Showing posts with label VEGE N SALAD. Show all posts
Showing posts with label VEGE N SALAD. Show all posts

Saturday, November 10, 2018

Chicken Chop

Berchicken chop lagi kami malam ni. Sekarang mood asyik nak makan western food jer. Anak2 pun suka bila mama buat chicken chop, especially hadif.

Mama guna resepi chicken chop yang sama macam tempoh hari cuma kali ni mama guna peha ayam yang boneless. Senang sikit anak2 nak makan bila takde tulang.

Ayam ni kalau makan tanpa sos blackpepper pun dah sedap. Sebab mama perap semalamam. Memang merasa bahan perapan kat ayam.

Yang beza cuma side dishes sahaja. Kali ni mama gandingkan dengan potato wedges dan salad beserta sos thousand island.

Wednesday, November 7, 2018

Bubur Nasi

Hazim dah dua hari demam sebab tonsil bengkak. Bila dah bengkak tak lalu la nak makan sebab tekak sakit. Hazim ni dia tak boleh minum ais banyak sangat. Bila minum mula la tonsil bengkak.

Kesian tengok anak tak boleh nak makan, hari ni mama masakkan bubur. Sup tulang semalam ada lagi. So mama panaskan bagi hazim makan dengan bubur nasi.

Tetiba ada budak mengadu cakap dia pun demam jugak. Jadi dia pun kena makan bubur jugak. Walhal dia baru jer lepas makan. Habis nak direbutnya bubur hazim.

Terpaksalah mama letak kat mangkuk lain untuk dia. Beria betul dia makan. Habis la 3 mangkuk. Makan mengalahkan orang yang demam tu ha.

Takut hazim terliur kalau kami makan benda lain, jadi semua orang kena makan bubur juga hari ni. Tapi bubur orang sihat versi lain la. Versi bubur berlauk.

Sesekali makan bubur sedap jugak. Bertambah2 orang yang sihat makan. Nampak gaya menu ni akan bertahan selama 2,3 hari lagi sehingga hazim dah boleh makan makanan yang keras.

Tuesday, November 6, 2018

Sup Tulang & Bergedil

Happy deepavali to all my hindu friends. Masa mama kerja dekat company telco, 10 years back, opismate mama ramai kaum india. Bila tiba deepavali, kami sama2 buat kolam beras yang warna warni tu. 

Cuti umum sempena deepavali kami hanya mereput dekat rumah. Nak berjalan2 tengok wayang tak dapat sebab hazim demam. So kami dok umah diam2 main masak2 je la.

Bila terlebih rajin maka terjadilah bergedil ni. 4 biji kentang potong kecik then goreng. Lepastu tumbuk kentang sampai lumat. Masukkan garam, white pepper, isi ayam yang telah direbus terlebih dahulu, bawang goreng, daun sup dan sebiji telur. Gaul sampai sebati. 

Bentukkan ikut suka hati nak besar ke nak kecik. Suka hati mama saiz yang sedang2 saja..yang sedang2 saja..eh lagu amelina iwan plak. Pastu celup dalam telur dan campak dalam kuali. Goreng le sampai masak. Guna api slow jer kalau tak nak hangit.

Bergedil ni mama duetkan dengan sup tulang. Pastu ada ulam dengan sambal belacan. Bertambah2 laki makan. Jawabnya berlingkor la lepas makan dengan cuaca yang sejuk jer ni.

Sunday, November 4, 2018

Chicken Chop

Lemau betul bila cuti2 dok umah je. Papa malas nak drive jalan2 sebab katanya jalan jem bila public holiday. 

Anak2 pun bosan dok rumah takde aktiviti. Dari diorang buang masa tengok tv jer mama ajak diorang main masak2.

Menu lunch kami hari ni chicken chop with fettucine aglio olio dan coleslaw.



