Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Saturday, November 10, 2018

Chicken Chop

Berchicken chop lagi kami malam ni. Sekarang mood asyik nak makan western food jer. Anak2 pun suka bila mama buat chicken chop, especially hadif.

Mama guna resepi chicken chop yang sama macam tempoh hari cuma kali ni mama guna peha ayam yang boneless. Senang sikit anak2 nak makan bila takde tulang.

Ayam ni kalau makan tanpa sos blackpepper pun dah sedap. Sebab mama perap semalamam. Memang merasa bahan perapan kat ayam.

Yang beza cuma side dishes sahaja. Kali ni mama gandingkan dengan potato wedges dan salad beserta sos thousand island.

Sunday, November 4, 2018

Chicken Chop

Lemau betul bila cuti2 dok umah je. Papa malas nak drive jalan2 sebab katanya jalan jem bila public holiday. 

Anak2 pun bosan dok rumah takde aktiviti. Dari diorang buang masa tengok tv jer mama ajak diorang main masak2.

Menu lunch kami hari ni chicken chop with fettucine aglio olio dan coleslaw.



Resepi chicken chop:
  1. Bersihkan 4 potong ayam bahagian peha.
  2. Tumbuk halus 5 ulas bawah putih + 1 ketul kiub ayam.
  3. Campurkan bahan tumbuk + 1 senduk sos blackpepper life + 3 sudu kicap + 1 sudu serbuk lada hitam + 1 sudu olive oil + 1 sudu kecil rosemary.
  4. Lumurkan rata pada ayam tadi. Perap selama sejam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  5. Susun ayam atas tray. Letakkan butter atas ayam. Bakar selama 45 minit suhu 200°.
  6. After 45 minit balikkan ayam. Then bakar lagi another 45 minit.


Resepi fettucine aglio olio:
  1. Rebus fettucine hingga masak. Tambah garam dan olive oil semasa merebus. 
  2. Tumis bawang putih, bawang holland  dengan olive oil hingga garing. Lebihkan minyak ketika menumis.
  3. Masukkan daging cincang, smoked beef striped, sosej dan 1 ketul kiub ayam.
  4. Masak sehingga air kering. Perasakan gula dan garam.
  5. Masukkan fettucine dan cherry tomato. Kacau sebati.


Resepi coleslaw:
  1. Parut lobak merah dan kubis.
  2. Masukkan mayonis, perahan 1/2 biji lemon dan sedikit garam.
  3. Kacau sebati. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.


Resepi black pepper sos:
  1. Cairkan 1 sudu butter. Masukkan 1/2 biji bawang holland. Kacau hingga garing.
  2. Masukkan 3 sudu tepung gandum. Kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan 3 cawan air, 1 ketul kiub ayam, 3 sudu sos lada hitam, 3 sudu kicap, 1 sudu serbuk lada hitam, 1 sudu sos tomato dan gula.
  4. Kacau hingga mendidih dan pekat.

Sunday, April 16, 2017

Nasi Dagang

Nothing can beats mom's cooking. Hari ni kami kenduri nasi dagang. Chef yang bertangungjawab sudah semestinyalah nenek. Dibantu oleh pembantu chef, ciknik dan uncle is. Mama tak dapat masuk dapur sebab hafiy mengekor. Papa pulak ke sekolah rayyans sebab ada hari sukan. 

Nenek bawa beras nasi dagang dan rempah kari dari kelantan. Sorang mak ni kan, walaupun datang lawat anak yang dah beranak pinak, still ingat lagi nak masak makanan kegemaran anak2. 

Nak masak nasi dagang boleh tahan leceh. Sebab nak kena kukus 3 kali. Sebab tu la mama malas nak masak sendiri. Nasib baik nenek ada pembantu chef imported dari jb hari ni. Berpeluh jugaklah nak menghabiskan kukus 6kg beras nasi dagang. 

Dah siap kukus dapatlah satu besen besar nasi. Nampak banyak tapi habis licin. Maklumlah anak cucu ramai kat sini. Makan plak dok ulang 2,3 kali selagi tak habis la. 

Lauk plak buat gulai ayam campur telur dan udang. Sekuali besar gulai ayam. Mama guna 3 ekor ayam. Nasib baik kat umah ni selalu buat kenduri. Jadi periuk belanga besar2 memang dah ada kat rumah. Kalau tak jenuh gak nak masak 3,4 kali guna periuk kecik. 

Yang ni plak gulai ikan tongkol. Kami guna 7kg ikan tongkol. Satu periuk besar gulainya. Puas hati masak sendiri. Boleh makan banyak mana nak. 

Dah siap hidang untuk makan tengahari sambil menunggu tetamu datang. Mama jemput ahli keluarga jer. Mak long, sepupu mama dan anak2 tiri mama datang makan sekali. 

Mangga muda dan cili padi ni pulak adalah lauk tambahan untuk orang2 keningau. Uncle is dan adik2 dia kalau dapat lauk mangga muda memang bertambah2 makan. Diorang memang suka makan makanan yang masam2 dan pedas tahap buasir. Mangga muda ni pun nenek bawa dari kampung.

