Saturday, October 13, 2018

Warung Kita

Lepas tengok wayang mek bawa adik mek ngn adik2 kg mek g lunch kat warung kita kat sungai buloh. Ye la diorang ni bukan selalu datang kl. Sesekali bawa diorang makan kat tempat2 yang viral.

Sampai kat sini lebih kurang 2.30 petang. Tapi dia punya beratur panjang macam time peak hour. Selalunya pukul 12 hingga 2 yang ramai orang. Ni dah lebih pukul 2 pun still ramai gak lagi.

Pastu line bergerak agak slow. Pelik jugak sebab selalu cepat je pekerja bungkus nasi. Naik kebas gak la kaki mek berdiri. Rupanya lambat sebab pekerja tak sempat nak goreng ayam. Permintaan terlalu tinggi kot arini. Mana taknya, sorang2 tu bungkus berbeĺas2 bungkus. Termasuklah mek.

Agak lama juga tak datang makan kat sini. Bila datang hari ni nampak ada menu baru iaitu abc manggey special. Next time boleh cuba. Tadi macam dah tak sanggup nak menunggu lama2 diorang buat abc.

Licin semua makan. Ye la dah melepasi waktu makan tengahari kan. Lepas ni paksu dan kengkawan terus gerak balik kelantan. Katanya nak singgah jumpa kawan sekampung kat kuala lipis pulak. Harap2 paksu tak tertidur la nanti sebab kekenyangan.

No comments:

Post a Comment