Sekarang baru ada masa nak update blog. Beberapa hari ni bz sangat melayan tetamu2 kehormat mama. Diorang semua adalah vip di hati mama.
Semalam depa semua masing2 dah balik jb dan kelantan. Terasa sunyi kembali rumah ni setelah 5 hari meriah dengan kehadiran mereka.
Hari jumaat nenek dan pak su mat datang dari kelantan. Pak su datang hantar cikla balik ke puncak alam. Hari sabtu plak ciknik sekeluarga datang dr jb.
Disebabkan hari jumaat mama bekerja, jadi tak dapat nak prepare dinner. Maka, kita semua dinner kat luar jer.
Kami dinner kat Nick's gastro bagi memenuhi permintaan psu mat. Psu mat teringin bila tengok mama makan kat sana sebelum ni.
Lagi pun kedainya dekat jer ngan rumah kami. Tak perlu nak buang masa drive jauh2 cari tempat makan. Tambah2 masing2 dah lapar. Pastu makanannya pun memang dah terbukti sedap.
Menu pun pelbagai pilihan ada. Nenek ada masalah dengan perut. Jadi tak boleh nak makan sembarangan. Tapi kat sini ada pilihan menu yang nenek boleh makan.
Actually masa datang makan last week mama dah aim nak order air Nick's tower. Tapi takut tak habis minum berdua jer. Nick's tower ada 8 pilihan perisa.
Sedang elok la bila datang ramai2 ni bolehla order. Kami order iced lemon tea. Satu tower ni harga rm20. Next time boleh cuba air lain pula.
Hazim kekaguman tengok air dalam bekas tinggi. Asyik tanya boleh habis ke ni. Habis jer kami minum hingga ke titisan terakhir.
Perut nenek sensitif tak boleh makan pedas. Nenek makan nasi goreng chicken chop. Nasi goreng tu sedap. Ayam nenek avoid sos blackpepper takut pedas n perut meragam.
Psu pun order nasi goreng gak tapi dengan lamb chop. Dasar tekak melayu kan. Nak makan western food tapi nak kena ada nasi gak. Nasib baik kat sini ada menu melayu campur barat.
Mama punya menu ni nama dia jumbo new Zealand lamb shoulder. Sedap sangat daging dia lembut. Mama tak habis makan pun. Share dengan papa. Macam pelik jer mama tak habis makan kan?
Ada la sebab kenapa mama tak habis makan tu. Sebabnya kami juga order big nicks. Muntah nak habiskan satu talam ni.
Rayyan order set chicken chop. Diorang nak makan ayam pulak malam ni. Takmo makan burger dah.
Hafiy sampai sudah baca menu tapi tak tau nak order apa. Last2 makan fries share big nicks dengan mama.
Alhamdulillah nikmat yang mana hendak ku dustakan. Dapat berkumpul dengan nenek, psu mat adalah satu rahmat buat mama. InsyaAllah next time moga tok ayah berkelapangan untuk menyertai kami.

No comments:
Post a Comment