Showing posts with label OTHERS. Show all posts
Showing posts with label OTHERS. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Happy New Year 2019

Tak sampai sejam lagi berakhirlah tahun 2018 dan bermulalah tahun 2019. Tahun 2018 banyak meninggalkan kenangan manis dan kenangan tak berapa manis untuk mama.

Banyak azam 2018 yang dah tercapai. Yang tak berjaya cuma misi nak turunkan berat badan. Azam nan satu ni kita forward ke tahun 2019 la jawabnya. Kalau tak berjaya lagi akan terus diforward ke 2020 dan tahun2 yang seterusnya.

Penutup tahun 2018 meninggalkan sedikit kesedihan buat mama dan rakan sekerja. Kami kehilangan bos yang sangat baik dan sporting dan 4 orang rakan sekerja. Masing2 kena transfer ke department lain.

Geng travel girls trip mama, cikfatin juga kena transfer ke hq. Sedih sebab geng travel, geng lunch, geng membawang dah tak cukup korum. Semoga ini bukan menjadi satu halangan untuk cikfatin join kami travel lagi.

Walau apa pun mama anggap itu sebagai satu cabaran positif. Semoga tahun ni kami dapat bekerja dengan lebih semangat dan produktif.

Azam baru mama pula masih belum difikirkan lagi. Tapi mama harap tahun baru memberi kami kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.

Mama ucapkan selamat menyambut tahun baru 2019 buat semua. Semoga tahun ni ekonomi negara semakin pulih dan memberi 1001 rahmat buat kita semua.

Tuesday, August 14, 2018

Emosi

Geram...sakit hati tengok video kat taska kat melaka tu. Pagi semalam aku dh nampak kat fb ramai yang share. Tapi aku tahan diri dari tengok video tu. Aku takut aku emosi seharian kat opis. 

Balik umah baru aku tengok. Celakalah ke atas kedua-duanya yang telah mendera anak2 tersebut. Sakit hati aku tengok. Aku membayangkan jika anak2 aku yang berada dalam situasi anak2 tersebut. 

Emosi aku dengan isu ini. Benda ni mungkin dah lama berlaku kat sana. Tapi mengapa baru sekarang owner taska nak amik tindakan. Kenapa bukan dari dulu dia x pecat cikgu2 tu. Kenapa sekarang baru nak viralkan perlakuan binatang2 ini. 

Aku ada terbaca jugak yang penderaan ni berlaku since 2013. Bayangkan emosi anak2 yang kena dera ni. Pasti diorang trauma untuk ke taska lagi. 

Aku tertanya2 jugak, anak2 ini tidak mengadu ke pada ibu bapa tentang kekasaran guru2 mereka. Atau diorang ada mengadu, tetapi ibu bapa tidak ambil pusing perkara ni. Maybe diorang ingat alasan anak2 semata mata tidak mahu ke sekolah. 

Setidak tidaknya, parents perlulah siasat akan kesahihan kata2 anak. Jangan ada yang meninggal dulu baru nak ambil tindakan. 

Aku jadi emosi. Sebab aku ada 3 anak lelaki yang lasak. Kalau la ank2 aku ditempatkan kat taska ni, maybe anak2 aku salah sorang yang jadi mangsa. Nauzubillah. 

Syukur alhamdulillah, masa kembar dulu aku dapat pengasuh yang baik. Tidak pernah sekalipun anak2 aku balik mengadu pasal ummi, panggilan anak2 ku dekat pengasuh. 

Bila hafiy lahir, suamiku bersara. Memang syukur sebab hafiy di bawah jagaan bapa sendiri. Tetapi macam mana dengan anak2 orang lain yang kedua ibu bapa bekerja. Memang berserah sepenuhnya kepada Allah untuk melindungi anak2 masing2. 

Tetapi, aku masih risau. Hafiy perlu juga ke tadika. Untuk belajar berdikari dan bergaul. Sampai masa nanti, dia tetap perlu ke sekolah. Ya Allah, kau lindungilah anak2 ku. 

