Pada hari pertama, kami akan explore safari park yang bermotokan eye to eye with the wild.
Sebelum masuk park, kami kena tukarkan voucher yang mama dapat tadi untuk dapatkan wristband. Hafiy foc. Kat sini staf akan check bag. Makanan dari luar tak boleh bawa masuk.
Safari park terbahagi kepada dua zone iaitu walking zone dan tram drive thru zone. Kami decided ke tram drive thru zone dulu. Tram drive thru zone akan menjelajah ke wild savannah.
Kami kena menapak ke simba hill station untuk naik tram. Boleh tahan berpeluh jugak la sebab jalannya mendaki bukit.
Dari sini tram akan bawa kami ke stesen tram kat bahagian dalam, eagle station namanya. Tiket tram berharga rm2 per head. Actually boleh jer jalan kaki ke eagle station tapi mama malas.
So tunggulah tram kat eagle station untuk explore wild savannah. Kat station ada gerai jual air. Belilah bekal air untuk kids sebab cuaca panas sangat2.
Jelas terpancar keterujaan di wajah anak2 mama. Kat dalam tram ada sorang staf yang akan beri penerangan sepanjang perjalanan kami.
Cuma satu jer, dah la cuaca panas, ekon dalam tram plak tak rasa langsung. Huhuhuhu.. Nangis. Penerokaan ke wild savannah akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Bayangkan kami akan berpanas sepanjang masa tu. Dahla tingkap tram tak boleh buka. Kata nak masuk dalam kandang haiwan liar. Kalau buka tingkap nanti ada yang jadi makanan singa karang.
Antara haiwan2 yang sempat mama rakamkan. Kebanyakkannya tengah beristirehat. Maklumlah cuaca panas. Binatang pun terasa bahangnya.
Kuda belang laki binik pun tak gerak2 bawah pokok deme.
Hafiy called this ayam. Ini burung kasawari dik. Pun tak gerak2 dari bawah bangsal depa.
Anak gajah. Mak gajah tengah berkubang dalam parit. Mak gajah pun tak tahan panas.
Sejenis rusa ke ni? Lupa dah nama dia. Masa tu staf bgrc ada mention nama menatang ni. Tapi tak masuk sangat dalam kepala sebab mama dah stat rasa pening bila panas sangat. Macam dok dalam oven.
Selain binatang2 yang mama tunjuk ni ada gak badak air, buaya, harimau kumbang, lembu, kambing, kerbau. Eh macam2 la binatang ada.
Fuh memang mencabar masuk wild savannah sebab jalan tak rata dan sempit. Muat2 jer badan tram tu lalu. Time mendaki bukit tu risau jer mama takut tergolek kat kawasan bercerun.
Akhirnya kami selamat tiba ke eagle station balik. Alhamdulillah tiada apa2 kemalangan jiwa berlaku. Take 10 membasahkan tekak sebelum meneruskan perjalanan ke zon yang lain pula. Its good experienced buat anak2 despite of kepanasan dalam tram.
No comments:
Post a Comment