Tuesday, August 2, 2011

Puding Karamel

Selepas berbuka tetiba mood rajin datang. Belek-belek bahan yang ada kat dapur bolehla masak puding karamel. Lagipun puding ni agak senang dan ambil masa yang sekejap jer untuk dimasak. Tambah lagi, papa dan Rayyans suka makan puding ni. Setakat seloyang tu sehari jer tahan.
Mula-mula kena masak karamel dulu. Panaskan 5 sudu gula dan satu sudu air di atas api sederhana. Kacau sehingga gula bertukar sedikit perang. Then masukkan satu sudu air dan kacau sehingga gula bertukar perang. Kemudian, transfer gula perang tu ke dalam loyang dan ketepikan.
Dalam bekas lain, pecahkan 5 biji telur dan masukkan 5 sudu gula halus. Kacau hingga gula hancur dan sebati. Telur hendaklah diletakkan pada suhu bilik (mama pakai telur sejuk jer..lama sangat nak tunggu telur tu tukar ke suhu bilik). Dah siap tu ketepikan dulu. Pastu masukkan 400ml susu segar dan sedikit esen vanilla ke dalam periuk. Panaskan campuran susu dan esen vanilla ni ke 60 degree (jangan sampai mendidih).
Tuang susu yang masih panas ke dalam telur dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tuang campuran susu dan telur ke dalam loyang yang mengandungi gula perang tadi.
Kuning telur terapung di permukaan disebabkan mama menggunakan telur sejuk. Jadi kuning telur yang terapung tu perlu ditapis keluar.
Tutup loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 30 minit. Bila dah masak, tunggu sekejap (5 minit) barula buka aluminium foil tu. 
Biarkan sehingga sejuk dan bolehla disimpan dalam peti sejuk. Taraaa..puding karamel sedia untuk dimakan.

2 comments:

  1. maybe next time, mama rayyan kena pukul telo tu lebih lama sikit, dan gula pulak leh kacau ngan susu...nnti struktur nya lebih licih......hehehhe
    apa2 pun selamat rajin2 ke alam dapur....

    ReplyDelete
  2. owh....ada petua rupanya. kita masak seketul-seketul ikut step kat buku..hehehe

    ReplyDelete