Pagi ni dikejutkan pula dengan berita bapa kandung menetak sampai mati anak yang berumur 5 tahun. Bila dadah menguasai diri, perlakuan tidak dapat dibendung lagi. 

Berderet berita menyayat hati melibatkan anak2 kecil yang tak berdosa. Semoga anak2 aku, anak2 di dunia ini terlindung daripada kecelakaan. 

Friday, March 6, 2015

Maharaja Lawak Mega

MLM tahun ni tak sebest last year punya tapi tu tak menghalang bontot melekap depan tv setiap kali show.

Rayyans memang minat gila ngan MLM. Ada sesetengah dialog yang diorang dah hafal. 


Salah satunya persembahan jalor masa theme bebas. "Pergi ke kedai nak beli roti. Kedai tutup".

Dah habis MLM ni ada plak orang2 yang rajin buat ayat ala2 kelakar cam jalor gak.

Bila baca ni senyum sorang2 dibuatnya. Ada jer rakyat malaysia yang kreatif ni kan.

Agak2 budak2 sekarang tau ke timba tu apa? 

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Selamat hari guru mama ucapkan untuk semua guru-guru mama kat sek keb gong manak (1987-1992), sek men keb cherang ruku (1993-1995), mrsmkt (1996-1997), UTM JB (1998-2002) dan UiTM (2009-2011). Segala jasa guru-guru selama ni amatlah dihargai dan tak mungkin dapat dibalas. Berkat didikan guru-guru inilah mama berjaya menjadi seorang jurutera. Terima kasih cikgu.

Monday, August 8, 2011

Malang Tidak Berbau : Vol 2

Pagi ni kami keluar rumah agak lambat..jam 8 baru gerak. Before UiTM Puncak Perdana jalan dah jem. So we thot maybe sebab kereta banyak la coz today kami agak lewat ke ofis. Kami pun layanla jem tu sambil dengar sinar fm topik sahur harini. Bila sampai kat kayangan height (tempat eksiden last friday) nampak 3 orang polis trafik tengah berkawal..ni tak lain mesti eksiden lg. Right after last friday punya lokasi eksiden, hari ni sebuah kereta terbalik.
Entah macam mana la keadaan pemandu tu kan? Macam mana la kat jalan yang lurus ni kereta tu boleh terbalik 4 tayar kat atas..Nauzubillah..jauhkanlah kita semua dari malapetaka..

Friday, August 5, 2011

Malang Tidak Berbau : Vol 1

Dua hari ni kami asyik bertembung dengan kemalangan jer. Semalam on da way balik dari ofis, selepas exit kuala selangor ikut gutrie highway, satu kereta ni terbabas. Maybe sebab kereta tu dipandu laju (maybe pemandu tu rushing untuk balik berbuka) dan pada masa tu jalan licin coz tengah hujan renyai-renyai. Dari pemerhatian, pemandu kereta tu tak mengalami apa-apa kecederaan..syukur alhamdulillah.  
Pagi ni plak on day way ke ofis, jalan dah jem dari UiTM Puncak Perdana. Jalan puncak alam ni memang normal la kalau jem..salah satu sebabnya traffic lite kat simpang batu arang tu. Pagi-pagi kalau polis takde jaga traffic memang jem la jawabnya. 
Tengah syok berchit-chat dengan papa, tetiba dengar siren ambulan melintasi kami. Dah..ni tak lain mesti ada eksiden kat depan ni.
Betullah sangkaan kami, sorang penunggang motor dah terbaring tak sedarkan diri. Yang pasti kat tepi jalan ada satu kereta dan satu motor yang dah remuk.
Tak dapat bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga mangsa menerima berita mengejutkan pagi-pagi hari. Semoga penunggang motor tu selamat. Ketika umat islam yang lain bergembira menyambut ramadhan dan bakal berhari raya, janganlah ada segilintir yang lain berduka menerima berita kehilangan orang yang tersayang. Sekadar untuk peringatan untuk semua dan juga untuk diri sendiri, berhati-hatilah di jalanraya. Memandulah dengan berhemah dan patuhi undang-undang jalanraya.