Showing posts with label KL. Show all posts
Showing posts with label KL. Show all posts

Saturday, September 1, 2018

Nasi Lemak Wak Manjor

Selain nasi lemak antarabangsa kat kg baru, nasi lemak wak manjor pun antara yang femes jugak. Mama tak sedar pun kewujudan nasi lemak wak manjor. Tapi masa kami ke kg baru untuk makan kat nasi lemak antarabangsa, penjaga parking rekomen kat kami nasi lemak wak manjor. 

Katanya lagi sedap dari nasi lemak antarabangsa. Pastu owner nasi lemak wak manjor adalah owner asal nasi lemak antarabangsa. Gitula yang penjaga parking tu bitau kami. Sebelum ni pernah datang untuk makan kat sini tapi kedai tutup pulak. So kami makan kat nasi lemak antarabangsa je. 

Hari ni kami bernasib baik kedai buka. Kedai ni sederet jer dengan nasi lemak antarabangsa tu. Masa kami sampai orang pun tak ramai beratur. Ada pelbagai pilihan lauk untuk dimakan dengan nasi lemak kukus.

Pilihan mama of courselah sambal kerang. Rasa memang sedap. Sambal pedas2 manis cukup rasa kat tekak mama. Cuma mama rasa kalau nasi tu letak atas daun pisang lagi bangkit aroma dia. 

Budak2 amik lauk telur goreng n telur rebus. Si bam bam mama sorang ni tak cukup sepinggan nasi. Dia tolong habiskan nasi hafiy yang tak habis. Satu lagi yang mama suka kat sini tempat makan proper dan banyak kerusi meja yang disediakan sebab tempatnya luas. So selesa la skit makan.

Lepas makan terus balik rumah jer. Mama dah penat seharian dekat utc. Rasanya lepas ni kami prefer ke nasi lemak wak manjor jer. Teringat2 nasi lemak kukus tu. 

Sunday, September 24, 2017

Little Penang Cafe

Ramai betul manusia kat klcc. Hampir pukul 2 petang pun masih ramai orang kat food court. Jenuh kami keliling cari meja kosong nan ado.

Dok pusing2 tu nampak little penang cafe. Tengok ada seat kosong. Terus masuk tanpa fikir panjang. Anak2 dok merengek lapar dah.

Bukan kata anak, mak pun kelaparan gak. Tapi mak leh kontrol senyum lagi.

Walaupun orang ramai tapi servis cepat jugak. Teh bunga, honey lime, air bandung dan dessert red pearl.

Nasi goreng for twin. Ada ikan bilis goreng dan telur mata. Request tak nak pedas. 

Kwayteow goreng for me n hubby. Suka sebab ada kerang. Kalau ada cili kicap potong tu sure lagi best. 

Selalunya twin x suka makan sayur. Tapi kali ni kacang n carrot dalam nasi tu semua depa telan.

Licin la pinggan depa. Nampak nau anak mak kelaparan. 

Harga quite pricey kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak kat luar nun. Tapi nama pun kat klcc kan, padanlah harganya.

Friday, April 21, 2017

Nasi Ayam Velodrome

As usual, hari jumaat adalah hari keluar jalan2 cari makan kat tempat2 yang jauh sikit. Kali ni geng kaki makan ngajak ke nasi ayam velodrome kat stadium cheras.

Geng makan mama, kekurangan sorang ahli. Cik puan ashida kita ada meeting kat luar. Tak sempat balik ofis. So kami berlima sahaja hari ni.

Mek punya menu nasi kuah lemak, ulam petai n pegaga, sambal belacan dan ayam goreng dua ketul. Ayam kecik, kalau seketul cam tak cukup jer rasa. Ayam kampung biasalah saiz katik2 jer. 

Tu dia penuh meja. Ayam goreng dua ketul sorang. Bukan buruk lantak tapi ayam kecik. Hahhaha.. Tak nak mengaku tu walhal melantak cam apa jer. 

Kakak cashier tolong amikkan gambar kami. Dia kesian dok tengok kami gigih nak selfie nak masukkan semua lima muka tak dapat2. Last2 dia tolong amikkan gambar barulah nampak semua muka ahli kaki makan. 

Dah balik opis, terserempak plak dengan motor jual aiskrim. Layan aiskrim dulu la sebelum mula kerja. Kira ala2 dessert la ni. 

Friday, April 7, 2017

JM Bariani

I loveeee friday. Salah satunya sebab after friday, Saturday. Its weekend. Satu sebab lagi adalah lunch hour lama. Sempat nak keluar jauh sikit dari kawasan ofis.

Kami lunch kat jm bariani, kat tesco ampang. Selepas makan bolehlah cuci2 mata kat tesco jap. Tesco ampang dekat jer ngan opis mama. Dalam 10 minit jer dah sampai.

Kali ni kami bertiga. Me, nisa dan fatin. Yang lain semua dah keluar awal. Tadi kami ada meeting. Habis lambat sikit. So kami kena tinggal. Depa semua pergi makan nasi ayam kampung a hassan kat stadium cheras nun.

Bila makan nasi beriani mesti nak kena minum air bandung soda. Pasangan duet yang matching2 gitu. Kalau order air lain macam tak ngam. Psiko.

Order kami beriani ayam merah, ayam goreng dan beriani daging. Minta pappadom tak dapat. 