Resepi chicken chop:
  1. Bersihkan 4 potong ayam bahagian peha.
  2. Tumbuk halus 5 ulas bawah putih + 1 ketul kiub ayam.
  3. Campurkan bahan tumbuk + 1 senduk sos blackpepper life + 3 sudu kicap + 1 sudu serbuk lada hitam + 1 sudu olive oil + 1 sudu kecil rosemary.
  4. Lumurkan rata pada ayam tadi. Perap selama sejam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  5. Susun ayam atas tray. Letakkan butter atas ayam. Bakar selama 45 minit suhu 200°.
  6. After 45 minit balikkan ayam. Then bakar lagi another 45 minit.


Resepi fettucine aglio olio:
  1. Rebus fettucine hingga masak. Tambah garam dan olive oil semasa merebus. 
  2. Tumis bawang putih, bawang holland  dengan olive oil hingga garing. Lebihkan minyak ketika menumis.
  3. Masukkan daging cincang, smoked beef striped, sosej dan 1 ketul kiub ayam.
  4. Masak sehingga air kering. Perasakan gula dan garam.
  5. Masukkan fettucine dan cherry tomato. Kacau sebati.


Resepi coleslaw:
  1. Parut lobak merah dan kubis.
  2. Masukkan mayonis, perahan 1/2 biji lemon dan sedikit garam.
  3. Kacau sebati. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.


Resepi black pepper sos:
  1. Cairkan 1 sudu butter. Masukkan 1/2 biji bawang holland. Kacau hingga garing.
  2. Masukkan 3 sudu tepung gandum. Kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan 3 cawan air, 1 ketul kiub ayam, 3 sudu sos lada hitam, 3 sudu kicap, 1 sudu serbuk lada hitam, 1 sudu sos tomato dan gula.
  4. Kacau hingga mendidih dan pekat.

Friday, August 17, 2018

Rewang

Seronok dok ofis baru mama kat shah alam. First sebab lagi dekat dengan rumah. Second banyak tempat makan. 3rd sebab pantry besar.

Hari jumaat kalau tak merayap ke mana2 kami akan merewang kat ofis je. Kat pantry lengkap ada rice cooker, dapur letrik, oven. Setakat nak masak tomyam tu small matter la.

Hari jumaat jer la dapat gather2 masak dengan opismate. Hari lain tak sempat. Baru nak kupas bawang lunch hour dah habis. Gitu la perumpamaan mama.

Seronok merewang ni. Masing2 ada tugas. Ada tukang potong2, tukang masak, tukang kacau, tukang buat air, tukang makan (mama le tu). Yang penting..kerjasama. Pas masak makan ramai2.

Antara menu yang kami pernah masak adalah tomyam seafood. Kebetulan opismate ada inspection dekat kuala selangor. Jadi diborongnya segala udang dan sotong. Dapatla kami masak tomyam seperiuk vision.

Pastu goreng telur dadar makan dengan nasi panas. Berselera betul. Mak mertua lalu.. eh silap.. bos lalu kat belakang pun tak perasan.

Kami juga pernah masak sup daging. Daging tu mama rebus siap2 kat rumah malam sebelum. Then esoknya just campak2 jer semua bahan dalam periuk.

Selain sup daging kami sempat masak kerabu ikan bilis. First time mama makan ni. Ikan bilis tu goreng garing. Then potong dadu timun dan tomato. Campurkan bawang merah, timun, tomato, ikan bilis dan cili. Masukkan sos ikan dan perah limau nipis. Kacau rata.

Telur dadar ni lauk wajib kalau makan sup atau tomyam. Stok telur memang tak putus kat pantry. The girls kat ofis beli sepapan besar terus.

Tapi lauk yang paling memikat selera mama adalah budu tempoyak dan sambal kicap cicah ulam timun. Bertambah2 makan.

Meriah makan ramai2 camni. Sambil makan sambil membawang. Hahaha.. Actually makan kat ofis jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak keluar jauh2 cari makan. Kalau kat ofis lepas makan siap boleh tidur lagi.

Menu yang paling kerap masak adalah maggi. Petang2 bila stay up balik lambat, alas perut dengan maggi dulu. Bila perut dah kenyang baru la boleh buat kerja overtimw dengan tenang.

