Tuesday, July 19, 2016

Zoo Negara

Setelah 14 tahun, mama kembali menjejakkan kaki ke zoo negara. Kalau dulu mama pergi jalan2 tapi kali ni atas urusan kerja.

Dah banyak perubahan kat zoo negara kalau nak dibandingkan dengan dulu. Sekarang banyak kerja2 pembinaan yang tengah berjalan di dalam kawasan zoo negara.

Mama bertuah dapat masuk atas urusan kerja. Kalau nak tunggu datang sendiri rasanya entah bila la. Pernah plan nak bawa kembar datang tapi diorang dah pergi dulu ikut rombongan sekolah.

Mama datang sebab nak buat pemeriksaan sistem pembetungan bagi pusat konservasi dan pameran giant panda.

Mama dan ahli rombongan berpeluang masuk meninjau keadaan dalam pusat ni. Satu peluang keemasan yang tak dapat dilepaskan.

Selama ni asyik dengar cerita pasal panda. Kali ni mama berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat panda2 yang didatangkan khas dari negara china.

Nuan nuan anak panda yang dilahirkan di malaysia. Kalau tak silap dah berumur 8 bulan. Anak panda ni kerjanya tidur jer. Maklumlah kat dalam ni sejuk.

Ini plak liang liang. Ibu kepada nuan nuan. Liang2 ni pun tidur gak kerjanya. Langsung tak gerak2 dari batu putih ni.

Xing xing plak panda jantan. Dia jer yang aktif dok tawaf keliling kandang. Mengikut kata pekerja zoo, xing xing lapar. Sebab tu takdok diam. Masa ni belum sampai waktu makan. Xing xing kena tunggu lagi setengah jam untuk diberikan makanan.

Rupanya panda jantan dan betina diletakkan secara berasingan. Apabila tiba musim mengawan barulah depa ditemukan. Jika bukan musim mengawan, depa akan bercakaran jika diletakkan bersama2. Gitu plak kekdahnya.

Wednesday, July 6, 2016

1 Syawal: Part 5

Syawal part 5 dipenuhi dengan gambar selfie wefie kami menggunakan kamera oppo find 7. Mama suka selfie ngan handfon oppo sebab muka automatic jadi flawless gitu.

Mama with bonda kesayangan. Dalam keempat2 anak perempuan, mama yang paling iras muka nenek. Ada satu gambar masa nenek darjah 6 sebijik sebijun muka mama masa kecik. 

Mama with satu satunya kakak. Tempat rujukan dan berkongsi cerita dari zaman kanak2 hingga berumah tangga.

Mama with ciknik. Baru perasan ngan cikla takde plak gambar selfie kami. Tak lengkap gambar selfie adik beradik perempuan.

Tetiba ada gambar selfie ngan anak sedara. Dah tua rupanya mama ni. Anak sedara pun dah besar2. Tak lama lagi bercucu sedara plak mama.

1 Syawal: Part 4

Alhamdulillah tahun ni adik beradik mama semua dapat balik beraya kat kampung. Selalunya maklong tak dapat cuti. Tapi kali ni maklong tengah berkursus selama 6 bulan. Jadi bila raya lama la cutinya. Macam cuti sekolah.

Family maklong tema hijau. Hijau gelap dan turquoise. Anak dara berdua susah nak cari baju kaler betul2 sama.

Family pakda tema merah. Walaupun pakda beraya kat belah makda, tetap gambar pagi raya wasap kat group family.

Ini family kami berbiruan di pagi raya. Hensem laki n anak2 mak berbaju melayu siap bersamping. Cuma hafiy masih tak lekat songkok kat kepala.

Ciknik n uncle is merpati dua sejoli pilih kaler royal blue. Ciknik masih kekal berdua belum ada rezeki dikurniakan zuriat.

Family cikla pun tema merah jugak. Sepatutnya tahun ni turn cikla beraya kat pahang. Tapi disebabkan cikla dah balik kg dari awl puasa sebab nak jaga tok ayah lepas operate, makanya diorang beraya kat kelantan dulu la.

Akhir sekali, adik bongsu kesayangan mama bersama tok ayah dan nenek serta twin yang menyibuk. Paksu mat masih single mingle. Harap2 raya tahun depan paksu dah berdua.

1 Syawal: Part 3

Sambung cerita syawal yang terhenti seketika. Bila dah stat keje memanglah masa agak terhad. Walau apa pun, mama akan usahakan juga letak semua gambar raya kat blog.

