Showing posts with label SUSU. Show all posts
Showing posts with label SUSU. Show all posts

Friday, March 20, 2015

Ephyra Dan Shaklee

Alhamdulillah rezeki susu hafiy semakin bertambah. Mama dah dapat kumpulkan stok. Dalam sehari dapat satu paket yang dijadikan stok. Selebihnya untuk hafiy minum.

Peti ais pun dah makin penuh. Tak lama lagi bahagian ikan tu bakal dipenuhi dengan stok susu jugak. Nampak gaya mama kena cari deep freezer. Kalau tidak susah nak simpan stok bahan masak.

Selain susu anmum dan umma lacto yang mama amalkan sebagai milk booster, mama juga ada minum ephyra. Ephyra ni mama minum dah lama, since sebelum mengandung.

After few months minum ephyra, mama pregnant n stop minum. Risau takut ada kesan sampingan sebab mama ada kencing manis semasa mengandung.

Then, masa pantang mama ada terbaca kat blog vanilla pink yang ephyra ni elok untuk ibu2 dalam pantang. Salah satu khasiat ephyra adalah dapat menambahkan susu badan. So, mama continue balik minum ephyra.

Tak cukup dengan tu, tilah plak belikan esp shaklee untuk mama. Thanks tilah sebab bagi sokongan penuh untuk mama menyusukan adik hafiy. Dia banyak tolong mama jaga hafiy bila mama pam susu. 

So far yang mama perasan, lepas minum shaklee, kuantiti perahan susu masih sama cuma susu tu makin pekat. Harap2 usaha mama yang sekelumit ni dapat memberikan susu yang berzat dan mencukupi untuk mengenyangkan perut hafiy.

Wednesday, March 18, 2015

Poncho

Akhirnya masa yang seboleh bolehnya tak nak jumpa, tiba jua. Esok mama bakal melangkah ke ofis balik. Cuti berpantang dua bulan sudah tiba di penghujung.

Jadual pam susu mama sikit sebanyak akan terkesan. Rasanya kat ofis tak dapat nak punctual pam setiap dua jam. Confirm bz jer bila kat opis. 


Tempat mengepam pun satu hal jugak. Surau kat opis tu kecik jer. Memang pack la time peak hour. Tak boleh nak selak baju macam kat umah. Dapat pam seselesa mungkin. 

Untuk bantu proses mengepam, mama beli nursing wear atau poncho ni. At least dapatlah cover apa2 yang patut semasa mengepam tu. Harap2 mama dapat meneruskan misi penyusuan hafiy dengan jayanya.

Sunday, February 22, 2015

Bottle Warmer

Mama guna bottle warmer untuk memanaskan susu dari peti sejuk. Warmer ni banyak menyenangkan urusan mama. Just amik masa 5 minit untuk memanaskan susu.

Mama gunakan warmer jenama snow bear. Warmer ni boleh digunakan kat rumah dan dalam kereta. Amat praktikal untuk orang yang suka travel.

Bagi susu direct dari peti sejuk kena panaskan hingga suhu 70°C selama 4 - 7 minit. Kemudian suhu diturunkan ke 40°C untuk mengekalkan kepanasan sepertimana susu badan normal.

Thursday, February 5, 2015

Milk Booster

Cita2 mama tinggi. Kalau boleh nak bagi susu badan kat hafiy sampai umur dia 2 tahun. Mama tau bukan senang nak melalui tempoh 2 tahun tu. Ada masa susu banyak. Ada masa susu tak berapa nak ada.

Mama banyak merujuk perihal penyusuan kat aunty tasya. Mama kagum ngan aunty tasya berjaya susukan anak sulongnya sampai 2 tahun. La ni anak kedua plak dah disusukan lebih dari setahun.

Atas nasihat aunty tasya supaya mama kerapkan pam dan start simpan stok susu untuk kegunaan masa depan. Kalau boleh mama nak tiru dia. Stok susu banyak gila sampai kena beli deep frezer untuk simpan susu.

Lama kelamaan production susu akan makin berkurangan. Time tu plak anak menyusu makin banyak. So ada kemungkinan production susu tak mencukupi. Jadi kena simpan stok dari awal sebagai back up time darurat nanti.

Untuk membanyakkan susu, mama minum milk booster umma lacto. Mama cuma berusaha selain dari berdoa semoga Allah makbulkan doa mama untuk menyusukan hafiy hingga umur dua tahun.

Selain tu mama juga minum susu anmum lacta iaitu susu formula untuk ibu2 yang menyusukan anak. Semoga usaha kecil mama ni akan membuahkan hasil.

Friday, January 30, 2015

Susu

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Sepanjang tempoh mengandung, mama sentiasa berdoa moga hafiy dapat menyusu dengan sempurna. 

Alhamdulillah, hafiy pandai menyusu direct. Tapi dia akan amik masa yang lama. Pernah sampai 2 jam dia takmo lepaskan niple. Maybe sebab susu keluar perlahan. Jadi bambam mama lambat nak kenyang. So untuk hafiy ni mama kena sediakan susu yang dipam sebagai back up. 

Mama guna pam spectra m1. Alhamdulillah setiap kali pam mama dapat 4oz. Lepas la untuk hafiy menyusu sampai kenyang. Mama pam setiap 2 jam. So far, mama masih belum start simpan stok.

Kalau dia tak puas menyusu, mama akan bagi susu yang dipam guna botol. Yeah, mama tau tak elok bagi botol kat baby awal2. Tapi ni sebagai persediaan mama nak masuk kerja nanti. Buatnya hafiy takmo menyusu guna botol tak ke haru mak. 

Rezeki hafiy dapat minum susu ibu. Masa kembar dulu, mama tak berpeluang nak menyusukan diorang. Pertama, susu takde. Kedua, kembar tak pandai menyusu. Ketiga, ilmu di dada pasal penyusuan adalah zero.

My thought, setiap ibu yang melahirkan anak automatik akan ada susu dan bayi yang baru lahir automatik pandai menyusu. Tapi sangkaan mama meleset sama sekali. Sampai sekarang mama rasa ralat sangat.


Sedih sangat bila memikirkan kembar dulu tak berpeluang nak menyusu. Im sorry sayang. Masa tu mama betul2 takde ilmu. Kalaulah masa tu mama beli pam yang berkualiti, maybe susu boleh keluar bila dipam.