Friday, April 21, 2017

Nasi Ayam Velodrome

As usual, hari jumaat adalah hari keluar jalan2 cari makan kat tempat2 yang jauh sikit. Kali ni geng kaki makan ngajak ke nasi ayam velodrome kat stadium cheras.

Geng makan mama, kekurangan sorang ahli. Cik puan ashida kita ada meeting kat luar. Tak sempat balik ofis. So kami berlima sahaja hari ni.

Mek punya menu nasi kuah lemak, ulam petai n pegaga, sambal belacan dan ayam goreng dua ketul. Ayam kecik, kalau seketul cam tak cukup jer rasa. Ayam kampung biasalah saiz katik2 jer. 

Tu dia penuh meja. Ayam goreng dua ketul sorang. Bukan buruk lantak tapi ayam kecik. Hahhaha.. Tak nak mengaku tu walhal melantak cam apa jer. 

Kakak cashier tolong amikkan gambar kami. Dia kesian dok tengok kami gigih nak selfie nak masukkan semua lima muka tak dapat2. Last2 dia tolong amikkan gambar barulah nampak semua muka ahli kaki makan. 

Dah balik opis, terserempak plak dengan motor jual aiskrim. Layan aiskrim dulu la sebelum mula kerja. Kira ala2 dessert la ni. 

No comments:

Post a Comment