Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Mihun Goreng Di Pagi Ahad

Malam tadi Hazim dok terberak-berak sampai tak lena tidur. Jadi pagi ni pagi-pagi lagi mama dah bangun masak breakfast. After breakfast kami ke klinik, bawa Hazim jumpa doktor. 

Mihun goreng tanpa cili. Just letak kicap dan sos tiram. Risau juga takut melarat cirit birit tu. Hazim baru start nak makan dengan betul, kalau cirit nanti confirm nafsu makan merudum.

Untuk hidangan sampingan, mama buat salad buah jer. Kebetulan stok buah banyak dalam peti sejuk. Kalau nak tunggu makan gitu-gitu jer confirm busuk dalam peti tu. Kalau buat salad laju jer habis.

Menu simple kami hari ni...after breakfast terus bersiap ke klinik kat sungai buloh. Kat sana ubat dia lebih serasi dengan Rayyans. Dah cuba pergi kat klinik lain, tapi kesannya lambat baik.

Monday, March 18, 2013

Maggi Ketam

Sekarang tengah mood rajin masak. Mood rajin disebabkan dah bosan makan kat luar. Asyik2 makan benda yang sama jer. Malam ni cuba menu yang tak pernah masak lagi, maggi ketam. Mama guna 3 paket maggi perisa kari. 

Mula-mula rebus air dan perencah maggi kari hingga mendidih. Pastu masukkan ketam. Biarkan seketika hingga ketam masak. Kemudian, keluarkan ketam dan masukkan maggi dan telur. Masak hingga maggi lembut. Masa hidang, letakkan ketam tadi kat atas maggi.

Kiranya ni jugak pertama kali Rayyans makan maggi kari. Sebelum ni kalau nak bagi diorang makan maggi, mama akan masak sup berasingan dulu untuk dijadikan kuah.

Benda tak pernah rasa, bertambah-tambah la diorang makan. Walaupun pedas makan berulangkan air. Sudahnya mama ngan papa cuma ratah ketam jer. Maggi selamat dihabiskan oleh anak-anak.

Lepas kepedasan makan maggi kari, kami maniskan mulut dengan puding karamel. Puding ni mama masak malam semalam. Dah seharian dalam peti sejuk, barulah sedap dimakan. Resepi puding karamel boleh refer kat SINI.

Friday, March 15, 2013

Riwayat Sepohon Kangkung

Hahahha..riwayat la sangat kannn.. Ni nak cita, laki ai kan suka bebenor berkebun. Sebelum ni setakat tanam bunga jer. La ni plak tanam sayuran. Ada la gak hasilnya.

Pada suatu pagi, si binik nak masak mee goreng kegemaran anak-anak. Godek peti ais, takde plak stok sayur. Tetiba si binik teringat akan kangkung yang disemai kat kebun sekangkang kera kepunyaan si lakik.

Si binik dengan senang hati menuai hasil penat lelah si lakik. Memang tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah, even tanah tu sekangkang kera jer umpamanya.

Kangkung tu dah selamat menjadi ramuan mee goreng mama.

Dan dengan selamatnya masuk dalam perut anak jantan.

Tuesday, February 5, 2013

Last Day

Last day paksu mat kat sini. Lepas zohor paksu mat n cik la bertolak balik kampung plak. So hari ni diorang semua spent masa yang ada melepak-lepak kat rumah mama. Sian paksu mat, 3 malam kat sini, tiga2 malam tidur kat umah mama. Gara-gara si Hadif menangis tak bagi paksu mat dok kat umah cikla or umah mak long. Pening mama ngan perangai Hadif ni. Obses sangat ngan 'cik mat' dia tu. Orang lain nak rapat ngan cik mat pun dia tak bagi.

Pagi ni masing-masing datang breakfast kat umah mama. Cikla beli nasi lemak. Mama plak goreng mee, nugget dan roti sardin. Yang gulung-gulung tu roti inti sardin frozen. Pakcik Nasir beli kat alam sentral. Tunggu goreng ajer.

Untuk lunch pula mama masakkan ikan siakap 3 rasa, lala masak merah dan kacang goreng. After lunch, cik la n cik mat bertolak balik kelantan. Satu episod lagi hadif meraung tak bagi cik mat balik.

Sunday, January 13, 2013

Lazy Sunday

Sunday jer yang lazy but not me. Subuh tadi hujan...lepas subuh mama tidur balik. Pukul 7 bangun, masakkan breakfast. Lama tak makan mee goreng air tangan sendiri. So pagi ni masa anak-anak n lakik masih lena dibuai mimpi, mama berkelentung kelentang kat dapur sorang-sorang.

