Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Sukaneka SKPA

Tengah kami sibuk memasak kat rumah, rayyans plak sibuk berjuang kat padang. Kebetulan pagi ni ada sukaneka kat sekolah rayyans. Tak dapat nak pontengkan diorang sebab rayyans ada ambil bahagian.

Sorang rumah biru, sorang rumah hijau. Macam umno ngan pas dah. Walaupun rumah lain2 tapi kami tetap sehati sejiwa. Namapun kembar ye dak. 

Mama tak tau apa nama acara sukaneka yang diorang masuk ni. Hazim dan hadif bersaing sesama sendiri mewakili murid2 tahun 2.

Team hadif, team rumah hijau menjadi juara. Tahniah untuk semua ahli rumah hijau. Semangat anak mama beratur kat depan sekali. 

Upacara penyampaian pingat. Bagus anak mama. Dapat pingat emas. Mama bangga sangat dengan pencapaian hadif walaupun cuma menang sukaneka sekolah.

The champion. Juara di padang dan juga di hati mama. Sayangnya mama tak dapat sama2 menyaksikan dan meraikan kemenangan hadif. 

Tahun ni team hazim takde rezeki. Last year hazim dapat pingat perak dan hadif pingat emas. Next year hazim boleh cuba lagi. 

Takpe la tak dapat pingat pun. Janji hazim ada semangat kesukanan. Volunteer untuk masuk acara ni pun dah membanggakan mama daripada langsung tak involve dalam mana2 acara. 

Cuma papa jer yang datang bagi semangat kat rayyans. Mama tengah bz kat rumah masak2. Lagipun adik takde sapa nak jaga kalau mama ikut sekali. 

Dah penat bersukaneka, take a break with milo. Pasni boleh balik makan nasi dagang pulak. Hadif tak sabar2 nak balik sebab nasi dagang feveret dia.

Saturday, January 9, 2016

Pensel Warna

akhirnya berakhir minggu pertama persekolahan. rayyan so far ok jer. rajin pergi sekolah. cuma satu jer yang tak tahan, alat tulis asyik hilang jer. diorang ni memang jenis yang tak cermat.


baru seminggu sekolah dah tinggal cenggini pensil warna. masaklah mak ko asyik kena beli pensil warna. nak habiskan sampai hujung tahun entah berapa set la kena beli.

this one hazim punya. ni namanya kemaruk penggorek. atas bawah pensel digoreknya. pandai plak alih sticker letak kat tengah2 pensil.

Tuesday, January 5, 2016

Sekolah Agama

sesi petang mama masukkan rayyan kat sekolah agama. sek agama n sek keb tempat yang sama jer. cuma kesian tengahari diorang agak rushing balik makan, mandi, tukar baju n pergi sekolah balik.


harap2 rayyan tak penat la dengan rutin baru ni. so far diorang suka jer pergi sekolah pagi petang sebab dapat duit boleh beli kat kantin.

sebelum masuk kelas, setiap hari diorang kena berhimpun dekat assemby area dulu. after ucapan dari cikgu n solat zohor barulah diorang boleh masuk kelas.

both ditempatkan kat kelas yang sama, kelas al hidayah. student dalam kelas pun tak ramai sangat. pastu setiap darjah cuma ada dua kelas jer.

dalam kelas agama pun diorang dok sebelah2. cikgu pun takde nak marah or asingkan diorang. harap2 pasni diorang dapat kawan lain selain kembar dia.

semoga rayyan terus istiqomah dalam menuntut ilmu. mama doakan rayyan jadi anak yang soleh, dengar kata mama dan cikgu2 kat sekolah, belajar rajin2 and all good things...

Monday, January 4, 2016

Back To School

my twin baby dah masuk darjah satu. kejap jer diorang dah sekolah. rasa macam diorang masih baby jer lagi.

first day sekolah, dua2 semangat. pukul 6 pagi dah kejut mama bangun mandi siap2 nak pergi sekolah.

hensem anak mama pakai uniform. harusla puji anak sindri kan. harap2 balik tengahari nanti baju masih ada rupa.

adikpun semangat bangun pagi nak teman abang pergi sekolah. mama siap amik cuti 3 hari konon2 nak meneman kot2 diorang buat hal.

rayyan sekolah kat sek keb puncak alam fasa 1. mama pilih sekolah ni sebab student tak ramai sangat berbanding fasa 2 dan fasa 3.

dah berbeza sangat fizikal rayyan sekarang ni. hadif semakin membesar dengan jayanya. uniform sekolah diorang dah berbeza satu saiz.

sepanjang minggu ni diorang akan menempuh hari orientasi. harap2 rayyan dapat sesuaikan diri dengan alam persekolahan dan persekitaran yang baru.

buku teks pun dah dapat masa hari pertama persekolahan. ada 8 biji buku teks dan 10 biji buku kerja. jenuh la mama nak membalut nanti.

rayyan ditempatkan kat kelas 1 cekal. dalam kelas ada 25 orang jer students. cuba tengok nama student yang no 5...kenmain panjang namanya.

kat dalam kelas rayyan dok sebelah2. syukur cikgu tak asingkan kelas diorang. kalau tak ada yang drama air mata.

waktu rehat papa ajar diorang beli kat kantin. hari pertama mama bagi rm3. balik tu hadif cakap esok nak rm4. sebabnya nak beli hotdog banyak2.

waktu rehat terjumpa dengan another pasangan kembar ni. diorang dok kelas lain, pun sama cikgu tak pisahkan depa berdua.

sesi persekolahan tamat pukul 12.50 tengahari. so far, rayyan nampaknya suka pergi sekolah. setakat ni takde lagi adegan menangis takmo gi sekolah.

semoga allah terangkan hati anak2 mama dalam menuntut ilmu. harapan mama agar rayyan menjadi pelajar yang cemerlang.