Showing posts with label WAYANG. Show all posts
Showing posts with label WAYANG. Show all posts

Saturday, October 13, 2018

Venom At MBO Space U8

Malam tadi adik mek sampai dari kelantan. Datang semalam jer sebab nak attend kenduri kahwin kawan baik dia. Malam tadi akad nikah n adik mek jadi saksi pengantin lelaki.

Lepas kenduri, berpandukan bantuan google map maka adik mek selamat sampai ke puncak alam. Adik mek berempat dengan kengkawan dari kelantan dan 2 kawan diorang dari melaka turut serta.

So malam tadi meriah la umah mek dengan kehadiran jejaka2 kelantan. Hari ni diorang nak balik kelantan terus sebab esok ada yang dah start kerja. Ye la kelantan kan cuti jumaat sabtu. Ahad adalah hari untuk berkerja.

Tapi sebelum balik diorang dah plan nak tengok wayang dulu. Nak tengok cita venom. So sebagai kakak mithali mek google la waktu tayangan kat mbo space u8. 

Actually space u8 ni shopping mall yang mati. Kedai ada la 2,3 biji yang beroperasi. Tapi mek suka tengok wayang kat sini sebab orang tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang2 untuk beli tiket. 

Pergi lambat pun confirm tiket ada. Maklumlah cita baru kuar wayang ni selalunya banyak permintaan. Kalau gi tengok kat tempat orang ramai takut tak dapat tiket. Dah la diorang ni kira kesuntukan masa gak sebab lepas wayang diorang terus balik kelantan.

Plan nak tengok slot 11.10 pagi tapi bila dah ramai ahli rombongan ni macam2 hal la kan. At last kami dapat tengok slot 11.40 pagi. Ok la kan xde la lambat sangat. Nasib baik sini banyak show. Every 30 minutes kot ada show venom ni.

Seperti dijangkakan memang tak ramai orang kat sini. Mungkin sebab kami tengok show waktu pagi kan. Dalam panggung tu cuma group kami dan adalah 4,5 orang penonton lain. 

So far cita venom best la jugak. Ada unsur2 kelakar yang diselitkan dalam cerita. Cuma awal2 cerita tu macam agak slow sikit. Tapi lepas hero dah bersatu dengan alien, cita semakin menarik. Kusyuk anak2 teruna mek nonton. Pasni boleh la tengok cita polis evo 2 plak.

Saturday, April 15, 2017

Smurfs The Lost Village

Salah satu sebab psu datang hantar cikla bulan ni adalah nak tengok wayang cerita fast n furios 8. Semalam sampai dari kelantan, pagi ni dah gigih keluar nak tengok wayang.

Kami memang suka tengok wayang waktu early bird sebab orang tak ramai. Tengok pulak kat space u8 yang memang orang tak pernah ramai pun.

Kami tak perlu nak beratur panjang2 untuk beli tiket. Tak perlu risau tiket habis. In fact, kami sampai 5 minit before movie start. Masih ada masa untuk beli tiket dan popcorn. Siap boleh pilih seat sebab wayang kosong jer.

Frust mama tak dapat join psu tengok fast8. Rayyans tak cukup umur. Tak boleh masuk cinema. So kami terpaksa pilih cerita lain untuk tengok sementara tunggu psu habis nonton fast8. Mama tunggu astro keluarkan kat astro first je la. 

Hajat hati mama nak tengok beauty and the beast. Tapi waktu tayangan belah petang jer ada. Tak dapatlah nak tunggu lama2 untuk tengok cerita ni. Kalau tak boleh feeling2 princess mengimbaun kenangan tengok cerita ni masa kecik2 dulu. 

The boss baby plak kami dah tengok dua minggu sudah. Cerita ni not bad, kelakar dan ada mesej kasih sayang antara ahli keluarga. Kot2 takde show cerita lain masa ni, mama tak kisah pun nak tengok untuk second time. Rayyans lagi la suka. 

Kimchi untuk awak pun start tayangan tengahari. Kami tak boleh tunggu sebab tengahari nanti ada plan lain pula. Psu plak dah siap masuk cinema. Tak dapat mama nak bagi support kat cerita melayu dan michael ang. 

So we decided tengok cerita smurfs the lost village. Best jugak cerita ni. Kids enjoy la cerita kartun2 ni. Mama pulak tengah enjoy kumpul smurfs house kat mcd. Masa dalam movie cantik jer tengok rumah2 kat perkampungan smurfs yang berwarna warni. 

Walaupun psu mat masuk wayang dulu, tapi kami yang siap dulu. Cerita fast8 dua jam setengah. Cerita smurfs cuma sejam setengah jer. So lagi sejam kami kena tunggu movie psu habis. Dah la kat space u8 takde kedai untuk mama window shopping. Yang ada cuma gerai2 makan. 

Then kami rayau2 dulu kat space u8. Hari ni macam ada karnival jualan. Ada pertandingan nyanyian jugak. Rayyans bila dah nampak soopa doopa ni terus lah bernyanyi jugak kat telinga mama. Bagi jer la diorang main dlu sebab nak tunggu psu siap lambat lagi. 

Nasib baik kat sebelah soopa doopa ni ada gerai makan yang ada kerusi meja sekali. Mama order air, duduk2 sambil mata melilau memerhatikan rayyans main. 

Walaupun diorang tu dah besar, mama still kena berhati2. Kes culik budak semakin menjadi2 sekarang ni. Lagi2 kat tempat awam yang crowded.  So parents tak boleh nak leka sangat. 

Kadang bila dengar cerita ada budak kena culik, hati mama akan berdebar. Teringat anak2 kat sekolah. Bila anak2 takde depan mata, hati ni risau jer dengan keselamatan diorang.  

Ya Allah,  jauhilah anak2 mama dari perkara2 buruk. Semoga anak2 mama sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh Allah.