Showing posts with label BREADS N PASTRY. Show all posts
Showing posts with label BREADS N PASTRY. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Roti Sosej

Aktiviti petang dengan rayyans masak roti sosej untuk tea time. Diorang ni sejak mama pantang, petang nak kena ada tea time.

Gelek roti sampai nipis. Kami guna roti wholemeal. Tu jer yang ada kat rumah. 

Gulungkan sosej dalam roti. Sosej tu mama rebus biar masak dulu. Sebab nanti gorengnya sekejap jer kot2 sosej tak masak.

Roti ni mama potong dua sebab nak senangkan menggoreng. Kalau panjang2 nanti penuh kuali.

Celup dalam telur. Mama guna telur ayam kampung. Dalam telur mama letak garam secubit dan lada sulah. Kalau ada breadcrumbs bolehla golek2 atas breadcrumbs sebelum goreng.

Goreng dalam minyak yang betul2 panas dan gunakan api kecik jer. Lau tak hangit rentung nanti.

Hidangkan dengan mayonis. Nampak gelap skit sebab pakai roti wholemeal. Kalau roti gardenia putih tu lagi cantik bila digoreng.

Thursday, February 26, 2015

Beehive Bun

First time makan masa cikla oder aritu. Pastu nampak kat page puncak alam orang yang jual tu ada buat delivery arini. Tanpa berlengah, mama terus oder 2 bekas.

Harga sebekas rm5. Rotinya memang lembut sangat. Tapi man of the match bak kata AC Mizal dalam maharaja lawak mega, adalah sos butter scotchnya.

Rayyans boleh tersuka plak kat beehive bun ni. Sebekas setengah diorang makan berdua jer. Balance setengah jer yang tinggal untuk papa.

Wednesday, February 11, 2015

Roti Sarang Lebah

All this while dok tengok jer orang update pasal roti sarang lebah. Tapi tak pernah terbuka hati nak beli sebab rayyans kureng skit makan roti.

Cikla dah 2, 3 kali order dengan orang puncak alam yang buat delivery. Satu box ni harga rm5. Petang ni cikla order lagi 2 bekas. Mama cuba rasa, lembut jer rotinya. Nasiblah mama dalam pantang. Tak dapat nak rasa lebih2 cicah sosnya.

Rupanya anak mama suka la plak makan roti sarang lebah. Diorang suka dengan sos pencicah yang manis tu. Sampai menjilat jari diorang makan. Next time bila orang tu buat delivery bolehlah mama order jugak.

Wednesday, December 17, 2014

Nikmatnya Burger Di Malam Hujan

Bila dah asyik makan kat luar jer, tetiba naik bosan. Habis idea nak makan kat mana.

Perut plak asyik lapar jer time2 hujan ni. Bukan setakat mama tapi anak2 pun sama. Asyik buka peti sejuk cari makanan.

Papa plak malas nak keluar lecah2 ni. Solutionnya, oder jer kat gerai burger depan umah kami.

Burger bodoh jer pun kalau kena gaya memang berselera makan. Habis seketul sorang burger daging.

Kebetulan kat tv ada siaran ulangan maharajalawak mega. 3 beranak ni memang suka sangatlah. Lengkap dengan tong keropok kat sebelah.

Saturday, April 13, 2013

Tuna Sandwich

Wiken, kalau tak kemana-mana, kerjanya adalah makan, makan dan makan lagi. Bangun tidur makan, pas makan tea time, pastu lunch, tea time lagi, dinner dan supper. Perghhh..gigih ternak lemak dek non.

Misi wiken ni nak mengabiskan roti pita panjang (nun kat dalam troli) yang beli kat Jaya Grocer aritu. Sepeket ada 5 keping. Baru habis sekeping masak flatbread. Pening nak mikior resepi yang sesuai guna roti ni.

