Sunday, April 9, 2017

Bibisik

Papa memang suka barang2 bundle atau barang2 terpakai. Selalunya bila ada masa, kami akan ke pasar karat kat ipoh. Since dia dah tau pasal jalan2 japan kat one city, asyikla mengajak mama ke sini saja. 

Papa lagi suka la sebab tak jauh sangat dari rumah berbanding nak ke ipoh nun ha. Papa boleh habiskan masa berjam2 kat sana dok telek barang. End up satu apa pun tak beli sebenarnya. 

Sebelum ni datang tak dapat nak membelek barang sangat sebab hafiy tak reti nak dok diam. Kali ni siap2 bawa stroller. Bila ada stroller dia dok diam jer atas ni. Mama pun tak penat sangat nak mengejar dia. 

Papa sah2 la kusyuk tengok barang tak sempat nak tengok hafiy. Entahla susah nak cakap minat orang ni kan. Dapat tengok pun dah menjadi satu kepuasan walaupun tak dapat memiliki.

After a couple of hours, barulah dia habis membelek. Then kami ke restoran bibisik untuk mengeteh dulu sebelum balik. Haus kot tunggu papa lama sangat. 

Ni second time makan kat sini. First time dulu datang untuk lunch. Kami makan nasi kerabu dan nasi goreng bibisik. Dua2 sedap. 

Untuk teatime kami order rojak buah. Sebenarnya bukan nak makan sangat pun. Lebih kepada nak minum jer. Haus tunggu papa lama sangat. Tapi alang2 dah masuk restoran, orderla makanan jugak. 

Selain rojak buah kami order cucuk udang. Cicah cucur udang ni pelik skit. Cicah dia macam ada ikan, macam sambal ikan. Tapi sedap.

No comments:

Post a Comment