Selepas mengembara ke wild savannah, kami continue ke forest land pula. Kat sini ada wonderful birds show pada pukul 2 petang.
Dari eagle station kami just jalan kaki ke forest land. Antara aktiviti yang boleh dibuat kat forest land adalah deer feeding, bird feeding, bear feeding dan lemur feeding.
Kat sini disediakan laluan berbumbung ke forest land. Kawasan ni banyak pokok. Reduplah sikit rasa. Laluannya menurun, so takdelah penat nak mendaki.
Hafiy dah berlari ke depan. Nasib baiklah abang2 dah besar dan cerdik. Kalau tak mau nangis mama nak kontrol tiga hero ni.
First kami jumpa kandang rusa. Kat tepi ada pekerja jual makanan rusa. So beli la then bagi rusa makan roti.
On da way ke forest land, semasa melalui laluan berbumbung ni, kat bahagian bawah adalah kandang beruang.
Bolehlah jenguk ke bawah untuk tengok beruang. Kot2 berani lompat ke bawah jadi mangsa beruang nanti.
Timing sedang elok. Kami sampai ke forest arena sebelum diorang memulakan pertunjukkan. Kat sini disediakan toilet. Toiletnya bersih. Pastu kat depan arena ada restoran. Urusan jual beli kat dalam safari park menggunakan duit cash.
Inilah dia forest arena di mana pertunjukkan burung akan berlangsung. Orang ramai semakin memenuhi arena.
Dari atas kami kena turun tangga hingga bawah sekali. Anak2 nak duduk depan stage. Biar puas hati nampak semuanya. Sakit lutut mama tau turun sampai bawah.
Cheeky boy sorang ni memang tak lekat nak pegang. Berjalan jer sepanjang show. Mama biar jer dia tengok dekat2. Dah tak larat nak menahan.
Pengunjung diminta membuat pilihan samada unta atau harimau. Then parrot kena eja nama binatang yang telah dipilih.
Yeay.. Parrot berjaya eja dengan betul. Kami semua memilih gambar harimau dan parrot eja namanya tiger. Hmm.. Burung pun pandai mengeja.
Antara burung yang mengambil bahagian dalam pertunjukkan adalah burung hantu. Burung ni kalau jumpa malam2 memang scary.
Burung helang ni memang besar. Diorang lepaskan dari sangkar kat bahagian atas arena. Then helang terbang rapat jer ngan kepala kami untuk ke stage.
Parrot yang memang terkenal sebagai burung yang cerdik. Macam2 kaler parrot ada.
Perasan tak telur besar kat bahagian atas dinding arena. Mama ingat telur tu hiasan semata. Takde fungsi apa2.
Rupanya semasa show telur tu akan menetas. Maka keluarlah berpusu2 burung meninggalkan telur untuk mencari makan.
Show diakhiri dengan perarakan masuk si jelita pinky berkaki tirus. Actually banyak lagi show burung yang mama tak sempat nak amik gambar.
Pinky2 ni dok catwalk jer kat stage. Puas hati dapat bergambar dekat2. Mama sempat grab hadif n hazim jer. Hafiy ntah ke mana2 dia berjalan.
Seronok tengok wonderful birds show. Tengok banyak kali pun tak puas. Pasni kami nak ke predator show pula. Untuk ke predator land kami kena berpatah balik ke eagle station. Jalan balik ni confirmlah kena mendaki. Semput mak di situ.
No comments:
Post a Comment