Syukur...kita sekarang di minggu terakhir bulan ramadhan..syukur juga setakat ni mama masih berpuasa penuh (hehehe..doa-doa xyah ganti puasa..kalau tak bercinta nak mengganti walaupun sehari). Syukur lagi sebab mama masih setia bangun sahur dan masih boleh menelan nasi dengan jayanya. Pagi ni kami bersahur dengan nasi goreng. Sambal sosej yang mama masak malam tadi masih banyak, jadi mama just tambah nasi maka jadi la nasi goreng sosej. Pastu mama goreng telur mata jadikan lauk..
Hari ini dalam sejarah, pada hari bekerja, juadah berbuka mama masak sendiri. Kami dah bosan makan lauk param..asyik-asyik lauk yang sama jer. Semalam papa ada beli ikan pari dan udang, jadi mama decide untuk masak. Mula tu risau jugak takut tak sempat siap masak sebelum waktu berbuka. Meh kita intai jadual masak mama hari ni..
5.45 - sampai umah
6.00 - masuk dapur, masak nasi
6.10 - prepare bahan dan masak asam pedas ikan pari
6.30 - kupas kulit udang yang amat kecik
6.55 - selesai kopek udang n prepare bahan-bahan untuk masak udang goreng kasturi
7.15 - prepare bahan dan goreng kailan belacan
7.25 - bancuh air sirap bandung..ngam-ngam letak ais dgr azan dari masjid
Alhamdulillah..sempat jugak mama masak hari ni..maka sempatla kami makan on time..Disebabkan masak banyak, maka semua lauk tak habis. Jadi esok pagi mama tak payah susah-susah nak masak..kita makan jer mana yang ada ni..
No comments:
Post a Comment