Sunday, April 14, 2013

Lunch @ Home Sweet Home

Happening betul lunch hari ni. Kalau ikutkan, mula tu along n hadi jer yang nak datang lunch. Tetiba angah n tilah pun datang juga. Kali ni menu kami bakar-bakar punya..

Inilah Hadi, bakal menantu papa. Ada orang tu suka tang bakar membakar ni. Jadi kita serah jer kat dia part bakar ikan keli.

Diorang semua suka ikan keli. Cuma mama sorang jer yang tak makan. Ikan keli ni beli yang dah siap siang kat NSK. Kalau nak suruh mama yang siang memang tidak ler. Tak reti.

Bride to be - future husband n wife

Dah habis bakar ikan keli, sambung bakar kerang pulak.

Kerang yang telah dibakar. Nampak berkilat sebab disapu dengan minyak semasa membakar. Ikut kata Hadi, kalau nak lagi sedap sapu dengan santan. Confirm meletopsss..

Sambil bakar, sambil makan. Barulah sedap makan kerang bakar panas-panas. Siap angkut meja keluar tu piknik kat depan rumah.

Masing-masing makan tak henggat donia

Si kecik ni orang dok sibuk makan, dia pun sibuk sama dok main longkang.

Selesai kenduri kerang bakar, weols proceed ngan lunch pulak. Memang keje makan aja ler.

Ni kerang versi yang direbus

Asam pedas ikan pari yang tak berapa pedas

Kangkung goreng

Dari kangkung yang dipetik dari kebun sendiri

Haaa..kantoi. Orang dok makan dia sibuk dok selongkar handbag kakak-kakak. Diorang ni mencari handfon la ni.

Saturday, April 13, 2013

Sambal Kantan

Dah lama sangat rasanya tak masak sambal kantan. Sambal kantan versi mama kurang pedas, tapi manis. Tekak mek klate la katakan. Lagipun laki mek pun bukan jenis tekak pedas. Memang matching sangatlah tekak kami.

Jangan tertipu dengan kemerahan sambal kantan ni. Merah jer lebih, tapi rasanya manis. Untuk sambal kantan ni mama guna cili merah segar tu. Resepi sambal kantan boleh refer kat SINI.

Kali ni sambal kantan mama buat cicah ikan selar bakar. Konon nak kurangkan makanan berminyak sekarang ni. Kita makan yang bakor-bakor ajer.

Lauk kedua adalah kepah masak lemak. Hamik ko..konon nak kurangkan makanan berminyak, tapi gi tala yang berlemak pulakkk..

Untuk sayur pulak, my old time feveret kacang goreng. Masa kecik, kacang is the one n only sayur yang mama makan.

The table is ready. Papa jom kita makannnn...

Wednesday, April 10, 2013

Grilled Lamb

Flatbread tu cuma starter jer. Main course adalah grilled lamb aka kambing bakar. Lamb ni pun beli kat Jaya Grocer jugak, tapi jenis yang takde tulang. Ada isi semata. Sekeping harganya dalam RM 15.

Lamb ni mama perap dulu dengan bbq sauce with honey & garlic. Kalau nak betul-betul sos tu menyerap ke dalam daging, seeloknya diperap semalaman. Tapi mama ni dah tak menyempat. Perap sejam jer.

Kemudian grill la guna happy pan ni. Memang tak rugi mama beli happy pan avon ni. Banyak kegunaannya.

Guna api kecik jer. Dalam 20 minit dah masak dah. Begitu pantas sekali. Nampak tak souce bbq tu dah jadi pekat. Mama tak keringkan sampai habis. Tinggalkan sos untuk makan dengan kambing tu nanti.

Full set of grilled lamb with flat bread and caesar salad. Alhamdulillah, tanpa nasi pun boleh kenyang makan ni jer.

Caesar salad ni mama beli yang ready made jer. Balik umah tunggu nak tuang n gaul jer. 

Untuk Rayyans plak mama grilled peha ayam. Diorang tak pandai nak makan kambing lagi. 3 ketul ni habis diorang ratah.