Mula2 dia urut tapak kaki mama sakit gila. Diorang urut pakai batu ke kayu apa ntah. Katanya ada urat simpul kat kaki mama. Sepanjang diurut tu memang mama sendawa jer. Banyak angin sangat kata kau.

Tapi memang best bila dia urut bahu, leher dan kepala. Rasa relax jer. Diorang ada gak offer untuk buat full body massage. Tapi kami kesuntukan masa sebab nak kejar train pukul 1.30 nanti. Pastu macam segan sebab tempat diorang mengurut ni kat open space. Berdepan pintu masuk ke plaza hatyai. Diorang just letak kerusi dan tirai kat situ jer.

Habis massage ngam2 pukul 12.30. Cepat2 kami redah hujan cari tuk tuk. Nasib baik tuk tuk banyak kat depan plaza ni. Kalau tak menangis kami kena tinggal dengan train. Actually boleh jer naik van ke padang besar. Tapi kami nak rasa pengalaman naik train klasik yang boleh buka tingkap. Alang2 kami ke hatyai haruslah cuba kan. Rugilah kami kalau tak menggunakan peluang yang ada.

Check Out PP Resort

Akhirnya tiba ke hari terakhir kami kat hatyai. Kalau ikutkan belum puas lagi makan2 kat hatyai. First time datang ni banyak jalan2 sebab nak kenal tempat orang. Next time ada rezeki datang hatyai lagi mama akan fokus aktiviti makan2 je.

Pagi2 kami terus check out. Kalau ikutkan pagi ni kami plan nak ke kim yong market. Mama nak beli susu yang pack dalam bekas plastik macam pencuci muka, perencah kari hijau thai, perencah tomyam. Banyak list mama tu. Semuanya untuk aktiviti masak2 memasak.

Mengabadikan kenangan di depan bilik kami, bilik no 112. Bilik kami yang paling hujung sekali. Ciknisa adalah roommate mama untuk 2 malam kat hatyai ni. Mama dah banyak kali travel dan dok sebilik ngan ciknisa. Harap2 ciknisa tabah mendengar dengkuran mama.

Bersihkan resort ni. Mama suka suasana dia. Tak sibuk. Bilik pun tak banyak. Masa kami stay ni cuma kami berenam dan satu family jer yang stay kat sini. Family tu dok kat rumah berdepan dengan bilik kami. 

Im flying without wings..teringat lagu westlife. Kat utm dulu memang dok tergila gilakan westlife. Masing2 muka ceria sebab dah nak balik malaysia kan. Tak sabar nak jumpa family tercinta. Especially mama la tak sabar2 nak jumpa anak2 dan suami terchenta.

The backpackers girls. Tak sangka dari cakap2 sekadar gurauan, akhirnya menjadi kenyataan trip hatyai kami. Ini adalah first trip kami ke luar negara bersama2. Selepas ni nampak gayanya boleh plan anothee trip dah. Biar berbaloi seharian menunggu untuk renew passport. Passport pun valid untuk 5 tahun. Setahun sekali trip ke luar negara pun dah kira ok. #kakiberangan

Kami terus check out dan tunggu pak yakub datang jemput kami untuk ke kim yong market. Hari ni pun kami masih setia menggunakan khidmat pak yakub. Hari ni pak yakub cuma charge kami THB30 per head.

Inilah dia pak yakub yang mama dok sebut2 tu. Baik orangnya. Cakap pun lemah lembut. Bila kami deal harga tambang takde pun dia nak marah2. Memang terbaiklah servis pak yakub. Yang penting kami puas hati.

Saturday, September 15, 2018

Food Paradise @ Asean Night Bazaar

Macam2 jenis makanan yang ada kat asian night market. Makanan yang mama tak pernah makan dan tengok pun ada. Kat bawah antara gambar makanan yang mama sempat snap. Silalah menjamu mata.












Asean Night Bazaar

Destinasi terakhir di hari kedua adalah asean night bazaar. Dari songkhla ke hatyai hujan turun agak lebat. Mula tu pak yakub pasang plastik nak cover tempias tapi kami kepanasan la pulak. Last2 kami buka jer plastik tu. Nasib baiklah hujan tak lama sangat.

Nasib baik pasar malam ni kat tempat yang berbumbung. Misi utama mama nak cari souvenier untuk kesayangan mama. Pastu nak cari udang gemuk2 yang viral tu.

Muka kenmain berminyak dah. Maklumlah seharian kami berjalan. Badan pun dah macam2 bau ada. Kepala pun dah berdenyut. Mama sensitif skit kalau kena air hujan. Mulalah rasa macam nak demam selsema je.

Laluan ke bazaar meriah dengan dekorasi  dan lampu warna warni. 

Masing2 dah kepenatan sebenarnya ni. Tapi gagahkan jugak sebab nak cari makan malam. Dah la mula2 kami tak jumpa gerai jual makanan. Rupanya bazar ni ada dua tingkat. Gerai jual makanan kat tingkat atas.

Bazar ni lebih kurang pasar kat rantau panjang. Ada jual kain baju dan barang2 souvenier. Mama sempatlah beli baju 1❤hatyai untuk buah hati mama kat puncak alam.

Bila dah dapat apa yang dicari, kami beralih ke tingkat atas pula. Kat atas ada gerai2 yang menjual makanan. Tapi bila naik atas masyaallah ramainya umat manusia. Jalan berlaga bahu. Nak membeli kena beratur panjang. Nak duduk makan langsung tak ada meja kosong.

Disebabkan kami dah exhausted sangat so we decide tapau jer makanan balik makan kat resort. Beli kenmain banyak tapi tak termakan. Mama beli nasi dengan kari hijau thai tapi tak makan pun. Balik bilik lepas makan pulut ayam terus tertidur kepenatan.

Mama beli buah anggur kecik2 makan dengan gula bercili. Pedas wei cili tu. Dia dah campur sekali dengan gula. End up mama makan anggur camtu je.

Pulut mangga dengan ayam bakar. Bila bungkus makan kat hotel kurang feel. Maybe sebab takde suasana hinggar binggar macam kat bazar. Lagipun makanan dah sejuk by the time kami nak makan.