Saturday, April 30, 2011

Lunch @ Pizza Hut

aktiviti mama kalau hari jumaat adalah untuk cari tempat lunch yg best..coz jumaat lunch hour lama skit. so blehla nk kuar merendek. arini mama jue ngidam nk mkn pizza gara2 dh tertengok promotion kat pizza hut tuh. So weolsz, mak2 dara yg suka mkn ni laju jer la kaki menuju puncakkkkk...
promotion pizza yg telah menggugat iman weolsz
muka2 kelaparan..lama sgt tunggu oder...
akhirnya sampai gak air weolsz...silala menjamu selera..bismillah

menu hari ni..nyum nyum

Friday, April 22, 2011

Lunch @ Burger King

Harini mama n member ofis lunch kat burger king. Dah lama sangat weolsz x kluar mkn. asyik tapau kat akak indon n abg bangla tu jer..naik muak dh rasa. sekali sekala nk gak ubah selera.
sib baikla kwn2 mama ni pun kaki makan semuanya..ade la geng nk happening
asyik makannnnn jer mama ni..manala badan x gemuk..huhuhuuh

Wednesday, April 20, 2011

Spectacle

Wiken lepas Hazim dengan senang hati dh patahkan spek mata mama. Terpaksala mama buat spek yg baru. almaklumla mata mama ni kan ala2 rabun. kebetulan, aunty Tasya pun tgh berkira kira tuk wat spek mata gak. So weolsz pergila kedai cermin mata yg kt belakang ofis. Sib baik tgh ade promotion, mama apa lg, grab la spek yg baru.
kene test power mata dulu...sib baik power x bertambah. berita baiknya, power untuk silau makin berkurang. Alangkah bestnya kalau power rabun tu yg makin berkurang. xyah ssh2 nk pkai spek lg.

taraaa..dh siap dh spek mata mama..cantik tak?

Sunday, April 10, 2011

Bagan Lalang

Nenek dtg umah Pak Cik Nor untuk ambil kereta baru Pak Su Mat. Pak Cik Nor yg uruskan pembelian kereta wira pak su mat. nenek datang kejap jer...3 hari 2 mlm. X sempat pun nak tido kat umah Rayyans coz satu malam dh tido kat umah pak cik nor n lg satu malam kat umah Mak Long. Takpela, nenek dah selalu datang umah Rayyans. Kali ni biar nenek dok umah anak2 lain plak.
ni la kete baru pak su mat

Hadif with Nabil yg muda seminggu dari Rayyans

Weolsz bawak nenek gi jalan2 kat putrajaya tp yg x bestnya putrajaya is under construction. So, pemandangan tu x berapa nk menarikla. kejap jer weolsz singgah putrajaya. Hadif langsung tak turun sebab tido kt dlm kereta x bangun2.
Pas rewang2 kat putrajaya, pak cik nor suggest gi bagan lalang for dinner. jauh gak rupanya bagan lalang ni. ni la 1st time mama sampai kat bagan lalang ni.
time ni air laut tgh surut. weolsz sampai awl, kedai makan pun x bukak lg. so, lepak2 jer dulu kat tepi pantai. yg baju pink tu makcik mama, wife pakcik nor. Makcik tengah pregnant anak kedua n dijangka bersalin bulan 6 nnt. Soon, nabil bakal dpt adik.

tmpt mkn kat sini dibina ats air. Time ni org x ramai lg. weolsz antara yg terawal dtg mkn. sementara tunggu makanan, Rayyans sibuk dor berlari sana sini..penat mama dok mengejar Rayyans. 
tu dia makanan dh siap. oder yg spesel adalah pahat masak 3 rasa. Ni la 1st time mama makan bende ni. sebelum ni x pernah rasa n tak pernah tengok pahat ni. just dengar cerita dari member2 yg pernah mkn. actually sedap gak.

dh dpt makanan, makan x ingat dunia. sementelah perut tgh laparkan..yg x sedap pun rasa sedap...lg2 kalau makanan tu mmg dh sedap...bertambah2 la sedap rasanya. pas mkn tu weolsz terus gerak blk. pakcik nor blk Kajang, sementara nenek n paksu mat gi umah Mak long. mlm ni nenek tido sana coz esok pg2 lg nenek dh nk bertolak blk kelantan.

