Mama plan pagi ni after breakfast nak bawak kids masuk water themepark. Tapi papa plak tak setuju.
Katanya orang ramai, dan cuaca akan makin panas bila ke tengahari. Papa suggest pergi petang jer sebab hari makin redup.
Lagipun budak2 nak main air bukan lama sangat. Dua tiga jam pun dah puas diorang main.
Walauapapun, pagi ni kami turun breakfast dulu. Bagi perut anak2 kenyang baru fikir aktiviti apa nak buat.
Ootd kami yellow themed. Tapi papa jer tak ikut tema. Bila dia kemas baju sendiri camnila jadinya.
Ramai betul manusia kat dalam dewan makan ni. Kami kena tunggu meja kosong baru boleh masuk.
Tu pun terpaksa share meja dengan orang lain. Tapi nasib baik deme dah nak habis makan. By the time kami nak makan, diorang dah siap.
Mama bukan apa, sebab anak2 mama ni makan tak berapa nak tertib. Takut menganggu selera orang nak makan.
Terutamanya si gebus mama ni. Time makan suka ketuk2 meja. Pastu ada kalanya suka sembur makanan yang ada kat dalam mulut.
Menu untuk hafiy, bubur ayam dan scrambled eggs. Habislah semangkuk bubur tu dia makan.
Dekorasi kat dalam dewan ni bertemakan arabian. Lampu2 arab bergantungan kat bumbung dewan. Cantik.
After makan, pusing2 sekitar lobi amik gambar. Kat kawasan lobi ada pameran warisan kesenian tenunan songket pahang.
Semalam ada orang demo cara menenun songket. Maybe masih awal pagi, orang tu belum start kerja lagi. Tak dapat mama nak blaja cara tenun songket.
Port wajib setiap hari bergambar dengan unta ni. Dah puas ronda2, nasi lemak pun dah turun ke perut, kami naik ke bilik tukar persalinan. Anak2 dah tak sabar nak mandi swimming pool.
No comments:
Post a Comment