After kaum bapa balik dari masjid, bermulalah sesi bersalaman dan bermaafan. Salam kat depan orang macam ni tak dapat nak bersayu2 penuh emosi.

Minta ampun dekat suami atas segala salah silap sepanjang hidup bersama. Kita hanya manusia biasa. Memang tak lepas dari melakukan kesalahan. Harap papa mengampunkan semua kesalahan mama.

Pastu turn anak bujang plak salam mama papa. Sambil salam minta duit raya. Bukannya nak minta maaf. Mama dah lama maafkan segala kesalahan anak2 mama. 

Mama tak pernah simpan dalam hati. Korang pun masih kecil lagi. Apalah sangat kesalahan yang korang boleh buatkan.

Beratur salam tok ayah dan nenek pula. Ni namanya salam kaut. Cium tangan lama2 dengan harapan nenek bagi duit raya lebih.

Tok ayah sepatutnya pakai baju melayu kaler purple sedondon dengan nenek. Tapi entah mana silap, baju melayu yang tok ayah tempah terbesar. 

Keluarga bahagia kami. Insyaallah semoga berkekalan hingga ke jannah. Family pakda jer yang takde sebab turn beraya dekat umah makda.

1 Syawal: Part 2

Pagi raya kaum adam n bapak2 ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Maka tinggallah kami kaum ibu n anak2 kecik kat rumah.

4 anak perempuan en zawawi n pn sabariah. Tema tahun ni tak pakat pun. Konon tak nak sama kaler baju. Alih2 kaler lebih kurang jer.

Family kami, mak long n ciknik kaler biru. Family cikla n pakda pula kaler merah. Next year kena tanya siap2 kaler tema masing2 kalau tak nak tersama lagi.

Adik2 kesayangan mama. Masa kecik dulu main sama, gaduh, baik dengan diorang berdua la. Sebab kami umur beza 2 tahun jer masing2.

Adik ipar ciknik pun turut serta beraya dengan kami kat kampung. Suka la icha sebab dapat dua orang kakak yang rajin melayan dia.

Hafiy menyibuk di kalangan makcik2 yang gila bergambar semuanya. Botol susu tu tak lepas kat tangan.

Mama dengan dua orang anak sedara yang paling tua. Dah jadi anak dara dah diorang ni. Tinggi pun dah nak sama dengan mak sedara. Maklumlah mak sedara ayam katik.

Cantik2 anak sedara mama bergaya dipagi raya. Nak2 si ayunie. Kagum mama tengok dia membelit shawl. Macam2 pesen dia buat. Nampak gaya mak sedara kena menuntut dengan anak sedara ni.

1 Syawal: Part 1

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Kot2 ada yang terguris perasaan baca tulisan mama kat sini (ada ke orang baca blog mama ni?).

Baru ada kesempatan nak update cerita raya. Kat kg line celcom cam siput. Nak buka blog pun bercinta, apatah lagi nak update.

Matikla banyak gila gambar raya. Rasa macam nak letak semua gambar. Kenangan tu. Terpaksalah cerita raya ni kita buat chapter by chapter.

Untuk permulaan, layan jer la gambar keluarga kecik kami. Pasni menyusul gambar2 ahli keluarga yang lain pula. Jangan bosan na tengok gambaq kami.

Tema baju raya kami tahun ni adalah kaler biru. Hampir2 tak dapat nak sedondon satu keluarga sebab baju mama tak beli2. 

Sehari sebelum balik kg baru sempat shopping baju mama. Nasib baik ada yang mengikut kaler tema. Kalau tak terpinggir la sorang2 di pagi raya.

Apa2 pun, mama happy sangat sambut raya tahun ni. Semua adik beradik dapat balik kampung. Dan yang penting, kami tak sangkut dalam jem masa balik kg dan kembali ke puncak alam.

Friday, July 1, 2016

Sampul Raya

Bosan pulak malam ni takde benda nak buat. Nak tidur mata tak ngantuk lak. Anak2 pun dah tidur. Sunyi sepi rumah. Baju2 semua dah siap packed. Insyaallah esok kami bertolak balik kelantan. Semoga perjalanan kami dirahmati dan dillindungi Allah Taala.

Sementara si kecik mama tengah tidur, better mama isi sampul raya ni siap2. Adalah sikit duit raya untuk anak2 sedara, sepupu kecik, anak2 jiran dan paling penting untuk kedua ibu dan bapaku serta nenek2 ku. Alhamdulillah, nak bagi banyak mama bukan berduit sangat. Setakat yang termampu kita kongsi2 bersama.