Saturday, August 13, 2011

Strawberry Chip Cookies

Resipi biskut ni originalnya adalah dari resipi chocolate chip famous amos. Mama cuma alter resipinya sebab nak sesuaikan dengan strawberry chip yang mama dah terbeli tapi tak tau nak masak apa. Maka dari sini terjadila Strawberry Chip Cookies ni. Meh kita intai original resipi yang mama amik dari ovenkecil milik Naz.



Bahan-bahan ayak :
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10 gm (3 tsp) serbuk koko (mama tak masukkan, ingat nak ganti ngan strawberry emulco tp cari kat kedai tak jumpa plak)
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung (mama pakai susu lactogen 3 Rayyans punya)
Secubit garam



Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur (tak berjaya pecahkan dengan betul, tangan tak berseni)
100 gm (1/2 cawan) strawberry chip
100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis (mama pakai badam)


Cara-cara :
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. Masukkan strawberry chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. 
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Inilah hasilnya..
Sementara mama sibuk memasak, Rayyans mula tunjuk sikap rajin masuk dapur...nak asah skill ke nak kacau mama masak ni?
Apa? mama nak bekas untuk simpan biskut? Nanti Hazim tolong ambilkan. Tinggi sangatla rak ni mama. Tangan Hazim tak sampaila.
Ye mama..mama panggil Hadif ke? Hadif tengah sibuk ni. Hadif tengah tumbuk sambal belacan untuk berbuka petang ni. Itu la anak-anak...di mana mama duduk, di situla diorang ada bersama. Happening masak bila anak-anak 'rajin menolong'.

No comments:

Post a Comment