Masuk hari kedua kami kat sini. Stay dua hari jer tapi mama punya story sampai berpart2. Mama suka simpan kenangan kat sini. Bila bosan2 mama akan buka blog baca cerita percutian kita.
Agak2 in future bila tak tau nak gi bercuti kat mana, bolehla mama refer kat blog. Lagipun gambar berlambak2. Apa salahnya mama share memori kita kat sini.
Ootd mama konsepnya pakai tudung yang match dengan semua baju. Malas nak menggosok punya pasal. Buatnya hafiy termuntah atas tudung baru padan muka mama.
Pagi ni aktiviti kami dimulakan dengan breakfast. Tempat breakfast kat coffee house di tingkat 9, bersebelahan dengan lobi. Pukul 9 baru semua siap2 nak turun.
Buffet breakfast banyak sangat choice makanan. Diorang siap buat by section. Ada section malay, chinese, indian, westerns, middle east, pastry n desert dan salad section. Tak mampu nak try semua food.
Tengoklah betapa kusyuknya hafiy bila dapat telefon. Nasib baik wifi kat sini laju. Jimat data mama untuk 2 hari. Lau tak asyik kena top up data jer.
Hazim minta nasi kerabu. Mana ada nasi kerabu kat sini nak oii. Majoriti yang stay sini adalah pak2 arab. Sebab tu la siap ada food middle east section. Kelantanese section nan hado.
Hadif plak hantu roti canai. Kalau breakfast kat kedai mamak, dua keping roti canai confirm habis dia makan.
Yang menimbun ni of course la pinggan mama. Tapi papa yang tolong amikkan food. Mama tak dapat nak bangun sebab si gebus tu tak bagi. Kalau mama bangun dia menjerit nak ikut sama.
Pas breakfast lepak2 amik gambar dekat lobi. My 3 rockstars. Sekarang kalau shopping mama akan cari baju corak yang sama jer untuk tiga2. Hafiy pun dah pandai jeles bila tengok abang2 pakai baju berbeza dengan dia.
Percubaan hafiy nak buat peace. Susah sebenarnya nak amik gambar dengan hafiy. Nasibla sekarang tak pakai kamera kodak. Boleh snap banyak2 kali. Entah kali yang keberapa barulah dapat gambar elok sikit.
Tengah2 tunggu lif nak balik bilik, tetiba ada budak arab ni datang approach hafiy. Siap bagi bola. So mama bagi chance diorang berkenalan. Main baling2 bola sama2. Bersembang guna bahasa isyarat depa berdua ni.
No comments:
Post a Comment