Thursday, February 2, 2017

Cameron Highlands: Part 1

Lama tertangguh cerita cameron ni. Mama bukan apa, malas nak pilih gambar. Gambar beribu ko. Letak semua karang ada yang kata buang tebiat plak. 

Kami gerak ke cameron sesudah subuh. Anak2 bila dengar nak berjalan memang senang la bangun pagi. Kena gerak awal pagi sebab nak sampai awal kat sana. Banyak program takut tak cukup masa. Dah la kami gi satu malam jer. 

Hafiy plak bila masuk jer kereta dia terus sambung tidur. Hafiy tu kalau tak cukup tidur dan tak cukup makan memang boleh meragam sepanjang hari. Bila dia tidur ni aman sikit perjalanan kami hari ni. 

Nak kata aman terus tu takde la sebab abang2 tak tidur. Diorang berdua tu plak suka bergaduh sesama sendiri dalam kereta. Kadang2 diorang yang lebih2 buat perangai banding hafiy. Geram jugak kita dibuatnya. 

Kami berhenti breakfast dekat rnr tapah. Sejam jugaklah berhenti. Ada yang nak ke toilet, ada yang nak main gelongsor. Berjalan beramai ramai dengan budak2 macam ni la. Kita tak boleh nak strict sangat ikut perancangan. 

Kami ikut jalan simpang pulai. Kurang sikit bengkang bengkoknya. Cuaca pun elok jer cerah. Mama risau budak2 muntah kalau ikut tapah. Tambah2 ni first time uncle is bawak kereta ke cameron. Takut dia tak biasa lalu jalan tapah yang macam ular kena palu. 

Masa nak naik cameron hafiy dah start meragam. Mama rasa telinga dia berdengung sebab tekanan naik ke tanah tinggi. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat sampai kat tanah tinggi cameron dengan selamat.

Wednesday, February 1, 2017

Birthday Gift

Walaupun yang sambut birthday cuma hafiy, tapi semua orang dapat hadiah. Kalau tak nanti ada yang merajuk, menangis kat bucu meja. 

Ciknik x lupakan anak2 sedara yang lain. Semua orang dapat hadiah. Even faiq yang tak dapat join hari ni pun ada hadiah gak. 

Abang hazim n hadif dapat set kereta. Happy la depa berdua ni. Dahla tadi frust sebab mama tak buat birthday party untuk diorang, kalau takde hadiah dua kali frust la jawabnya.  

Satu satunya bunga dikalangan kumbang. Kenmain happy icha sebab dapat hadiah juga. Icha dapat set dapur. Pasni bolehlah main masak2. 

Birthday boy dapat basikal tu ha. Tapi kaki tak sampai nak kayuh lagi. Takpe dik, pelan2 kayuh na. Lama2 nanti pandai la tu kayuh basikal. Harap2 basikal ni tahan lama la. Sebab nanti mama dapat rasakan abang2 yang akan melenjan basikal ni. 

Ceria masing2 after dapat hadiah. Pandai ciknik amik hati anak2 sedara. 

Nampak gaya hafiy lebih berminat dengan kereta mainan abang. Dia tak heran pun dengan basikal dia tu. 

Tengok tu mainan abang dah jadi hak milik dia dah. Tak bagi abang nak main. Memang mu taiko dik.

Hafiy Rayhan 2nd Birthday

Birthday hafiy actually on 27/1 tapi celebration dilambatkan sebab nak tunggu orang2 jb datang puncak alam. Mama dah apply cuti sebab esok kami akan bergerak ke cameron highlands. 

Birthday hafiy jatuh masa raya cina. So ciknik n uncle is kebiasaannya cuti selama seminggu. Dah few years diorang akan datang ke puncak alam untuk bercuti. Last year masa birthday hafiy kami buat bbq. 

Awal2 lagi mama dah plan nak celebrate birthday hafiy. So gigihlah ciknik beli belon dan peralatan untuk hias rumah bagai buat anak sedara kesayangan. 

Pagi2 everybody sibuk tiup belon dan hias rumah. Mama pulak bz memasak kat dapur. Menu hari ni adalah nasi minyak dan ayam masak merah. Masak yang simple2 aja. 

Topi, mask ni semua ciknik beli kat jb. Kalau harap mama tak sempat nak mencari party packs ni semua. Mama bz menguruskan hal masak memasak. 

Birthday boy dah ready ni. Adik, selamat hari lahir yang kedua tahun. Mama doakan adik sentiasa di bawah rahmat Allah. Semoga adik beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. 

Birthday boy minat sangat dengan kartun didi n friends. Jadi mama tempah kek ni dengan orang puncak alam. Mama dah biasa order kek kat orang ni. Perisa kek adalah vanilla. 

Sambutan hari ni juga untuk meraikan birthday poksu yang ke 30 tahun pada 1 januari. Kek poksu tu mama tempah dengan orang yang sama. 

Birthday boys. At the moment, both adalah anak bongsu. Hafiy anak bongsu mama (boleh percaya ke ni?) dan psu anak bongsu nenek. 

Birthday boy tak sabar2 nak potong kek. Dari tadi dia dok usha gula2 kat atas kek tu. Tu sebenarnya menjerit sebab mama pegang tangan dia nak mencapai gula2. 

Sabar ye dik. Kita potong kek ni dulu. Pastu bolehlah adik nak amik gula2 pun. 

Mama with bodyguards. Abang jeles jugak sebab masa birthday diorang last year mama tak buat macam ni. 

Alhamdulillah segala yang dirancangkan berjalan lancar. Walaupun majlis yang simple sahaja, itu sudah memadai buat keluarga kami. 

Tetamu2 yang datang. Semuanya ahli keluarga terdekat. Kakak2 3HR tak dapat datang sebab mama buat majlis during weekday.