Dah siap masak, tunggu anak-anak n lakik tak jugak bangun-bangun. Tidur mam*** ke apa diorang ni? Papa logikla, coz malam tadi stay up sampai 2 pagi tengok bola. Rayyans? Buat mama konpius jer. Diorang mana pernah bangun lambat. Maybe sebab suasana yang dingin selepas hujan kot. Malas nak kejut diorang, mama layan breakfast sorang-sorang sambil tengok tv. Menu breakfast: Mee goreng, telur mata dan nescafe. Syok!
Mama habis breakfastpun diorang tak bangun-bangun gak lagi. Tetiba teringat buah mangga yang papa kidnap kat kampung masa balik last month. Time tu buahnya muda lagi. Balik sini papa balut dengan sokkabar.
Pas makan mee goreng, layan plak mangga masak yang manis ni. Ahhh...nikmatnya. Mangga ini ana yang punya.
Inilah pokok mangga nenek kat kampung. Pokok kecik jer tapi buah lebat. Rezeki kami balik kampung musim hujan. 3 hero bangun pukul 10 pagi. Mama dah nak masak untuk lunch baru diorang bangkit. 

Menu lunch: Ayam goreng berempah, kari kentang, sayur brokoli dan bunga kubis beserta sambal belacan. Lepas lunch, the two sambung tidur balik.

Tea time: Makan keropok jejari sudah. Cicah sos pencicah made in Kelantan. 

Anak bangun tidur terus join sekaki. Hari ni kerjanya makan tidur jer. Cuaca plak mendung jer sepanjang hari. Lagila bertambah lapar. 
 
Menu dinner: Buttered fried rice, grilled chicken dan brokoli dan carrot rebus. Pas dinner membuta lagi. Seronok betul main masak-masak wiken ni. Almaklumlah, lama tak jejak dapur.

Tuesday, October 23, 2012

Various Version Of Mihun Goreng

Tau kenapa papa cakap dah bosan dengan mihun goreng? Sebabnya almost everyday kami makan mihun goreng untuk dinner. Kalau tak caya cer tengok gambar-gambar ni....yang bezanya cuma lauk pauk kat dalam tu jer.

Mihun goreng udang dengan beef nugget

Mihun goreng dengan kacang panjang dan daging 

Yang ni plak mama letak fishball, ayam dan carrot. Pastu goreng sayur bayam buat tambah seri.

Mihun goreng isi ayam

Mihun goreng dengan sotong

Mihun goreng with beef n prawn

They really enjoyed bila mama hidang mihun goreng. Rasanya masa mama peknen dulu takdelah setiap hari mama makan mihun goreng sampaikan diorang ni obses sangat dengan mihun. Mama tak sempat hidang lagi diorang dah curi-curi makan.

Wednesday, October 17, 2012

Menu Dinner Sepanjang Minggu

Menu dinner setiap malam especially di hari bekerja adalah masakan berasaskan mee. Rayyans dah start makan dengan betul. Jadi setiap hari mama kena masak. Kalau tak, memalam mintak mihun goreng. Nak tak nak, mama kena masak juga. Tapi nak masak nasi agak complicated. Coz nak kena masak nasi, pastu masak lauk pauk sekali. Lagipun kalau masak nasi, Rayyans tak nak makan sangat. Lainlah kalau mama masak berasaskan mee, memang laju jer makan. So nak senang cerita, every day mama akan masak mee dan rotate menunya. Tapi pelakon utamanya tetaplah mee atau mihun.

Hari isnin mama masakkan mee sup.

The two yang excited dan tak sabar nak makan sampai panjat atas meja.

Haishh...nak tunggu mama hidang lambat sangat. Amik sendiri jer la. See...nampak tak muka diorang yang excited bila nampak mee? Cuba kalau letak nasi kat atas meja tu, sure takmo duduk dekat. Mama kena kejar untuk suap nasi tu. Tapi kalau mee tak payah susah-susah, diorang pandai makan sendiri.

Selasa, menunya adalah mihun goreng.

Dah pelbagai jenis mihun yang mama try masak, turns out Mihun Cap Siam adalah yang paling diorang suka.

Kalau mama masak pakai mihun ni, mama perasan yang diorang akan makan banyak. So sekarang, stok mihun kat rumah cuma mihun cap siam jer ya.

Rabu, seafood spagethi. Seafood dahla penyumbang kolestrol, masak tabur lagi cheese kat atas tu. Hmmm...nak makan sedap punya pasal.

Salad sebagai side dish.

Khamis, mama buat home steamboat. Bahan-bahan steamboat adalah sayur, tomato, kepah, udang, sotong, sosej dan maggi.

Sup steamboat...just tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Pastu masukkan air dan lobak putih. Then mama letak 1 ketul kiub ikan bilis. Bila dah mendidih transferkan ke dalam rice cooker. Tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Rayyans dah tak sabar nak makan. Curi-curi makan maggi tu.

Tunggu mama panaskan bahan-bahan ni dulu yer. Asalnya cuma letak 2 bungkus maggi, tapi tak cukup. Tambah lagi satu bungkus. Anak-anak dah start makan banyak.

Jumaat, mama goreng mee dan ada hidangan sampingan, popia goreng. Ini adalah popia frozen yang mama beli dari kawan mama jue.

Selepas makan mee, dok makan popia plak. Rayyans memang suka makan benda-benda yang rangup. 

Itulah menu dinner kami yang serba ringkas. Janji anak-anak makan dengan berselera dan dapat kenyangkan perut diorang. Mama n papa pun kena makan apa yang anak suka makan.

