Habis birds show, kami berpatah balik ke eagle station sebab nak amik payung untuk ke predator land.
Pukul 3 petang ada predator show kat predator arena. Boleh berpeluh ketiak nak berjalan kaki ke predator land. Dah la cuaca panas terik.
Laluan ke predator arena plak takde bumbung. Pakej la kepanasan hari ni. Nasib baik pihak bgrc ada sediakan payung untuk pengunjung.
Setelah perjalanan yang penuh liku (sebab dok mengejar si kecik yang suka melencong), akhirnya sampai jugak kat predator arena. Sempatla mama papa gaduh manja sebab masing2 dah penat dan panas.
Terus masuk dalam arena, cari tempat duduk untuk bertenang dan sejukkan diri dulu. Sebelum show start masih ada peluang nak selfie.
Hafiy pun behave lagi masa ni. Anak bujang sorang ni konon nak hidup berdikari. Menempel kat anak dara orang. Tak nak duduk dekat mama dan abang2. Hafiy ni aktif dia lain macam sikit. Walaupun berdua jaga dia, still tak boleh nak kontrol lagi.
Kalau abang2 dulu kami akan jaga sorang satu. Normally hadif akan attached dengan papa. So kalau berjalan dia akan melekat jer kat papa. Takde nak melencong kelain.
Hazim lagi la. Dia macam anak manja sikit. Asyik berkepit je ngan mama. Kalau jalan mesti pegang tangan mama. Even sampai sekarang pun dia masih manja dengan mama.
Show dimulakan dengan perarakan keluar landak2 dari bahagian kiri arena. Pandai jer diorang jalan straight ikut barisan.
Then terus masuk balik kat terowong belah kanan arena. Well trained diorang ni. Takde nak melencong kemana2.
Antara binatang yang dipertontonkan adalah singa putih. Rupanya singa jantan digelar raja rimba bukan kerana dia kuat, tetapi kerana sifat pemalas dan suka tidur.
Binatang kebanggaan malaysia iaitu harimau. Harimau ni berenang kat dalam air sebab nak amik makanan yang digantung kat tepi dinding tu.
Ada dua ekor harimau yang dipertontonkan kepada kami. Setakat tu jer la yang mama tengok sebab pastu hafiy dah start meragam. Mama kena keluar dari arena beli makanan, bagi dia makan dulu. Nasib baik kat dalam ni ada kedai untuk beli air dan jajan2.
Kat predator land ni jugak ada horse n camel ride. Harga rm10 per ride. After show, si kembar tergedik2 nak naik unta plak.
Kat atas platform untuk naik atas belakang unta. Tengah tunggu turn. Disebabkan diorang berdua naik sekali, so mama hanya bayar rm10 sahaja sebab dikira 1 ride.
Tinggi jugak unta ni. Hazim naik dulu dok depan sebab badan dia kecik. Kat depan tu ada pemegang.
Then hadif naik pun kena pegang kat pemegang yang kat depan tu. Tak boleh pegang pinggang hazim takut terjatuh nanti.
Kisah Si fengembala hunta di fadang fasir. Mama teringin gak nak naik tapi mengenangkan muatan berlebihan, kesian plak kat unta. Terkepak kaki unta tu nanti.
Unta ni berjalan slow jer. Ada sorang staf yang akan tarik unta keliling dalam track ni. Mama risau gak kot2 unta ni mengamuk tiba2.
Selain unta boleh ride kuda jugak. Tapi kembar tak naik kuda sebab dah biasa. Cuma unta jer la ni first time naik.
Lepas ride, kami decide untuk balik hotel check in dulu. Lagipun cuaca teramat panas. Mama dah stat pening kepala. Balik hotel boleh la relax2 sejukkan badan.
No comments:
Post a Comment