Sunday, November 30, 2014

Ijab Dan Qabul

Akad nikah along diadakan kat masjid puncak alam. Majlis akad nikah dijadualkan bermula jam 10 pagi.

Pagi tu mekap artis datang rumah untuk mekapkan along. Sementara tunggu along habis mekap, tuan tanah berselfie dulu.

Papa jeles plak tengok mama berselfie. Dia pun nak join jugak. Layankan ajer la.

Berseri seri muka raja sehari. Dalam hati tuhan saja yang tahu macam mana debarannya.

Saat diijabqabulkan. Dengan sekali lafaz, sahlah along dan azri menjadi suami isteri.

Selepas majlis akad nikah haruslah bergambar2 buat kenangan. Lagi pun time ni la ramai saudara mara berkumpul.

Pengantin bergambar dengan emak dan adik beradik pengantin perempuan.

Rombongan pengantin perempuan.

Rayyans with pengapit pengantin yang didatangkan khas dari uni malaysia kelantan.

Anak bujang dengan athilah. Kat tangga pun jadik nak bergambar.

Selesai upacara akad nikah, kami bergegas ke dewan komuniti puncak alam untuk majlis persandingan pula. 

No comments:

Post a Comment