Tetiba tingggg idea kat kepala. Masak sandwich sudah. Cepat skit. Mula-mula check kabinet, cari binatang yang diawet dalam tin. Hurmm..jumpa chili tuna. Cantikkk..Panaskan dulu tuna dalam non stick pan.

Ambil 2 keping roti. Sapu mayonis kat atas salah sekeping roti. Kuantiti mayonis banyak mana? Ikut suka hati tekak n perut sendiri.

Pastu tepek tuna yang telah dipanaskan tadi ke atas roti tersebut. Ratakan kesemua arah.

Kemudian, lapik tuna tu dengan sekeping lagi roti. Lepas lapik tu masuklah dalam oven. Kasi itu roti masak dulu. Kepanasan oven 150 C selama 10 minit jer. Tak perlu lama-lama. Karang garing plak roti tu.

Dah masak tu, letaklah salad ke tomato ke...me letak salad jer. Tetiba malas nak potong tomato. Dasarrr..

Lapiklah balik jadi sandwich. Masa nak makan tu potonglah kecik-kecik. Senang skit nak makan. Kalau tak nak potong, gigit jer camtu. Laki bini agak-agak romantik gigit hujung-hujung, kasi temu kat tengah. Boleh terus commolot pagi2...hahahaha...

Wednesday, April 10, 2013

Flatbread

Sesuka hati bagi nama masakan ni flatbread. Actually ni resepi main hentam sendiri jer. Balik tadi singgah kat Jaya Grocer. Pastu ternampak roti panjang, tertera nama roti pita.

Satu plastik ni ada dalam 5 keping roti. Mama lupa plak harganya berapa. Papa tanya, roti tu boleh masak apa. So mama cakap beli jer dulu, kemudian pikir nak masak apa.

Mula-mula kena sediakan intinya dulu. Fillet ayam dipotong kecil, perap dengan bbq honey sauce. Pastu goreng dalam non stick pan. Mama letak jugak frozen vege.

Kat atas roti tu mama layer dengan kepingan cheese dulu.  

Pastu letak isi ayam yang digoreng tadi 

Kemudian tuang sos cili, sos tomato dan mayonis kat atas ayam. 

Last sekali mama tabur mozarella cheese kat atasnya. Pastu bakar dalam oven. Suhu 180 celcius selama 15 minit.

Tu dia dah masak. Nasib baik ada pembantu chef seksi ni tolong angkat keluar dari oven.

First time masak menu ni, the kids enjoy eating so much.

Monday, April 8, 2013

Salad Kentang

Semuanya gara-gara papa tak puas makan masa kat Janda Baik. Kat sana terlalu banyak makanan, so jamah serba sedikit jer la makanan yang ada sebab perut dah penuh. Bila balik sini, mulala terbayang-bayang food yang tak puas makan.

Gigih balik dari opis papa singgah econsave semata-mata nak mencari kentang. Malam ni mama kena kerah masak menu kat Janda Baik. Antaranya, salad kentang dan tuna ni.

Pastu nak jugak ada ikan bakar. Tapi ikar bakar ni mama letak garam kunyit. Biar berasa sikit. Mama bakar dalam happy pan tu jer.

Rayyans plak takmo makan salad kentang tu. Terpaksa mama panaskan pizza segera ni. Kalau pizza, memang laju la diorang makan.

Mama guna pizza jenama Tricious perasa keju. So far jenama ni yang paling Rayyans suka. Sebab crust dia nipis, rangup.

Rupa pizza sebelum dibakar. Nak lagi sedap, lemak berkrim, taburlah cheese kat atas tu. Tapi mama tak tambah sebab stok cheese dah habis.

Wednesday, March 27, 2013

Pizza Time

Menu dinner malam ni adalah pizza. Bukan yang mama buat yer, tapi beli ready made. Tunggu masuk oven dan panaskan aja. Jimat masa dan tenaga mama. Sekali sekala bolehla makan gini.

