Sunday, August 30, 2015

Ambang Merdeka

Finally, its me time.. hikhokhikhok. 

Putera3 dah lena dibuai mimpi. Kecundang awal malam ni. Mungkin sebab sepanjang hari penuh dengan aktiviti. Penat barangkali.

The father plak taking sweet time minum kopi sambil layan kek yang kami masak petang tadi. 

Me... just grab peluang untuk merehatkan diri dan minda.

Having 3 heroes + 1 big hero is tiring but im happy. Never thot my life akan berubah. Bila dah ada ahli baru, our normal routine 360 degree changed. Penat tapi berbaloi.

Seronok this wiken sebab ada extra satu hari cuti. Boleh spent masa yang berkualiti dengan family.

Sebut pasal cuti merdeka, kat tesco ada sambutan ambang merdeka. Macam2 aktiviti menarik ada.

Tapi keadaan tak mengizinkan untuk sama2 memeriahkan majlis. Ada anak kecik tak sesuai nak bersesak2..

Mama tunggu detik 12 malam tengok bunga api dari jauh jer la. Itu pun kalau mata masih terbuka. 

Selamat hari merdeka malaysian. Semoga keadaan ekonomi dan politik negara kita kembali stabil. 

Tournament

Lepas raya rasanya ni la wiken yang kami ada kat umah jer. Alhamdulillah dapat spent masa dengan anak3.

Pagi2 bawa diorang breakfast kat luar. Then papa bawa diorang ke pertandingan bola 7 sebelah kat padang puncak alam fasa 1. Hari ni dah masuk hari ke 2 tournament.

Cuaca masyaallah panas berdenting. Tak sanggup mama nak jemur hafiy kat sana. So both of us balik rumah. 

The twin balik amik cap then keluar balik dengan papa. Panas sangat sampai nak buka mata pun x lalu.

Tournament ni actually sampai petang tapi tak mampu nak berpanas lama2. Tak sampai sejam diorang dah balik umah.

Ahad dan Hijau

Bukan kuning tapi hijau. Apa yang hijaunya? Mak ko hijau.. hahaha..


Ootd kami..hijau. Dah kenapa gigit tudung mama nak oii.



Pagi dimulakan dengan breakfast kat gerai qawwam bukit cherakah.



Qawwam cuma gerai biasa, selling typical malaysian food. 


Nasi lemak, roti canai, char kway teow.. banyak jugak menu kalau nak sebut satu2.


Prices plak veryyyy reasonable. Nampak tak banyak y tu mama guna. 

Nak habaqnya harga makanan mmg murah sesangat.


Specialnya gerai qawwam bukan dekat makanannya, tapi dekat pendekarnya. 

Nampakkk.. mak kena apit dengan pahlawan melayu nak lawan musang si guntang.

Saturday, August 29, 2015

Aroma Ikan Bakar

Dinner dengan anak menantu. Angah tukang sponsor. Sempena kerja baru dan bakal ahli baru yang akan muncul next year.

3 stooges dari awal dah siap. Excited nak keluar. Pastu mula meraban bila kakak2 lambat sampai.

My busyuk masham.. soon will become grandad n uncle.

Muda2 dah nak jadi uncle budak mok mok sorang ni. Beza setahun. Nasib tak sebaya.

Mok mok suka tengok af. Bila tv tunjuk af, dia amik tiket paling depan. Tak heran kat orang lain dah. 

Ramai betul manusia makan kat sini. Nak oder kenmain panjang beratur. Nasib baik angah dah booked meja siap2.

Sementara diorang beratur pilih lauk, oder nak masak apa, kami ke pantai layan sunset.

Terkujat hafiy tengok air laut. First time jumpa laut. Nama jer kampung mama dekat ngan pantai. Tapi anak jakun.

First time kaki hafiy pijak pasir. Terkulat2 tahan geli.

Abang2 kembar pun seronok dok lari sana sini. Sesekali terlepas bebas.

Awal2 lagi dah pow along gula2 dan aiskrim. Pastu pow mama plak beli pedang berlampu.

Mama with abang hadif.

Dekat sejam jugak kena tunggu depa masak. Tapi masa berlalu x terasa sangat sebab lepak2 kat tepi pantai.

Dok layan selfie dan bergambar sampai matahari tenggelam la. 

After maghrib baru dapat makan. Ahli keluarga dah makin bertambah. Kena oder dua set setiap makanan.

Jom usha makanan. Udang masam manis, kailan ikan masin, telur dadar, bawal 3 rasa.

Ketam masak lemak cili api.

Bawal 3 rasa.

Udang sweet sour.

Tomyam campur.

Sesudah kejadian. Paling win siakap masak steam tapi gambar yillek. Siakap sampai masa kami tengah makan. Idok la nak benti makan semata2 nak snap gambar.

Family photo sebelum bersurai. Masing2 pecah balik umah sindri2.

Monday, August 3, 2015

Birthday Bash

8.8 ni bday anakanda Rayyans berdua yang ke enam. Rayyan dah request nak sambut birthday kat sekolah. As a mother, sebolehnya memang nak tunaikan permintaan anak2.

Gigihla mama mencari nak tempah kek. At last, tempah ngan orang puncak alam gak. Mama pilih design macam ni. Outcome nanti tak tau la camna rupa sebenar. Keknya mama tempah sebiji jer sebab ada lagi 2 orang student yang akan sambut bday serentak dengan rayyans nanti.

Pastu beli sikit jajan2 nak buat goodie bag untuk kawan2 kat sekolah. Jajan ni pun rayyans yang pilihkan. Kiranya jajan ni ikut tekak diorang nak makan.

Rajin rayyans tolong mama mengisi goodie bag. Birthday sendiri terpaksala depa merajinkan diri. Sanggup tak curi2 makan tau takut tak cukup nak letak dalam paper bag.

Excitednya diorang nak sambut bday kat sekolah. Hari2 tanya mama bila bday diorang. Mama pun dah naik penat mengira hari untuk diorang.