Saturday, April 29, 2017

BGRC: Part 1

Tahun 2017 adalah tahun melawat pahang. Bersempena cuti hari pekerja pada 1 mei, moh le kita melancong ke pahang darul makmur. Destinasi kami kali ini adalah ke bukit gambang resort city.

Sempena tahun melawat pahang, pihak bgrc telah menyediakan pelbagai program menarik sepanjang tahun ini. Bagi sesapa yang teringin nak datang ke bgrc, bolehlah menyemak jadual program yang ada dan merancang percutian kat sini. 

Tema semasa kami ke sini adalah east coast festival. Ini merupakan kali kedua kami ke sini. First time datang penghujung tahun 2011 untuk sambut family day anak cucu zawawi. Masa tu kami sambut new year 2012 kat bgrc la. 

Kami amik pakej family leasure untuk 3 hari 2 malam di arabian bay resort. Nasib baik dapat good deal sebab mama booking sehari sebelum bertolak. Biasalah mama kan suka wat kerja last minute. 

Antara aktiviti dan show kat dalam safari park di bahagian walking zone. Seeloknya masuk ke safari park dari awal safari park dibuka. Sebab kat dalam ni banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. Takut tak cukup masa nanti. 

Setiap show makan masa lebih kurang 45 minit. Ngam2 habis tram ride ke wild savannah, kami ke wonderful birds show di forest arena, forest land. Show start pukul 2 petang. 

Then after birds show, kami ke predator arena di land of predators untuk tengok predator show pada pukul 3 petang.

Pastu pukul 4 ada birds show lagi sekali. Memandangkan kami dah tengok birds show pukul 2, so kami decide untuk balik hotel, check in dan menyegarkan diri.

Bila dah masuk hotel, malas dah la nak keluar balik untuk tengok multi animal show yang pukul 6 tu. Jalan2 dengan kids ni tak boleh nak pack sangat nanti diorang cranky bila penat. 

Pastu pukul 7 kami ke safari park balik untuk tengok african yabara fire show dan tarzan adventure show di village arena, foreign village. Hafiy n papa tak ikut sebab hafiy dah tidur. 

Memang jadual pack. Kami miss show multi animal dan juga tak sempat nak explore keseluruhan kawasan walking zone. Satu kerugian kat situ. 

Sepatutnya kami kena sampai lebih awal supaya dapat tengok multi animal show pada pukul 11 pagi. After that, terus ke wild savannah. 

After wild savannah, kami ada masa untuk explore walking zone sementara tunggu birds show pada pukul 2 petang. Boleh tahan luas jugak kawasan walking zone. 

Next time kena susun jadual betul2 supaya takde yang miss. Tapi rasanya lambat lagi la. Tunggu hafiy besar skit. Kuranglah penat nak mengejar dia.

1 comment:

  1. seronok nyer bercuti ;)
    dulu dah pi tahun 2012 ...
    lama dah niee...

    ReplyDelete