Saturday, August 13, 2011

Tepung Bungkus

Hari ni bolehlah dikatakan tahap kerajinan mama berada di tahap maksimum. Dari pagi sampai ke petang mama berbizian kat dapur jer. Lepas masak agar-agar, mama sambung masak tepung bungkus. Tepung bungkus adalah makanan tradisional kelantan. Masa mama kecik-kecik dulu, mak (nenek mama) masak tepung bungkus untuk jualan kat gerai depan umah. Mak memang terer bab-bab masak kuih muih tradisional ni. Tapi sayangnya, kami anak cucu ni tak beringat untuk menuntut daripada mak semasa dia aktif memasak dulu. Kalau dulu, mama cuma tolong setakat mengelap daun pisang jer. Nama nak bertanyakan resipi atau belajar cara masaknya jauh sekali. 

Bila dah berumahtangga, dapat plak hubby yang selera 'old fashioned' makanya terpaksa la mama google2 resipi kuih muih tradisional ni. Hari ni mama akan cuba masak tepung bungkus. Resipinya mama dapat dari blog chef hanieliza... senang jer cara masak dia rupanya...

Bahan 
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti: 
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minitSejukkan dan hidangkan.
Abaikan saiz yang tak sekata...saya budak baru belajar
Tepung bungkus sedia untuk dimakan

No comments:

Post a Comment