Saturday, July 14, 2012

Maggi Kerang

Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk semua umat islam menikmati breakfast. Starting next week, kita semua dah berpuasa. Apalah juadah yang nak dimasak untuk berbuka nanti. Last year mama asyik beli makanan kat pasar ramadhan jer. Tahun ni kalau boleh nak masak sendiri untuk berbuka. Itupun kalau sempat sampai awal kat rumah.

Bahan-bahan:
2 bungkus maggi
2 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu kicap
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
150 g isi kerang
1 ikat bak choy
Minyak
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara - cara:
Panaskan air, setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan kicap, sos tiram, kerang dan bak choy. Kacau sehingga rata
Masukkan sedikit air, garam dan gula. Selepas itu masukkan maggi.
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, July 3, 2012

Mee Goreng

Rasanya entree mee goreng adalah entree masakan mama yang terbanyak kot. Nak buek camno, anak bujang den punya feveret makanan ni ha. Tengahari tadi mama dah makan nasi bukhara. Malam ni malas dah nak makan nasi. Penyelesaiannya adalah mee goreng. Balik dari opis singgah kat econsave dulu beli bahan-bahan tuk masak.

Bahan - bahan :
1 bungkus mee kuning - rendam dalam air panas, cuci dan toskan
20 ekor udang - dicincang
1 ikat sawi
1 cawan taugeh
2 biji telur
4 ulas bawang putih - hiris halus
4 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu kecil cili kisar (kurangkan pedas sebab Rayyans makan sekali)
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Cara - cara :
Panaskan minyak & tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. 
Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
Bila cili dah masak, masukkan sos tiram dan kicap. 
Tambah garam dan gula jika perlu.
Pecahkan telur dan biar telur masak seketika.
Masukkan mee dan sawi. Gaulkan biar rata.
Tutup api dan masukkan taugeh. Gaul lagi dan hidangkan.

Saturday, June 30, 2012

Mihun Goreng

Selain Tuna Croissant Sandwich, mama juga gorengkan mihun untuk Rayyans. Memang sengaja masak lebih sikit sebab angah ada kat rumah kami wiken ni. Tengahari ni kami nak keluar gi kenduri kahwin. So kalau angah lapar, bolehlah makan mihun ni jer dulu.

Bahan - bahan :
1/2 paket mihun - rendam hingga lembut
200 gm udang
200 gm kangkung
1 sudu cili kisar
sedikit kicap masin
sedikit kicap manisAir

Bahan Kisar :
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara - cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan cili kisar sehingga wangi.
Masukan udang dan kacau rata. 
Bila nampak masak masukkan kicap masin, kicap manis dan air. 
Masukkan bihun dan kacau rata 
Bila nampak bihun lembut masukkan kangkung.
Gaulkan rata sehingga bihun lembut.

Saturday, June 23, 2012

Mihun Goreng Singapore

Bila wiken jer mesti mama kering idea nak masak apa. Nak masak yang vazz vazz takut anak-anak tak makan. Silap-silap kena masak resepi lain plak. So nak senang, cut short the story, masak mihun konpom anak-anak makan. Hahaha...Makanya pagi ni bersarapan dengan mihun goreng putih a.k.a mihun goreng singapore versi tak pedas.

Bahan - bahan:
1/2 bungkus mihun - rendam sekejap
200g kobis
1 batang lobak merah - potong nipis
1 batang cili - potong serong20 ekor udang - buang kulit
10 ketul fish ball - belah dua
5 batang crab stick - potong dadu5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu serbuk lada sulah
garam & gula

Cara - cara:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumiskan hingga wangi. 
Masukkan udang, fish ball dan crabstick. Tumiskan hingga masak.
Masukkan garam, gula, lada sulah, lobak merah, cili merah dan kobis. 
Tambah air dan biarkan menggelegak. Kemudian masukkan mihun.
Kacau sehingga mihun lembut dan sebati.

Monday, June 18, 2012

Maggi Goreng

Actually dari siang tadi mama teringin nak makan maggi goreng. Balik dari ofis mama terus singgah Mekoda beli bahan-bahan. Kalau nak masak nasi kena masak lauk plak. Hari2 kerja ni memang penatlah kalau nak dok berlama-lamaan kat dapur. So masak jer maggi ni. Lagipun anak-anak suka makan makanan camni.

Bahan-bahan:
2 bungkus maggi
2 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu kicap
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
10 batang sosej dipotong serong
5 ketul bebola sayuran - belah dua
Minyak
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara - cara:
Panaskan air, setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan kicap, sos tiram, bebola sayuran dan sosej. Kacau sehingga rata
Masukkan sedikit air, garam dan gula. Selepas itu masukkan maggi.
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.
Kali ni mama goreng nugget tempura buat lauk.
 
Malam ni banyak betul Rayyans makan. Maybe kat umah pengasuh petang tadi diorang tak makan. Nugget tu sampai 5 ketul sorang makan.
 
Suka sangat bila mama masak anak-anak makan dengan berselera. Lagi happy bila anak sebut 'mama, nak lagi'.