Saturday, August 1, 2015

Aktiviti Raya Keempat

Kejap je dah masuk raya keempat. Hari ni aktiviti mama memenuhi jemputan kenduri kendara. 

Tema purple mama hari ni. Bertudung nealofa. Sekali sekala beli tudung artiskan dengan harapan moga2 muka jadi cantiklah macam neelofa. 

Rumah pertama kami ke melor. Memenuhi jemputan kenduri akikah dari kawan mama, aunty narisa. Narisa ni classmate mama masa dekat mrsm dulu. 

Antara classmates mama yang dapat hadir sama iaitu cik titie dan cik tun. Dah masuk 20 tahun kami kenal dan bersahabat. 

Rumah kedua kenduri kat kampung mama je. Umah aunty ayu, sedara kami jugak. Hari ni adik aunty ayu kahwin. Kat kenduri jumpa pula kawan2 masa sekolah menengah dulu. Mama dah kenal diorang lebih dari 20 tahun dah. 

Then kami ke kenduri kahwin sedara nenek dekat kampung sebelah. Waktu kami sampai ni pun dah agak lewat. Pengantin dah habis sanding dah. Tetamu pun dah tak ramai. 

Daripada kerusi tu terbiar kosong, mama sandinglah dengan anak2 dan anak sedara yang ikut sekali. Penuh kerusi. Nasib baik tak roboh pelamin orang.

No comments:

Post a Comment