Saturday, January 16, 2016

Menu Raya

Peti ais tetiba buat hal, tak beku. dah la mama baru shopping barang dapur. stok barang basah tengah banyak. jenuhla nak perabih sebelum busuk.

harini dah panggil orang datang repair. tapi tak berjaya sebab kena ganti motor n filter. peti ais tu pun dah berumur 10 tahun. memang dah sampai masa dia rosak kot.

pomen tu terpaksa angkut peti ais mama ke bengkel. dijangkakan rabu depan baru siap. huhuhu.. susahnya lahai bila takde peti sejuk ni.

memandangkan stok ayam ada sekor, mama masak jer rendang. bila dah merendang cam tak best jer nak makan ngan nasi putih. so rebusla nasi impit 2 ketul. papa cakap macam nak raya jer makan nasi impit ngn rendang. ah ah pa.. raya thaipusam.

Wednesday, February 19, 2014

Western Menu

Lama betul tak update kisah masak2 kat rumah. Bukan tak masak, cuma masak yang biasa2 jer. Kalau masak special plak malas nak mengambik gambar. Kat dalam fon ni adalah 2,3 ketul gambar food. Daripada terbiar dalam fon baiklah mama tepek kat sini.

Ni mama letak nama spagheti chicken ball. Lapisan bawah letak spagheti atau pasta yang telah direbus. Kemudian susun chicken ball yang telah direbus kat atas spagheti. Tuang sos bologneise atas meatball. Then tabur cheese. Last sekali bakar sekejap untuk cairkan cheese. 

Grilled salmon dengan white sauce. Salmon tu tabur garam n black pepper then grill. Untuk sos mama campurkan plain yogurt, mayonis, jus lemon dan gula. Sedap bila makan dengan ikan rasa masam2.

Makaroni bakar. Kali ni mama guna sosej instead of daging cincang sebab rayyans suka makan sosej. They call hotdog as 'cokodok'.

Chicken grilled ni mama buat masa cikla datang lunch kat rumah kami. Side dishnya adalah pasta salad dan mini hash brown. Sauce untuk ayam seperti biasa adalah black pepper sauce.

The person who enjoyed my homecooked of courselah my rayyans. Bila oven berdenting diorang yang sibuk2 jerit mama dah masak..

Wednesday, April 10, 2013

Grilled Lamb

Flatbread tu cuma starter jer. Main course adalah grilled lamb aka kambing bakar. Lamb ni pun beli kat Jaya Grocer jugak, tapi jenis yang takde tulang. Ada isi semata. Sekeping harganya dalam RM 15.

Lamb ni mama perap dulu dengan bbq sauce with honey & garlic. Kalau nak betul-betul sos tu menyerap ke dalam daging, seeloknya diperap semalaman. Tapi mama ni dah tak menyempat. Perap sejam jer.

Kemudian grill la guna happy pan ni. Memang tak rugi mama beli happy pan avon ni. Banyak kegunaannya.

Guna api kecik jer. Dalam 20 minit dah masak dah. Begitu pantas sekali. Nampak tak souce bbq tu dah jadi pekat. Mama tak keringkan sampai habis. Tinggalkan sos untuk makan dengan kambing tu nanti.

Full set of grilled lamb with flat bread and caesar salad. Alhamdulillah, tanpa nasi pun boleh kenyang makan ni jer.

Caesar salad ni mama beli yang ready made jer. Balik umah tunggu nak tuang n gaul jer. 

Untuk Rayyans plak mama grilled peha ayam. Diorang tak pandai nak makan kambing lagi. 3 ketul ni habis diorang ratah. 

Saturday, March 23, 2013

Makan-Makan

Malam ni kakak-kakak Rayyans nak datang rumah. Seperti biasa, bila diorang datang mama akan sediakan makan-makan yang simple. Seronok bila kesemua anak-anak papa dapat berkumpul sama sambil makan-makan. Meriah betul suasana bila semua berkumpul. Itupun tak lengkap lagi, dayah n memer tak dapat join sebab semester kat Uni dah start.

Pagi-pagi lagi mama dah buat cheesecake ni. Yang ni kena prepare awal-awal sebab amik masa nak keraskan. Mama buat satu adunan jer, untuk sekali makan.

Lepas cheesecake dah masuk peti ais, mama continue buat puding roti pula. Puding roti ni request daripada papa. Cuma kali ni mama tak buat sos vanilla. Puding tu mama buat sedikit berair, lebihkan susu. Then makan dengan coklat hershey's ni. Sedap juga.

Main dish adalah spagheti aglio olio. Tapi bila makan mama rasa macam tasteless plak...pudar jer rasanya. Takde kick.

So mama buatkan juga kuah bologneis. Hmmm...barulah sedap sikit rasanya bila berkuah. Takdelah pucat sangat nampak kat atas meja.