Saturday, April 9, 2011

Rayyans @ 20 Months Old

Cerita psl Rayyans ni xkan hbs selagi mama rajin nk mengupdate blog. Masuk umur 20 bulan ni Rayyans makin suka memanjat. Pantang bila ade peluang, bila mama terlepas pandang, mesti Rayyans jd spiderman. 
ni masa weolsz pergi umah ank sedara papa, mimi loma
mama dh mula belikan buku2 bergambar untuk menambahkan vocab n pengetahuan Rayyans. Walaupun pelat, Rayyans dh boleh kenal tude (kuda), miow (kucing), bird (burung), ayam, lembu, mmbeekkk (kambing), rimau (harimau)...dh byk dh perkataan yg Rayyans dh belajar. Mcm2 buku mama bg Rayyans baca..psl haiwan, buah, bentuk, kaler, kenderaan, anggota badan...Rayyans dh boleh faham rambut tu apa, hidung tu yg mana, tangan yg mna, kaki tu apa...alhamdulillah Rayyans mama cepat belajar.
***********************************************************************************************
Cerita Hadif
Inila Hadif, anak manja mama

Rayyans mama ni walaupun kembar tp mempunyai karekter yg amat berbeza. Mama cerita psl Hadif dulu yer..Hadif ni anak mama yg keluar kemudian, so mama kira Hadif ni adikla. Tp fizikal Hadif lebih besar dr Hazim...Hadif lebih tinggi n lebih berat dari Hazim. Hadif adalah anak manja papa. Kalau papa hilang dr pandangan, memang hadif akan jerit2 panggil papa. Hadif ni agak penakut orangya...takut kat tempat tertutup..especially bila masuk lif. Bila pintu lif tutup jer hadif akan terjerit2 n menangis nk keluar blk. Hadif xkan benti menangis selagi pintu lif tu x buka.

Hadif yg suka cium mulut mama ni amatla nakal orangnya. Hobi Hadif ni suka ngacau Hazim...suka rebut mainan Hazim (walaupun mainan tu dh ade sorg satu). Hadif suka gigit Hazim...sian kat Hazim tangan asyik bercop ngn gigi Hadif. 
Hadif yg suka berebut dengan Hazim

********************************************************************************
Cerita Hazim
Inila Hazim, buah hati mama

Hazim ni abg yg suka mengalah. Masa kecik org selalu ingat Hazim perempuan coz air muka Hazim lembut. Hazim jenis yang kuat merajuk. Bila mama marah, Hazim selalu lari hentak kaki n tutup muka kat dinding. Bila nakkan sesuatu, Hazim akan menjerit selagi x dpt apa yg Hazim nak. Kadang2 sampai nk hilang suara tu.

Kalau hadif suka cium mama, Hazim plak suka peluk mama. Kalau tido tu mesti nk tido ats lengan mama dulu..mesti nk rpt2 ngn mama. Kalau Hadif lebih manja ngn papa, Hazim plak lebih manja ngn mama. Walaupun selalu gaduh ngn Hadif, selalu kene buli ngn Hadif, kadang2 Hazim akan bls blk kat Hadif bila ada peluang. 
Aksi buli balik

*************************************************************************************************************Walaupun Rayyans mama suka bergaduh, suka berebut tp kalau salah sorg xde, x lengkap hidup rasanya. Pernah sekali Hadif nangis x benti2 sebab x nmpk Hazim. Waktu tu jiran nenek bawa Hazim ke rumah dia...sekali bila Hazim dh blk umah nenek, terus Hadif senyap. Kuatnya ikatan kasih sayang Rayyans mama ni...semoga ikatan hati Rayyans akan berterusan sampai bila2. Mama sayang Hazim & Hadif.

Friday, April 1, 2011

Dinner @ Zeta's Place

My bestie, zeta seliman yg amatla suka memasak invite us for dinner. konsep mlm ni adalah ala-ala kampung. Gals wajib pakai kain batik n boys wajib pakai kain pelikat. Mama dh pening dh mikir nk suh papa pkai kain pelikat...bukan reti mamat tuh nk mengulung2 pelikat nih. las2...mama suh papa pakai baju melayu jer.. tu pun kene ngn konsep ala-ala kampung ni. Rayyans pun mama pakaikan baju melayu gak.
hensemnya Rayyans mama..mcm lelaki melayu terakhir dan kedua terakhir la
the arrival of VIPs...disambut oleh host Ms Zeta Seliman
menu : gulai siam, kulat sisir goreng, ikan bakar, kerabu mangga, kerabu jantung pisang, ulaman n feverets ever, budu. Makanan2 semuanya marvellous. Time makan tuh memang boleh buat lupa anak la sekejap.
Bestfrens forever..Insyaallah
Rayyans with uncle Iman n uncle meghe...meghe tu dh ade bakat dh tu..dh bleh menamatkan zaman bujang. Bila perut dh kenyang, otak pun dh bleh pikir ngn lurus, ade la yg dpt idea2 kreatif ni...
Frens of mine
dalam mama sibuk dok bergambar2, Rayyans plak sibuk dok buli uncle meghe. tgok tu, ditariknya hidung uncle meghe yg mmg dh sediakala mancung tuh. 
Apapun, thanks a lot to Zeta for preparing the dinner...n thanks to all my frens for being together for almost 15 years. May this frenship everlasting.