Amboi mama kenmain seronok makan. Pipi tu pun dah bertambah2 gebunya. Lama betul mama tak makan kat jm bariani. Kat ttdi jaya dulu boleh kata sebulan sekali wajib makan. Sebab dekat opis lama mama ada branch jm bariani.

Soon dengar2 cita jm bariani bakal dibuka di tesco puncak alam. Pasni takyah gi jauh2 lagi dah kalau teringin nak makan nasi beriani. Nak makan setiap hari sampai muntah pun boleh. 

Thursday, April 6, 2017

Black Canyon Coffee

Balik kerja mama ikut opismate merenyam kat sunway velocity. Dah lama shopping mall ni bukak tapi tak pernah ada kesempatan lagi nak gi tawaf kat sana. 

Asalnya erin ni nak ke sana untuk berbuka puasa. Member mengidam nak makan kat black canyon coffee. Bila mama dengar, menggeletik nak join sama. 

Dua orang ni tukang hasut mama untuk join depa tawaf shopping mall. Dah la depa berdua skema pakai baju korporat opis arini. Dah macam kembar siam dah mama tengok.

Grand jugak sunway velocity. Banyak butik2 branded. Sempatlah mama shopping baju rayyan n rayhan serta seluar untuk mama pergi ofis. So pasni boleh tau dah mana tempat nak tuju kalau nak beli baju. 

After shopping cepat2 masuk black canyon coffee. Sedang elok la waktu untu erin buka puasa. Orang tak puasa ni order mengalahkan orang yang puasa. Mama order prawn fried rice. 

Nama menu yang erin order ni adalah rice with stir fried minced chicken atau melayunya nasi dengan ayam goreng cincang. Kelass nama menu ko nyah. 

Menu wani sama dengan erin, bezanya wani amik menu yang set dengan tomyam. 

Puan shida pengantin baru kita ni order kungpao chicken. Sedap gak ayam kungpao ni. Pastu portion dia boleh tahan banyak jugak. 

My feveret kalau kat sini adalah black canyon coffee. Yang lain minum ais kosong, jus tembikai dan ice lemon tea. 

Prawn fried rice. Kenmain hiasan daun2 kat tepi pinggan tu. 

Rice with stir fried minced chicken. 

Tomyam ni erin yang order. Sedap gila kot tomyam kat sini. Sebab tu order asing, tak amik yang set. Kalau dengan set dapat tomyam mangkuk kecik jer. Tak cukup nak hirup kuah. 

Alhamdulillah untuk rezeki yang dinikmati pada hari ni. Terima kasih geng2 sebab ajak ahkak join hari ni. Sesekali mama melepak bujang2 after ofis hour. 

Sunday, April 2, 2017

Sunway Putra Hotel: Part 8

Last part. Finally habis juga cerita percutian pendek kami. Tak puas dok sehari jer kat sini. Next time ada rezeki InsyaAllah kami datang lagi. 

Emosi dua beradik selepas berpisah lebih kurang 3 jam. Masuk jer bilik terus berlari peluk abang2. That is brother's love. 

Everybody dah siap. Tu pun check out lambat. Sepatutnya check out pukul 12 tapi disebabkan menunggu papa n hafiy yang tak sampai2, kami check out pukul 1. Nasib baik tak kena halau. 

Si kecik ni sukalah hai buat hal sendiri. Susah nau nak amik gambar dia. Abang2 dah cantik posing, dia pulak tunjuk bontot kat mama. Tangan tu ada jer yang dia nak pegang. 

Tengah mama nak snap gambar hafiy buat peace, tetiba ada budak arab datang berdiri kat tepi hafiy. Pastu budak tu mengekor jer ke mana hafiy pergi. 

Masa sibuk dok snap gambar anak2, tetiba ada staf hotel offer diri untuk amik gambar kami sekeluarga. Paling tak sangka, hafiy boleh plak pandang kamera dengan elok.

Sunway Putra Hotel: Part 7

Punyalah mama rasa bersalah sebab tak bawa hafiy mandi pool sama. Nak mandi lama2 pun asyik ingat dia kat bilik. Kesian hafiy tak dapat join kami tengok wayang n mandi pool. 

Tapi bila kami naik bilik, tengok diorang takde. Rupanya papa bawa hafiy naik komuter. Diorang boleh naik komuter pergi ke stesen sg buloh then patah balik ke stesen putra. 

Hafiy memang obses dengan cerita thomas dan keretapi. Setiap kali tengok utube, cerita yang berkisar dengan keretapi la yang dia suka tengok. 

Memang nampak sangat hafiy teruja bila nampak keretapi. Manalah keretapi ni papa tak sampai2 lagi. Hafiy dah tak sabar ni nak naik keretapi. 

Keretapi dah sampai tapi tiket tak beli lagi. Sempat ke ni nak kejar keretapi tu? 

Beli tiket ke bang? 

Mama pun memang dah lama gila tak naik keretapi. Tak tau pun sekarang tiket dah dalam bentuk cip plastik ni. Dulu mama naik train guna tiket kertas tu jer. 

Muka bangga dapat mengembara dengan train hari ni. As expected, memang tak henti2 cerita dia naik train. 

Papa cakap hafiy behave dalam train. Takde nak berlari ke sana sini. Dia dok jer kat kerusi sambil tengok sekeliling. 

On day way balik sampai tertidur2 hafiy dalam keretapi. Tak pasti dia akan ingat atau tak momen dia dengan papa hari ni. Tapi yang pasti ia akan menjadi satu memori indah buat hafiy dan papa.