Pizza selepas dibakar. Kalau tak silap mama pizza ni jenama ticious kot. Mama beli kat giant. Harga dalam RM12. Kotak dia kaler merah. Yang ni perisa beef pepperoni.

Buat juga salad n mushroom soup. Takdelah makan pizza semata. Sedap juga pizza ni rasanya. Crust dia nipis jer, tak tebal sangat. Rangup.

Mama underestimated Rayyans. Ingatkan diorang tak suka makan pizza tapi sangkaanku meleset. 2 slice dorang diorang makan. Terpaksalah mama n papa mengalah, makan sikit jer.

 Ginila gaya dua beradik bila dah kenyang. 

Sampai terbaring minum air.

Lepas tu sambung lagi makan cheesecake. Hurmmm..mana la tak bolatt anak mama.

Saturday, March 23, 2013

Makan-Makan

Malam ni kakak-kakak Rayyans nak datang rumah. Seperti biasa, bila diorang datang mama akan sediakan makan-makan yang simple. Seronok bila kesemua anak-anak papa dapat berkumpul sama sambil makan-makan. Meriah betul suasana bila semua berkumpul. Itupun tak lengkap lagi, dayah n memer tak dapat join sebab semester kat Uni dah start.

Pagi-pagi lagi mama dah buat cheesecake ni. Yang ni kena prepare awal-awal sebab amik masa nak keraskan. Mama buat satu adunan jer, untuk sekali makan.

Lepas cheesecake dah masuk peti ais, mama continue buat puding roti pula. Puding roti ni request daripada papa. Cuma kali ni mama tak buat sos vanilla. Puding tu mama buat sedikit berair, lebihkan susu. Then makan dengan coklat hershey's ni. Sedap juga.

Main dish adalah spagheti aglio olio. Tapi bila makan mama rasa macam tasteless plak...pudar jer rasanya. Takde kick.

So mama buatkan juga kuah bologneis. Hmmm...barulah sedap sikit rasanya bila berkuah. Takdelah pucat sangat nampak kat atas meja.

Salad campur-campur. Ada daun salad, tomato ceri, anggur dan buah delima. Perisa salad tu mama letak lemon juice dan sedikit gula. Rasa masam-manis gitu. Sesekali buah pernecah sendiri. Bosan asyik picit sos thousand island jer.

Selain spagheti, ada juga chicken chop. Ni mama perap ngan sos bbq heinz tu then bakar dalam happy pan. Makan dengan sos hot peri-peri. Perghh...berapi mulut.

Alhamdulillah...diorang semua enjoy the food. Sedap ke tak, janji habis dimakan. Tapi kepuasan yang paling bermakna bila terima ucapan dari papa sebab mama bersusah payah masak untuk jamu anak-anak tiri makan.

Sunday, March 3, 2013

Nasi Ayam Pencen

Balik dari putrajaya dapat msg dari along cakap nak datang dinner kat umah malam ni. Nasib baik semalam mama dah beli barang dapur kat pasar malam. Sesampai jer kat umah, mama tak berlengah terus masak nasi ayam. Along, dayah n tilah cakap nak datang pas maghrib.

Masak yang simple jer pun...nasi ayam berlaukkan daging masak merah. Tak kisahlah salah kombinasi pun. Janji ada lauk nak makan.

Pandangan depan

The rice

Sup ayam pencen

Daging masak merah

Puding roti

The Athi's tengah menjamu selera. Dari kiri Nur Athilah Dhabitah, Nur Athiqallah Hadaiyah dan Nur Athirah Baina Raidah. Lagi sorang tiada dalam gambar, Nur Athiqah Ruhul Syawana. Panjang-panjang nama kakak Rayyans ni.

Athilah bagi voucher 50% discount dan FM Kidzania. Hmmm..kena cari masa free nak bawa Rayyans ke sana. Voucher ni plak xleh pakai pada hari sabtu. Jawabnya kena gi hari ahad la.