Sunday, November 30, 2014

Along's Wedding

Alhamdulillah selesai sudah upacara perkahwinan anak sulung papa, athirah. Majlis kahwin ni kami adakan secara kecil kecilan sahaja.

Upacara akad nikah dijalankan di masjid puncak alam. Buat pertama kali, papa mewalikan pernikahan anak perempuannya.

Dengan sekali lafaz, sah la azri menjadi suami along. Maka, beralihlah tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik along daripada papa kepada azri.

Selesai upacara akad nikah diikuti dengan upacara pembatalan air sembahyang. Azri menghadiahkan along seutas rantai tangan.

Semoga along menjadi seorang isteri yang mithali, sentiasa taat dengan suami dan menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami.

Semoga rumahtangga along n azri berkekalan hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment