Sunday, November 30, 2014

Hantaran Along

Mama dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan gubahan hantaran along. Seminggu sebelum majlis mama dah siapkan sebab takmo kelam kabut last minit.

Hantaran along 7 dulang berbalas 5. Design simple jer mama buat.  Bahan2 pun just recycle majlis tunang punya. Tak baik membaziran..

Bekas cincin.

Kamera polaroid, gara2 terpengaruh dengan armel aisya dalam drama rindu awa 200% tu.

Sejadah dan kain pelikat.

Kasut dan stoking.

Remote tv. Nak letak tv yang betul2 tak muat dulang plak nanti.

Kemeja. Lagi satu dulang hantaran coklat termiss plak nak ambik gambar.

Pihak lelaki balas 5 dulang; mas kahwin dan rantai tangan, beg, kasut, telekung dan cheque duit hantaran. Gambarnya nan hado sebab mama kebizian tak sempat nak snap sana sini.

Along's Reception

Majlis persandingan diadakan pada hari yang sama. Yang beza cuma venuenya sahaja. Nikah kat masjid puncak alam. Sanding kat dewan komuniti puncak alam.

After akad nikah pengantin balik tukar baju dan mekap. Tema untuk majlis persandingan adalah purple pink. 

Kami pula terus ke dewan untuk menyambut tetamu yang datang. Boleh tahan rushing jugak sebab rombongan pengantin lelaki nak datang pukul 12 tengahari. 

Maklumlah sekarang ni petang2 musim hujan. Karang ada yang berarak dalam hujan lak nanti.

Rombongan pengantin lelaki tiba di saat matahari tengah memancar terik. Diiringi paluan kompang, azri melangkah gagah.

Pengantin perempuan menyambut ketibaan suami tercinta dan berarak masuk menuju singgahsana raja sehari.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk memohon keberkatan majlis dan kebahagiaan rumahtangga yang baru dibina.

Buat along n azri, selamat pengantin baru. Harungilah hidup berumahtangga dengan penuh kesabaran.

Along's Wedding

Alhamdulillah selesai sudah upacara perkahwinan anak sulung papa, athirah. Majlis kahwin ni kami adakan secara kecil kecilan sahaja.

Upacara akad nikah dijalankan di masjid puncak alam. Buat pertama kali, papa mewalikan pernikahan anak perempuannya.

Dengan sekali lafaz, sah la azri menjadi suami along. Maka, beralihlah tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik along daripada papa kepada azri.

Selesai upacara akad nikah diikuti dengan upacara pembatalan air sembahyang. Azri menghadiahkan along seutas rantai tangan.

Semoga along menjadi seorang isteri yang mithali, sentiasa taat dengan suami dan menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami.

Semoga rumahtangga along n azri berkekalan hingga ke syurga.

Ijab Dan Qabul

Akad nikah along diadakan kat masjid puncak alam. Majlis akad nikah dijadualkan bermula jam 10 pagi.

Pagi tu mekap artis datang rumah untuk mekapkan along. Sementara tunggu along habis mekap, tuan tanah berselfie dulu.

Papa jeles plak tengok mama berselfie. Dia pun nak join jugak. Layankan ajer la.

Berseri seri muka raja sehari. Dalam hati tuhan saja yang tahu macam mana debarannya.

Saat diijabqabulkan. Dengan sekali lafaz, sahlah along dan azri menjadi suami isteri.

Selepas majlis akad nikah haruslah bergambar2 buat kenangan. Lagi pun time ni la ramai saudara mara berkumpul.

Pengantin bergambar dengan emak dan adik beradik pengantin perempuan.

Rombongan pengantin perempuan.

Rayyans with pengapit pengantin yang didatangkan khas dari uni malaysia kelantan.

Anak bujang dengan athilah. Kat tangga pun jadik nak bergambar.

Selesai upacara akad nikah, kami bergegas ke dewan komuniti puncak alam untuk majlis persandingan pula. 