Salad campur-campur. Ada daun salad, tomato ceri, anggur dan buah delima. Perisa salad tu mama letak lemon juice dan sedikit gula. Rasa masam-manis gitu. Sesekali buah pernecah sendiri. Bosan asyik picit sos thousand island jer.

Selain spagheti, ada juga chicken chop. Ni mama perap ngan sos bbq heinz tu then bakar dalam happy pan. Makan dengan sos hot peri-peri. Perghh...berapi mulut.

Alhamdulillah...diorang semua enjoy the food. Sedap ke tak, janji habis dimakan. Tapi kepuasan yang paling bermakna bila terima ucapan dari papa sebab mama bersusah payah masak untuk jamu anak-anak tiri makan.

Sunday, March 3, 2013

Nasi Ayam Pencen

Balik dari putrajaya dapat msg dari along cakap nak datang dinner kat umah malam ni. Nasib baik semalam mama dah beli barang dapur kat pasar malam. Sesampai jer kat umah, mama tak berlengah terus masak nasi ayam. Along, dayah n tilah cakap nak datang pas maghrib.

Masak yang simple jer pun...nasi ayam berlaukkan daging masak merah. Tak kisahlah salah kombinasi pun. Janji ada lauk nak makan.

Pandangan depan

The rice

Sup ayam pencen

Daging masak merah

Puding roti

The Athi's tengah menjamu selera. Dari kiri Nur Athilah Dhabitah, Nur Athiqallah Hadaiyah dan Nur Athirah Baina Raidah. Lagi sorang tiada dalam gambar, Nur Athiqah Ruhul Syawana. Panjang-panjang nama kakak Rayyans ni.

Athilah bagi voucher 50% discount dan FM Kidzania. Hmmm..kena cari masa free nak bawa Rayyans ke sana. Voucher ni plak xleh pakai pada hari sabtu. Jawabnya kena gi hari ahad la.

Sunday, January 20, 2013

Lamb Chop

Lamb chop segera. Beli yang dah perap kat giant. Dah banyak kali beli kat giant coz rasa dia not bad. Balik rumah just bakar dalam happy pan lebih kurang 30 minit. Best sebab daging dia tak liat.

Janggal plak kalau makan lamb chop sesaja. Nak kena ada side dish barulah lengkap hidangan. Goreng kentang dan buatkan salad buah-buahan. Buat juga sos blackpepper. Baru ngam ho.

Kat dalam salad mama letak tembikai, strawberry, tomato dan lobak merah. Pastu picitkan sos thousand island. Ala-ala salad kat pizza hut gitu.

Untuk Rayyans yang tak reti makan kambing lagi, mama bakar chicken kebab. Juga beli yang dah perap kat giant. Rayyans makan ayam jer. Bawang dan segala mak nenek tu dibuangnya.

Sunday, January 13, 2013

Lazy Sunday

Sunday jer yang lazy but not me. Subuh tadi hujan...lepas subuh mama tidur balik. Pukul 7 bangun, masakkan breakfast. Lama tak makan mee goreng air tangan sendiri. So pagi ni masa anak-anak n lakik masih lena dibuai mimpi, mama berkelentung kelentang kat dapur sorang-sorang.

Dah siap masak, tunggu anak-anak n lakik tak jugak bangun-bangun. Tidur mam*** ke apa diorang ni? Papa logikla, coz malam tadi stay up sampai 2 pagi tengok bola. Rayyans? Buat mama konpius jer. Diorang mana pernah bangun lambat. Maybe sebab suasana yang dingin selepas hujan kot. Malas nak kejut diorang, mama layan breakfast sorang-sorang sambil tengok tv. Menu breakfast: Mee goreng, telur mata dan nescafe. Syok!
Mama habis breakfastpun diorang tak bangun-bangun gak lagi. Tetiba teringat buah mangga yang papa kidnap kat kampung masa balik last month. Time tu buahnya muda lagi. Balik sini papa balut dengan sokkabar.
Pas makan mee goreng, layan plak mangga masak yang manis ni. Ahhh...nikmatnya. Mangga ini ana yang punya.
Inilah pokok mangga nenek kat kampung. Pokok kecik jer tapi buah lebat. Rezeki kami balik kampung musim hujan. 3 hero bangun pukul 10 pagi. Mama dah nak masak untuk lunch baru diorang bangkit. 

Menu lunch: Ayam goreng berempah, kari kentang, sayur brokoli dan bunga kubis beserta sambal belacan. Lepas lunch, the two sambung tidur balik.

Tea time: Makan keropok jejari sudah. Cicah sos pencicah made in Kelantan. 

Anak bangun tidur terus join sekaki. Hari ni kerjanya makan tidur jer. Cuaca plak mendung jer sepanjang hari. Lagila bertambah lapar. 
 
Menu dinner: Buttered fried rice, grilled chicken dan brokoli dan carrot rebus. Pas dinner membuta lagi. Seronok betul main masak-masak wiken ni. Almaklumlah, lama tak jejak dapur.