Entah berapa banyak part la nak menghabiskan cerita cuti2 3 hari 2 malam kat bukit gambang resort city. Mama buat entry pendek2 jer ikut masa yang ada.
Pepagi after subuh terus gerak. Kena gerak awal sebab perjalanan kami akan menempuh matahari naik. Memang panas. Nasib baik Hafiy tidur jer di awal perjalanan. Kuranglah sikit cranky dalam kereta.
Sampai jerantut, singgah breakfast kat rnr. Ramai gila orang. Boleh plak makanan habis almost kat semua gerai. Maybe peniaga tak expected orang ramai gila. Yang pasti bas berbuah2 tu mama agak akan ke bgrc. Confirmla crowded kat sana nanti.
Si gebus mama ni bila dapat makanan senyum lebar la. Bagi dia makan kenyang2 supaya tak meragam dalam kereta. Perjalanan kami ada lagi dua jam. Kalau dia meragam boleh tahan lama rasanya dua jam tu.
After breakfast kami meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan. Mama tak nak melengahkan masa kerana mama dah rancang banyak program hari ni. Kalau sampai lambat nanti tak cukup masa.
Selepas perjalanan selama 5 jam, akhirnya kami sampai kat Bgrc pada pukul 11 pagi. Mama terus ke lobi arabian bay resort untuk register dan amik voucher tiket.
Pakej yang mama amik ni termasuk dengan apartment 2 bilik, 4 tiket ke safari park, 4 tiket ke water theme park, 2 kali breakfast dan 1 kali dinner.
Nak check in terus bilik tak ready lagi. Ikut kata staf resort, check in pukul 3 petang. So mama decide untuk ke safari park dulu. Nak tunggu pukul 3 lambat lagi.
Cuma satu jer la, cuaca panas lit lit. Mama risau ngan hafiy jer. Dia mana boleh tahan kalau panas2 sangat. Takut demam jer nanti. So sebagai back up, memang mama dah siap2 bawa ubat dari rumah.
Untuk ke theme park, kami just naik tram kat depan hotel. Tram memang banyak kat sini. Sentiasa ulang alik dari hotel ke themepark untuk keselesaan pengunjung.
Anak2 cukup teruja bila mama cakap nak naik tram dan nak tengok binatang macam kat zoo. Harap2 kids enjoy bercuti kat bgrc.
No comments:
Post a Comment