Saturday, November 29, 2014

Enzo Kopitiam

Last week my adik ipar, nasir eksiden. Eksiden dekat meru, kereta kena langgar dengan lori. Keempat2 tayar terbalik ke atas.

Alhamdulillah umur masih panjang. Cuma tangan kanan luka dan tulang terkehel. Doktor terpaksa simen tangan.

After a week kena follow up kat spital sg buloh samada boleh buka simen atau tidak. Kat spital ni masalah parking amatlah kronik. Naik tertidur papa waiting kat kereta yang di parking tepi jalan.

Separuh hari jugakla baru siap semua prosedur. Perut mak buyung pun dah berkeroncong. 

Pusing2 dalam spital cari kantin, ternampak plak enzo kopitiam. Sini konsep layan diri. Order, bayar n tunggu makanan kat kaunter. Papa makan mihun sup n foe me, nasi lemak rendang ayam.

Sedang elok habis makan nampak si kenit arissa ni. Simen nasir masih belum boleh dibuka. Tangan tak cantum betul lagi. Hujung tahun plak next follow up. Harap2 everything pulih seperti sediakala.

Thursday, November 27, 2014

D'Manggis Steamboat

Dinner tonite bawa budak2 layan steamboat. Restoran ni kat kuang. Dah lama juga x layan steamboat ni.

Balik dari ofis terus singgah. Tawakkal jer sebab mama tak buat reservation dulu. Normally kat sini fully booked.

Maybe sebab kami sampai awal, orang tak ramai lagi. Tu pun dah ada beberapa meja yang dah reserved.

Tanpa melengah masa, jomla kita main masak2. Kuah steamboat ni adalah kuah tomyam. Pastu ada gak tempat utk grill ayam n daging.

Seaafood ada udang, sotong n ketam. Makanan memang sentiasa di top up. Kuah tomyam tu pun boleh minta top up.

Seafood yang disediakan fresh. Selain seafood banyak gak food lain. Sayur, mee, rojak buah, aiskrim, kerepek..

Kat sini boleh makan sampai muntah. Kalau yang datang awal jangan risau surau ada disediakan. Cuma sediakan jer perut tu untuk makan sampai buntang.

Wednesday, November 26, 2014

Chicken Rice Shop

Lama betul tak makan kat chicken rice shop. Kalau keluar ngan rayyans asyik kfc jer yang diminta.

Bila keluar berdua je dengan papa barulah dapat makan ikut selera tekak kami. Kali ni kami makan kat outlet jusco bukit tinggi.

Tekak ni terasa nak makan yang bersup jer sebab perut tak berapa sihat. Macam sebu jer rasa.

Kami pilih set untuk makan berdua. Ada nasi 2, roasted chicken, butter chicken, fishball soup, pak choy n pai tee.

Fuhh..lama betul tak makan pai tee. 4 ketul tu mek sorang yang habiskan. Butter chicken tu pun sedap.

Set ni didatangkan dengan air gas. Mak yong mana boleh minum air gas risau perut kembung. So we upgrade air amik tea laici n berryliccious. Kena add rm3.50 untuk setiap gelas ya.

Mr. Roti Canai

Restoran ni konsep dia kopitiam. Terletak kat area aeon big bukit rimau.

Menu utama mestilah roti canai, bersesuaian dengan nama kedai. Macam2 jenis roti canai ada. Wifi pun ada..

Kertas order dan pensil tersedia atas meja. Tulis jer no kod makanan yang kita nak.

Nescafe n milo ais. Rasa memang cukup pekat likat....sesuai dengan harga rm4++

Ni namanya mr roti canai bawang. Kuah dal campur sambal tu seriously sedap kat tekak mama.

Selain roti canai ada gak menu2 biasa untuk breakfast. Mama order mihun goreng. Okaylah rasanya, boleh tahan pedasnya.