Saturday, October 13, 2018

Venom At MBO Space U8

Malam tadi adik mek sampai dari kelantan. Datang semalam jer sebab nak attend kenduri kahwin kawan baik dia. Malam tadi akad nikah n adik mek jadi saksi pengantin lelaki.

Lepas kenduri, berpandukan bantuan google map maka adik mek selamat sampai ke puncak alam. Adik mek berempat dengan kengkawan dari kelantan dan 2 kawan diorang dari melaka turut serta.

So malam tadi meriah la umah mek dengan kehadiran jejaka2 kelantan. Hari ni diorang nak balik kelantan terus sebab esok ada yang dah start kerja. Ye la kelantan kan cuti jumaat sabtu. Ahad adalah hari untuk berkerja.

Tapi sebelum balik diorang dah plan nak tengok wayang dulu. Nak tengok cita venom. So sebagai kakak mithali mek google la waktu tayangan kat mbo space u8. 

Actually space u8 ni shopping mall yang mati. Kedai ada la 2,3 biji yang beroperasi. Tapi mek suka tengok wayang kat sini sebab orang tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang2 untuk beli tiket. 

Pergi lambat pun confirm tiket ada. Maklumlah cita baru kuar wayang ni selalunya banyak permintaan. Kalau gi tengok kat tempat orang ramai takut tak dapat tiket. Dah la diorang ni kira kesuntukan masa gak sebab lepas wayang diorang terus balik kelantan.

Plan nak tengok slot 11.10 pagi tapi bila dah ramai ahli rombongan ni macam2 hal la kan. At last kami dapat tengok slot 11.40 pagi. Ok la kan xde la lambat sangat. Nasib baik sini banyak show. Every 30 minutes kot ada show venom ni.

Seperti dijangkakan memang tak ramai orang kat sini. Mungkin sebab kami tengok show waktu pagi kan. Dalam panggung tu cuma group kami dan adalah 4,5 orang penonton lain. 

So far cita venom best la jugak. Ada unsur2 kelakar yang diselitkan dalam cerita. Cuma awal2 cerita tu macam agak slow sikit. Tapi lepas hero dah bersatu dengan alien, cita semakin menarik. Kusyuk anak2 teruna mek nonton. Pasni boleh la tengok cita polis evo 2 plak.

No comments:

Post a Comment