Saturday, April 9, 2011

Rayyans @ 20 Months Old

Cerita psl Rayyans ni xkan hbs selagi mama rajin nk mengupdate blog. Masuk umur 20 bulan ni Rayyans makin suka memanjat. Pantang bila ade peluang, bila mama terlepas pandang, mesti Rayyans jd spiderman. 
ni masa weolsz pergi umah ank sedara papa, mimi loma
mama dh mula belikan buku2 bergambar untuk menambahkan vocab n pengetahuan Rayyans. Walaupun pelat, Rayyans dh boleh kenal tude (kuda), miow (kucing), bird (burung), ayam, lembu, mmbeekkk (kambing), rimau (harimau)...dh byk dh perkataan yg Rayyans dh belajar. Mcm2 buku mama bg Rayyans baca..psl haiwan, buah, bentuk, kaler, kenderaan, anggota badan...Rayyans dh boleh faham rambut tu apa, hidung tu yg mana, tangan yg mna, kaki tu apa...alhamdulillah Rayyans mama cepat belajar.
***********************************************************************************************
Cerita Hadif
Inila Hadif, anak manja mama

Rayyans mama ni walaupun kembar tp mempunyai karekter yg amat berbeza. Mama cerita psl Hadif dulu yer..Hadif ni anak mama yg keluar kemudian, so mama kira Hadif ni adikla. Tp fizikal Hadif lebih besar dr Hazim...Hadif lebih tinggi n lebih berat dari Hazim. Hadif adalah anak manja papa. Kalau papa hilang dr pandangan, memang hadif akan jerit2 panggil papa. Hadif ni agak penakut orangya...takut kat tempat tertutup..especially bila masuk lif. Bila pintu lif tutup jer hadif akan terjerit2 n menangis nk keluar blk. Hadif xkan benti menangis selagi pintu lif tu x buka.

Hadif yg suka cium mulut mama ni amatla nakal orangnya. Hobi Hadif ni suka ngacau Hazim...suka rebut mainan Hazim (walaupun mainan tu dh ade sorg satu). Hadif suka gigit Hazim...sian kat Hazim tangan asyik bercop ngn gigi Hadif. 
video
Hadif yg suka berebut dengan Hazim

********************************************************************************
Cerita Hazim
Inila Hazim, buah hati mama

Hazim ni abg yg suka mengalah. Masa kecik org selalu ingat Hazim perempuan coz air muka Hazim lembut. Hazim jenis yang kuat merajuk. Bila mama marah, Hazim selalu lari hentak kaki n tutup muka kat dinding. Bila nakkan sesuatu, Hazim akan menjerit selagi x dpt apa yg Hazim nak. Kadang2 sampai nk hilang suara tu.

Kalau hadif suka cium mama, Hazim plak suka peluk mama. Kalau tido tu mesti nk tido ats lengan mama dulu..mesti nk rpt2 ngn mama. Kalau Hadif lebih manja ngn papa, Hazim plak lebih manja ngn mama. Walaupun selalu gaduh ngn Hadif, selalu kene buli ngn Hadif, kadang2 Hazim akan bls blk kat Hadif bila ada peluang. 
video
Aksi buli balik

*************************************************************************************************************Walaupun Rayyans mama suka bergaduh, suka berebut tp kalau salah sorg xde, x lengkap hidup rasanya. Pernah sekali Hadif nangis x benti2 sebab x nmpk Hazim. Waktu tu jiran nenek bawa Hazim ke rumah dia...sekali bila Hazim dh blk umah nenek, terus Hadif senyap. Kuatnya ikatan kasih sayang Rayyans mama ni...semoga ikatan hati Rayyans akan berterusan sampai bila2. Mama sayang Hazim & Hadif.

No comments:

Post a Comment