Sunday, November 30, 2014

Along's Reception

Majlis persandingan diadakan pada hari yang sama. Yang beza cuma venuenya sahaja. Nikah kat masjid puncak alam. Sanding kat dewan komuniti puncak alam.

After akad nikah pengantin balik tukar baju dan mekap. Tema untuk majlis persandingan adalah purple pink. 

Kami pula terus ke dewan untuk menyambut tetamu yang datang. Boleh tahan rushing jugak sebab rombongan pengantin lelaki nak datang pukul 12 tengahari. 

Maklumlah sekarang ni petang2 musim hujan. Karang ada yang berarak dalam hujan lak nanti.

Rombongan pengantin lelaki tiba di saat matahari tengah memancar terik. Diiringi paluan kompang, azri melangkah gagah.

Pengantin perempuan menyambut ketibaan suami tercinta dan berarak masuk menuju singgahsana raja sehari.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk memohon keberkatan majlis dan kebahagiaan rumahtangga yang baru dibina.

Buat along n azri, selamat pengantin baru. Harungilah hidup berumahtangga dengan penuh kesabaran.

No comments:

Post a Comment