Thursday, October 25, 2018

Secret Recipe

Sempena hari gaji, marilah kita mereward diri sendiri dengan makanan yang sedap2. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang nak menghargai penat lelah kita mencari rezeki.

Moh le kengkawan kita cari resepi rahsia. Moga2 sedap la sampai dirahsiakan resepi tu. Seperti biasa, port makan kami adalah di pasaraya ole2.

Bila semua dah mengorder makanan masing2 keluar merayap. Nak shopping kat pusat pakaian hari2. Ada yang nak cari baju anak. Ada yang nak cari baju adik. Mama plak malas nak jalan. Jadi mama offer diri untuk tunggu meja dan makanan.

Sambil2 tu usha keadaan sekeliling. Hmm macam sedap pulak nampak kek kat kaunter tu. Ni kalau ada hafiy confirm kena order kek.

Tadi mama order set lunch noodle in tomyum soup. Jadi mama entitle untuk dapat sepotong kek dengan harga rm8.20. So mama order blueberry cheesecake. Jadi la untuk lepaskan terliur.

Noodle in tomyum soup. Macam pekat sangat kuah dia. Jadi rasa tu thick sangat. Kalau tambah air lebih skit baru ngam rasa tu. Setiap set lunch bersekali dengan ais lemon tea. Ok la dah jimat kat situ.

Seafood spageti cikwani punya. Mula2 cikwani order set lunch nasi tomato kencana. Bila diorang dah keluar merayap baru waitress tu datang inform nasi tomato dah habis. So tukar la ke menu lain. Tapi spageti ni kering sikit. Cikwani kena makan dengan kuah tomyum mama baru la ok.

Ciklala n ciknisa pulak makan viatnamese noodle. Yang ni tak ada set dengan air jadi kena order asing.

No comments:

Post a Comment