Saturday, October 20, 2018

Laksam

Wiken minggu tak ada plan nak ke mana2. Sebab isnin depan rayyans exam hujung rahun. So wiken ni melepak kat rumah je la.

Bila dok umah mama suka main masak2 ni especially bila roh rajin meresap dalam badan. Pagi ni mama buat laksam. Semalam papa yang request nak makan laksam.

Pepagi dah start mengukus laksam. Paling malas buat laksam ni sebab nak kukus satu persatu. Nasib baik mama guna kukus elektrik. Kalau guna kukus dapur gas tu alamak bersaunalah mama kat dapur.

Mama cuma buat sepaket tepung beras. Dapatlah dalam 15 batang. Tu pun mama buat tebal2 sebab tak sanggup nak tunggu lama2 kat dapur. Kalau buat nipis2 sure dapat banyak lagi.

Yang penting puas hati makan bila masak sendiri. Anak2 pun boleh ulang2 makan. Next time balik kampung kena import tepung beras dari kelantan.

Resepi laksam:
  1. Campurkan 1 paket tepung beras (mama guna cap sekor gajah. Kalau guna tepung beras cap gelang (rasanya kat kelantan jer kot ada) dapat laksam lagi cantik dan putih), 2 senduk tepung gandum (senduk plastik yang biasa kacau gulai kat umah tu je), 1 jug air dan secubit garam.
  2. Sapukan sedikit minyak kat tudung periuk. Tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi.
  3. Kukus selama 10 minit. Biarkan sejuk sedikit dan boleh mula menggulung.
Resepi kuah:
  1. Masukkan isi ikan rebus (mama guna 6 ekor ikan sardin), bawang merah 5 biji, sesudu kecil lada hitam dan santan ke dalam blender. Blend sampai halus.
  2. Tuang dalam periuk, masukkan asam keping dan kacau hingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam. 

No comments:

Post a Comment